Selamat Menyambut Hari Polis Ke 206 – Pengorbanan Demi Keamanan Malaysia

hari+polis+206
1. Pada hari ini seluruh Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meraikan Sambutan Hari Polis. Acara Perbarisan Polis kali ke 206 akan dilangsungkan sebagai pengiktirfan seluruh rakyat kepada anggota polis yang bertugas menjaga keamanan negara.

2. Sambutan kali sedikit berbeza memandang sebahagian anggota mereka masih lagi berjuang di Lahad Datu. Dalam kemeriahan sambutan, kesedihan juga menyelubungi pasukan atas gugurnya anggota yang berjuang mempertahanan negara dengan darah dan nyawa mereka.

3. Dalam sejarah perjuangan Bukit Kepong, bukan sekadar anggota Polis yang berjuang menentang pengganas komunis. Malah para isteri juga turut mengangkat senjata mempertahankan sisa-sisa perjuangan yang ditinggalkan suami mereka yang terkorban.

4. Sempena hari polis ini, saya ingin mengangkat kisah pengorbanan keluarga anggota polis yang jarang dipandang oleh masyarakat kita khususnya dalam era moden ini. Luahan hati seorang isteri kepada anggota polis yang disiarkan di sini penting untuk kita hayati. Saya siarkan semula di laman blog ini sebagai satu penghargaan kepada semua anggota keselamatan yang terlibat mempertahankan negara. Selamat membaca!

Luahan hati isteri VAT69

SEJAK tersiar berita tentang kematian wira-wira negara kita, saya tidak pernah lepas mengikuti berita di TV.

Saya menangis sedih melihat perwira-perwira kita mati di medan perjuangan perang. Rasa sedih ini lahir ibarat kata orang cubit paha kiri, paha kanan terasa, kerana saya juga adalah dari keluarga pasukan keselamatan.

Apa yang keluarga mereka rasa hanyalah orang seperti kami keluarga anggota yang tahu perasaan sesama kami. Menjadi isteri kepada anggota pasukan keselamatan secara tak langsung bukan saja suami berkorban kepada negara malah isteri dan anak-anak pun berkorban untuk negara.

Isteri menghadapi tekanan perasaan menghadapi kerenah anak-anak sakit demam, persekolahan dan segala masalah yang lain sendirian kerana suami selalu tiada.

Terpanggil rasa ingin meluahkan perasaan ini apabila membaca luahan hati isteri polis di Utusan Malaysia (polis Mega) bertarikh 12.3.2013. Apa yang diluahkan isteri polis berkenaan sama seperti isteri anggota lain rasakan.

Dulu VAT69 orang tidak mengenalinya sangat. Setelah peristiwa berdarah di Lahad Datu barulah orang tahu VAT69 itu adalah anggota komando polis dan yang terbunuh itu adalah antara sahabat kami semasa di Ulu Kinta dulu.

Suami saya berkhidmat di dalam VAT69 selama 20 tahu lebih dan sekarang setelah usia menghampiri pencen suami bertugas sebagai polis biasa.

Pada awal tahun 80-an, semasa saya baru berkahwin, pasukan VAT69 ini sering masuk hutan kerana komunis begitu banyak di negara kita.

Setiap kali nak menyambut perayaan sama ada Krismas, Tahun Baru Cina atau Raya Aidilfitri, suami-suami kami pasti ditugaskan masuk hutan kerana masa ini pihak komunis difahamkan bergerak aktif di musim perayaan. Jadi untuk keselamatan rakyat dan negara anggota keselamatan seperti VAT69 pasti bertugas masuk hutan.

Bayangkanlah ketika orang lain bergembira nak menyambut Hari Raya, kami isteri dan anak-anak muram kerana tak bersama dengan orang yang kami sayang, malah hati sentiasa cemas dan berdebar takut mendapat berita tak baik. Disaat orang lain menimang cahaya mata bersama suami tercinta, kami ada kalanya menahan kesakitan dan kepayahan tanpa suami di sisi demi tugas untuk negara.

Tidakkah ini satu pengorbanan juga namanya bagi kami pihak isteri dan anak-anak? Dulu semasa suami saya bertugas di VAT69 amatlah susah dan perit.

Gaji tidak setimpal dengan tugas yang dipikul. Elaun komando pada masa itu baru RM150.
Bayangkanlah suami bertugas sebagai anggota Wireless (WT) bukan seperti sekarang segala alat hubungan serba canggih seperti internet dan sebagainya.

Suami saya pikul alat komunikasi (wireless) dengan berat rasa-rasanya lebih 5 kg di belakang, peluru dan bom dikeliling pinggang. Di masa itu saya amat sedih bila suami menyuruh saya memasak sambal ikan bilis buat bekalan di dalam hutan untuk sekian hari yang dijangkakan.

Kalau orang lain boleh bawa ration untuk bekalan seperti makanan dalam tin tetapi suami saya tidak kerana alat wireless pun sudah hampir satu beg pack belakang. Untuk jimatkan ruang dan keberatan, suami terpaksa bekalkan sambal ikan bilis selama di dalam hutan. Itulah lauk yang dimakan setiap hari sampai pulang. Sedih memang sedih.

Di dalam hutan pukul 6 petang sudah gelap gelita, pernah suami bercerita dia dan kawan (sudah arwah) memasuki hutan ”bamboo” iaitu hutan berpaya, tidur berbantalkan ular sawa yang disangkakan akar kayu kerana terlalu gelap.

Ketika terlelap tiba-tiba terasa benda bergerak dan suami memberi syarat pada kawannya senyap dan angkat kepala dan barulah mereka sedar itu adalah ular sawa yang sangat besar.

Pernah juga suami nyaris maut ketika mengambil air di sungai, bila mendongak ke atas bukit ada dua orang komunis sedang memandang serta menghunus senjata nak menembak tetapi dengan kuasa Allah, pengganas itu tidak jadi menembak mungkin berfikir anggota keselamatan lebih ramai atau lebih baik melarikan diri saja. Berbagai lagi pengalaman ngeri yang tak dapat dituliskan di sini.

Apabila Tian Chua menyatakan ini sandiwara, saya berasa sangat marah kerana kami isteri-isteri anggota keselamatan saja yang tahu betapa susah dan berat tugas suami kami, jika diikutkan hati, rasa tak lalu nak makan duit gaji dari mereka sedih dengan tugas yang bergadai nyawa tambahan pula gaji pada masa itu tidak seberapa.

Tapi apakan daya kami keluarga juga terpaksa berkorban. Sekarang apabila suami bertugas sebagai polis biasa, suami menyatakan Tan Chua ini memang biadab orangnya, suka hasut bagi polis marah.

Untuk pengetahuan, semua kami isteri-isteri VAT69 sangat rapat dan akrab antara satu sama lain sebab pada tahun awal 80-an tiada alat hubungan komunikasi canggih seperti hari ini.

Apabila suami kami bertugas di dalam hutan, kami isteri-isteri bersepakat menjaga kebajikan keluarga kami iaitu susah senang bersama.

Sebagai contoh, jika ada antara kami yang sakit, jiranlah yang menjaga anak kami sementara kami berada di hospital. Atau kalau ada yang nak ke pasar, kami akan bertanya pada jiran apa-apa keperluan dikirim kerana sesama kami faham masing-masing ada anak kecil dan bersekolah, susah untuk bergerak ke mana-mana kerana suami bertugas.

Begitulah sedikit contoh betapa akrabnya kami sebagaimana akrabnya suami-suami kami di dalam hutan di mana pikul kawan kalau ada yang sakit atau tercedera, sampailah sekarang hubungan kami seperti saudara tidak putus.

Apabila terpandang di TV anggota VAT69 terkorban, saya dan suami berasa sedih dan sangat marah dengan Tian Chua yang menyatakan ini sandiwara.

Saya yakin Tian Chua tiada saudara maranya yang bertugas sebagai pasukan keselamatan sebab itu dia tergamak berkata demikian. Hanya kami keluarga anggota keselamatan yang tahu perasaan sesama kami kerana kami isteri dan anak-anak yang merasakan segala kesukaran, kesedihan, risau, berdebar tatkala suami kami bertugas.

Memang benar setiap kali ada yang beruniform polis mengetuk pintu rumah, jiwa lagi kuat berdebar, takut mendapat berita tak baik.

Begitulah perasaan kami selalu bila suami pergi menjalankan tugas di perbatasan.Wahai Tian Chua kamu tidak rasa apa yang kami rasai. Tian Chua dan Anwar Ibrahim adalah iblis yang bertopengkan manusia. Saya rasa tidak sabar menunggu untuk mengundi pada pilihan raya kali ini.

ISTERI POLIS
Kuala Lumpur

Komen:

Semoga apa yang dipaparkan ini membuatkan masyarakat kita lebih menghargai segala jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara. Tanpa mereka, belum pasti kita mampu mengecapi keamanan dan kemakmuran sebagaimana sekarang. Selamat Menyambut Hari Polis buat PDRM!

Satim Diman
Ketua Pembangkang Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Isu Negara and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Selamat Menyambut Hari Polis Ke 206 – Pengorbanan Demi Keamanan Malaysia

  1. Anonymous says:

    Kemungkinan ada segelintir manusia mengagap keadaan di Sabah sabagai meda membuat filem atau sendiwara. Tidak terlintas perasaan orang kita untuk menujukan kehadalan dimedan penceroboh di Tanah air kita ini dibuat sebagai perbatasan ini sebagai petarungan nyawa dijadikan totonan sendiwara wayang untuk seluruh Dunia mengatahuinya bahawa tanah air kita ini sudah diceroboh oleh bansa yang KURANG-AJAR, BIADAP tidak tahu memberi Salam apabila hendak memasuki ke rumah orang, kalaulah orang itu meminta pertolongan sesuap nasi atau segelas air, tidak salah kita memberinya sebab itu tandanya kita orang Malaysia Perihatin terhadap sesamaan manusia. Bahkan ini tidak masuk melulu, terus mengacukan senjata ke arah tuan punya rumah. Siapa yang tak marah dibuatnya keadaan sebegini. Kita semenja kecil lagi kita di ajar menhormati orang tua kita, ibu bapa kita dan saudara mara kita. Menjaga meruah, tatatertib kita dihalayak ramai, bersopan terhadap sesiapa pun. bah kata perpatah orang iban “LABAN NUAN UDAH DULU NANJAL DULU MUKAL – KAMI TETAP BERBALAS MUPUNG PALA NUAN”. Kita orang Malaysia ini tidak pernah diajar memasuki,mencerobohi hak orang lain. Tiada sesiapa yang diberi tujuk ajar sebergini rupa sanggup mati ditanah menceroboh rumah, tanah hak orang lain. Ini memalukan, menujukan bansa itu kurang didikkan, kurang pergertian, kurang menfahami sesuatu benda itu adalah milik orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s