RM87.6 juta bagi memilih ketua kampung di Selangor?

 1. Dalam posting saya yang lepas saya telah menyentuh tentang apa yang disifatkan oleh rakyat Selangor sebagai penyalahgunaan wang rakyat sebanyak RM600,000.00 oleh kerajaan negeri untuk kempen hapuskan ISA bagi memenuhi kepentingan parti tertentu.

2. Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa penyalahgunaan kuasa ini dilakukan oleh sebuah kerajaan yang diterajui oleh sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan integriti, ketelusan dan keadilan untuk rakyatnya. Akhirnya rakyat selangor terpaksa mengakui bahawa parti ini jelas tidak menepati segala janji yang telah ditaburkan kepada rakyat yang mengundi mereka.

3. Sekali lagi tindakan kerajaan negeri mengumumkan pilihanraya khusus untuk memilih ketua kampung mengundang kontroversi. Pengumuman oleh Exco Pembangunan Kampung Baru dari DAP, Ean Yong Hian Wah jelas menunjukkan bahawa pilihanraya untuk memilih ketua kampung akan diadakan di akhir bulan mei ini bermula dengan kampung-kampung baru di Selangor.

4. Isu pilihanraya di peringkat PBT telah lama diperjuangkan oleh parti DAP. Namun begitu bagi negeri Selangor, peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan pilihanraya PBT dalam Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 (APRKT) telah pun dimansuhkan sejak 1967. Kenyataan pengerusi SPR satu masa dulu mengenai perkara ini amat jelas dimana tiada peruntukan undang-undang untuk SPR menguruskan pilihanraya peringkat PBT melainkan akta tersebut diwujudkan semula.

5. Pendirian kerajaan pusat berkaitan dengan pilihanraya PBT ini amat jelas, bahawa ianya lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan. Kemungkinan ia akan membawa perpecahan dikalangan masyarakat amat tinggi dan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab maka ianya telah dimansuhkan. Namun begitu, kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh untuk melantik ahli majlis PBT yang difikirkan layak berdasarkan peruntukan undang-undang. Justeru itu, soal kerajaan negeri tiada kuasa melantik ahli majlis di PBT bukan isu. Begitu juga halnya dengan ketua kampung yang biasanya dilantik oleh kerajaan negeri.

6. Amat jelas kerajaan negeri begitu beria-ia untuk mengadakan pilihanraya ini atas sebab yang tersirat yang cuba disembunyikan dari pandangan rakyat Selangor. Maka tidak salah kiranya untuk rakyat bertanya dan mempersoalkan apa agenda disebalik semua ini.

7. Jika pilihanraya peringkat kampung ini tidak diuruskan oleh SPR, maka pihak manakah yang terlibat memantau pilihanraya tersebut? Bagaimana pula dengan perjalanan kempen? Mampukah kerajaan negeri memantau dan memastikan proses pilihanraya ini tidak dicemari dengan unsur-unsur melampau yang tidak terkawal? Jika benar kerajaan negeri bertanggungjawab maka semua persoalan ini harus diperjelaskan kepada rakyat terlebih dahulu.

8. Memang benar pilihanraya diperingkat PBT pernah dilaksanakan di negara ini tetapi akhirnya ia telah dicemari dengan kempen perkauman melampau yang menyebabkan ianya telah dimansuhkan. Kini semua itu cuba dilupakan. Mereka ini cuba berhujah bahawa pemikiran rakyat sudah moden dan perkara buruk tidak akan berulang lagi. Ternyata ianya satu jaminan yang berasaskan kepada anggapan semata-mata. Keadaan aman rakyat cuba diperjudikan demi memenuhi agenda peribadi sesetengah pemimpin.

9. Peruntukan sebanyak RM100 ribu – RM200 ribu bagi mengurus setiap pilihanraya kampung juga satu yang tidak masuk akal. Terdapat 87 buah kampung baru dan 360 buah kampung tradisional di Selangor. Ini bermakna RM 87.6 juta perlu diperuntukkan oleh kerajaan negeri semata-mata untuk melantik seluruh ketua kampung. Sekali lagi rakyat Selangor bertanya, bagaimana duit sebanyak itu digunakan sedangkan kos SPR menguruskan pilihanraya seluruh negeri Sarawak pun tidak sampai pun sebanyak itu. Jadi siapakah yang lebih berhemah berbelanja jika dibandingkan SPR yang selama ini sering dihina oleh Pakatan Rakyat berbanding dengan kerajaan PR Selangor?

10. Sepatutnya wang rakyat itu tidak seharusnya disalahgunakan untuk mengadakan pilihan raya berkenaan kerana sistem pelantikan ketua kampung yang diamalkan sebelum ini telah diterima baik rakyat dan tidak wujud sebarang masalah. Jika ia bermasalah sekali pun, ianya bukanlah disebabkan oleh sistem pemilihannya tetapi faktor orangnya yang bermasalah dan ini boleh diselesaikan dengan mudah oleh kerajaan negeri.

11. Justeru pilihan raya yang melibatkan kos ratusan ribu ringgit hanya akan menyusahkan pihak-pihak yang terlibat dan seterusnya boleh memecah-belahkan perpaduan kaum selain tidak berfaedah. Pemilihan ini nanti akan menggugat perpaduan kaum di sesebuah kampung yang sedia aman kerana akan berlakunya perbalahan untuk memilih ketua kampung.

12. Cukuplah dengan perpecahan yang yang telah sedia ada sekarang. Segala dasar kerajaan seharusnya menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan bukan sebaliknya. Jadilah kerajaan yang bertanggungjawab sebagaimana yang telah diamanahkan oleh rakyat. Nasihat saya kepada kerajaan negeri, gunakanlah kuasa yang berbaki itu untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Selangor bukan dengan sibuk berpolitik bagi memenuhi agenda peribadi pihak-pihak yang berkepentingan.

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to RM87.6 juta bagi memilih ketua kampung di Selangor?

  1. Bagi saya tujuan sebenar Kerjaan Pakatan Rakyat (Penipu Rakyat) Selangor mengadakan Pilihanraya untuk memilih Ketua Kampong adalah ‘gimmick’ Politik mereka sendiri…nak menunjukkan mereka itu telus dalam pemerintahan…tetapi sebenarnya mereka menipu Rakyat…akhirnya wang sebanyak RM 87.6 juta adalah untuk kemudahan Pemimpin mereka sendiri…itulah Pakatan Rakyat atau nama sebenarnya ‘Penipu Rakyat’.

  2. Gunalan Kanasamy says:

    Ini merupakan salah satu daripada taktik pemimpin pakatan rakyat untuk memperdayakan atau lebih tepat lagi memperbodohkan rakyat selangor. Pakatan Penipu Rakyat!!!!!

  3. mata helang says:

    padanlah muka rakyat selangor…
    sapa suruh pilih penyamun jadi pemimpin.

  4. aku punya suka says:

    Tindakan yang hebat dari sebuah parti yang rasis. Dari dulu puak puak ni nak adakan pilihranraya PBT/Kampung pasal dengan adanya pilihanraya macam tu…orang Melayu akan berpecah dan semakin senang nak buat kerajaan rasis macam PAP kat singapore!!!!

  5. rakyat selangor says:

    logikkah kos mengurus satu pilihanraya sehingga RM200k? Jika petugas pilihanraya nanti terdiri dari kakitangan kerajaan negeri, perlukah mereka dibayar lagi? Adakah kerjaan negeri nanti terpaksa menanggung kos kempen setiap calon sehingga kosnya begitu banyak? Jika ianya melibatkan logistik, sudah tentu semua logistik akan menggunakan kemudahan kerajaan negeri sebagaimana pru/prk.
    duit sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk manfaat rakyat yg lebih memerlukan… barangkali kerajaan negeri sekarang sudah lupa mengenai janji2 mereka di pru yang lepas. jangan sampai rakyat menghukum kamu di next pru!

  6. melayujawa says:

    Selangor dah makin parah…lantik plak penasihat ekonomi agen yahudi RM1…nilah padahnya..rakyat selangor harus menilai apa yg telah dilakukan oleh pakatan2 ini…bangkit & sedarlah peranan kita pada PRU13 nnti…

Leave a reply to aku punya suka Cancel reply