Skandal pemimpin Pakatan Rakyat

1. Detik 16 Mei 2011 merupakan hari yang penting bagi seorang ahli parlimen yang juga merangkap Ketua Pembangkang bagi Parlimen Malaysia. Setelah sesi perbicaraan yang cukup panjang, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan mengarahkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas tuduhan jenayah meliwat pembantu peribadinya. Keputusan mahkamah yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah jelas menunjukkan wujud kes prima facie ke atas dakwaan yang dibuat oleh pembantunya, Saiful Bukhari Azlan – seorang rakyat biasa yang pernah berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar sebagai pembancuh kopi di pejabat DS Anwar.

2. Sekadar makluman, dalam perbicaraan kes liwat ini terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung terdiri dari pengadu iaitu mangsa (Saiful), pendakwaraya, hakim, peguambela, orang yang kena tuduh (DS Anwar), serta saksi-saksi bagi kedua-dua pihak. Di peringkat ini, fasa pertama telah diselesaikan oleh mahkamah dimana, beban pembuktian diletakkan kepada pihak yang pendakwa (pengadu, pendakwaraya, saksi pendakwa). Implikasi dari keputusan hakim ini, jelas menunjukkan pendakwaraya telah berjaya membuktikan bahawa jenayah tersebut berkemungkinan berlaku memang ada tanpa dapat disangkal atau tanpa keraguan yang dapat ditimbulkan oleh peguambela. Justeru itu, perbicaraan akan memasuki fasa seterusnya dimana pihak tertuduh (tertuduh, peguambela, dan saksi pembela) perlu membela diri dan membuktikan pula tertuduh tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibuat oleh pengadu dengan mengemukakan semua bukti, saksi dan alibi yang ada.

3. Umumnya semua tahu bahawa perbicaraan kes liwat ini dilakukan di Mahkamah Tinggi dimana sistem kehakiman negara kita mempunyai pelbagai peringkat yang terdiri dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan selain dari mahkamah peringkat rendah (mahkamah majistreet, mahkamah sesyen, dll). Jika seseorang yang didakwa itu didapati bersalah, maka peluang untuknya membuat rayuan masih ada melalui mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan. Malah pengampunan dari YDP Agong adalah langkah terakhir bagi kes tertentu yang melibatkan hukuman mati. Begitulah ruang yang begitu luas dinikmati oleh mereka yang tertuduh dalam memastikan keadilan dapat ditegakkan. Sekadar rekod, pada tahun 2004, anwar telah dibebaskan setelah rayuan dibuat di Mahkamah Persekutuan setelah didapati bersalah dalam kes liwat oleh Mahkamah Tinggi dan Rayuan atas sebab teknikal.

4. Saya tidak berniat mengulas panjang mengenai kes yang masih berjalan di mahkamah ini atas sebab mungkin mengganggu kes atau diistilahkan sebagai contempt of court. Oleh itu saya cuba mengulas isu ini dari perspektif kedudukan tertuduh sebagai Ketua Pembangkang. Biarlah mahkamah dan pihak yang terlibat menjalankan tugasnya dengan penuh keadilan bagi kedua-dua pihak yang terlibat. Malah hingga kini, perbicaraan sudah pun berada separuh jalan yang telah berlangsung selama 3 tahun dengan rekod penangguhan lebih 50 kali – satu rekod tangguh yang belum ditandingi oleh mana-mana kes jenayah lain.

5. Sebagai orang yang kena tuduh dan warganegara merdeka, DS Anwar wajar diberi peluang untuk membela diri dan mengemukakan hujah balas bagi menyakinkan hakim bahawa beliau tidak bersalah. Dan peluang itu telah diberikan seluas-luasnya kepada beliau sehingga kini. Sampai ke satu tahap, beliau sendiri tidak ditahan di lokap sepanjang perbicaraan, bebas pergi ke mana jua termasuk keluar negara untuk tujuan tertentu yang diragui dan dicurigai oleh banyak pihak biarpun didakwa atas kesalahan jenayah liwat. Itulah kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh DS Anwar – samada atas kapasiti sebagai ahli parlimen, ketua pembangkang atau rakyat biasa – hanya mereka yang bertanggungjawab sahaja mampu menjawabnya.  Kadangkala ada dikalangan rakyat yang bertanya apakah rakyat biasa boleh mendapatkan keistimewaan ini atau ianya hanya bersifat eksklusif kepada ahli parlimen, ketua pembangkang atau golongan kaya sahaja. Jika benar maka ianya satu khabar mendukacitakan kepada rakyat biasa yang sering digelar golongan marhain oleh ketua pembangkang itu satu masa dulu.

6. Sehingga kini, DS Anwar masih memegang kerusi ketua pembangkang di Dewan Rakyat. Ketua Pembangkang adalah satu jawatan yang dilantik oleh dewan rakyat setelah dicadangkan oleh parti pembangkang mengikut demokrasi ala-Westminster yang menjadi amalan negara kita. Sebagai ketua pembangkang, beliau menerima keistimewaan termasuk elaun ketua pembangkang kerana ianya satu jawatan yang diiktiraf oleh dewan rakyat dan kerajaan. Selain dari menyatukan suara pembangkang, ketua pembangkang berfungsi sebagai suara ‘check and balance’ terhadap sebarang polisi dan dasar kerajaan yang memerintah.

7. Disebabakan fungsinya itu, maka ketua pembangkang sepatutnya seorang yang boleh berfungsi dengan baik atau sekurang-kurangnya tidak terlibat dengan kes-kes jenayah. Jika tidak bagaimana mungkin ketua pembangkang dapat mejalankan tugas yang diamanahkan. Maka seeloknya demi mempertahankan integriti dan maruah pakatan pembangkang, maka jalan terbaik bagi DS Anwar adalah dengan meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang sepanjang berlangsungnya perbicaraan kes liwatnya. Sekurang-kurangnya maruah institusi dewan rakyat yang turut dianggotai oleh pembangkang masih perlu dijaga agar ia dihormati oleh rakyat jika tidak maruah pakatan rakyat sekali pun.

8. Sudah tentu ianya bukanlah satu tuntutan dari dari segi undang-undang kerana beliau masih lagi belum didapati bersalah oleh mahkamah, tetapi ianya hanyalah keperluan dari segi etika dan moral sebagai seorang yang berhormat yang dipandang tinggi oleh rakyat. Itulah yang berlaku di Selangor, di mana bekas ketua pembangkang, DS Khir telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang biarpun belum didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan. Begitu juga dengan Chua Soi Lek yang telah meletakkan jawatan sebagai menteri setelah skandal video seksnya diketahui oleh umum. Sekurang-kurangnya mereka ini tidak bacul dan berselindung dari jawatan yang dipegang bagi menghadapi tuduhan.

9. Sepatutnya DS Anwar perlu meletakkan jawatan bukan setakat jawatan ketua pembangkang, malah jawatan penasihat ekonomi Selangor juga. Rakyat Selangor tentunya tidak mahu dan malu dengan adanya seorang penasihat ekonomi yang dituduh dan didakwa melakukan jenayah liwat. Tidak kiralah berapa banyak yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk jawatan tersebut, hakikatnya ianya satu jawatan yang dilantik dan diiktiraf oleh kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri mempunyai maruah dan kredibiliti maka DS Anwar perlu direhatkan buat sementara waktu sehingga kesnya selesai. Kita bimbang rakyat akan berpendapat bahawa kerajaan negeri bebas melantik siapa sahaja ke jawatan tersebut, biarpun orang itu seorang penjenayah. Maka Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai menteri besar sepatutnya lebih menjaga integriti instutusi negeri dari menjaga seorang pemimpin yang didakwa atas tuduhan jenayah liwat.

10. Kadangkala saya merasa agak pelik dengan sikap double standard pakatan rakyat dalam hal ini yang begitu cepat mendesak orang lain meletak jawatan bila adanya skandal tetapi hanya mendiamkan diri apabila yang terlibat itu adalah pemimpin mereka sendiri. Rakyat tentunya tidak boleh terlepas pandang dalam menilai akan sikap pembangkang ini. Demikian juga dengan isu pendedahan gambar bogel Elizabeth Wong satu masa dahulu. Mana pergi suara-suara yang sering meminta orang meletak jawatan. Dalam pendedahan penyalahgunaan dan penipuan dana kerajaan yang didedahkan melalui suruhanjaya Teo Beng Hock yang melibatkan exco kerajaan negeri Selangor juga, suara pakatan senyap umpama tikus. Jika pakatan rakyat benar-benar memperjuangkan integriti, ketelusan dan rasuah maka seharusnya tindakan sewajarnya perlu diambil melainkan apa yang diperjuangkan itu hanyalah retorik politik dan mungkin satu penipuan semata-mata. Hari ini rakyat boleh menilai sendiri akan wajah-wajah buruk sebenar pemimpin pakatan rakyat yang selama ini sering menunding jari mengatakan orang lain semua salah, hanya mereka yang betul dalam semua hal.

11. Jika isunya tiada calon dari PKR yang lebih layak untuk menggantikan anwar, maka presiden PAS, Hj Hadi atau Lim Kit Siang boleh memegang jawatan ketua pembangkang sementara perbicaraan berlangsung. Dan sekiranya anwar didapati oleh mahkamah tidak bersalah dan dibebaskan maka jawatan tersebut boleh dipulangkan semula kepada DS Anwar jika itu muafakat yang telah dicapai oleh pakatan rakyat. Namun atas sebab-sebab politik kedua-dua tokoh ini jelas tidak sanggup untuk dilihat cuba mengkhianati DS Anwar yang merupakan harapan mereka untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya.

12. Jika anwar terus memegang jawatan ketua pembangkang, maka rakyat akan mendapat mesej bahawa anwar cuba menyalahgunakan jawatan ketua pembangkang untuk mendepani perbicaraan kes liwatnya. Dengan segala keistimewaan yang dinikmati oleh beliau sehingga ke hari ini, persepsi buruk dikalangan rakyat menjadi semakin kuat biarpun semua itu sudah tidak dipedulikan demi mencapai cita-cita politiknya menduduki kerusi Perdana Menteri.

13. Dalam DS Anwar menghadapi kes liwatnya, pendedahan skandal video seks yang dikatakan mirip ketua pembangkang pula menjadi bualan hangat rakyat kebanyakan. Sekali lagi imej beliau sebagai ketua pembangkang tercalar. Ironinya pendedahan tersebut dilakukan sendiri oleh bekas teman sosialnya bernama Datuk Eskay yang pernah menjadi teman rapat beliau. Sekali lagi DS Anwar cuba mengheret rakyat untuk memperthankan beliau. Jalan mudahnya dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO/BN yang digambarkan seolah-olah berkonspirasi menjatuhkan beliau. Semua ini dilakukan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap pelbagai skandal yang dihadapinya.

14. Akhirnyanya segelintir pentaksub beliau dari PKR cuba merusuh dan membuat huru-hara yang mendatangkan kesusahan kepada rakyat disamping merosakkan harta benda awam. Ini jelas berlaku di Mahkamah Tinggi sejurus penghakiman selesai dibacakan dan sewaktu di masjid sentul sewaktu majlis sumpah laknat Datuk Eskay yang lalu. Jika kita mengikuti siri pendedahan yang dilakukan oleh Umi Hafilda, Datuk Nalla, Ezam, dan lain-lain bekas rakan karib beliau, memang benar anwar seorang yang cukup hebat dalam memainkan pelbagai isu bagi mendapatkan keuntungan politik jangka pendek biar pun terpaksa menggadaikan apa sahaja.

15. Dalam isu video ini, saya amat bersetuju dengan cabaran Senator Ezam Mat Nor (yang disiarkan dalam akhbar utusan hari ini ) kepada Anwar, Azizah dan Nurul Izzah agar melakukan empat perkara:

a. Melakukan sumpah laknat menafikan anwar bukan lelaki dalam video seks.
b. Menjalani ujian poligraf bagi membuktikan mereka tidak berbohong
c. Menyaman Datuk Eskay Abdullah
d. Tuduh Syazryl Eskay sebagai pembohong.

Jika semua ini dilakukan maka anwar tidak perlu lagi bersusah payah keliling Negara menafikan tuduhan ke atasnya. Biarpun perkara ini begitu mudah, tetapi ianya terlalu sukar bagi Anwar dan keluarganya. Rakyat tentu boleh menilai sendiri akan sebab dan musababnya.

16. Sebagai seorang warganegara yang menjunjung keluhuran undang-undang, maka DS Anwar perlu berani dan membela dirinya dengan penuh yakin jika beliau benar-benar tidak bersalah atas semua tuduhan yang dihadapinya melainkan sebaliknya. Tidak perlulah beliau cuba meletakkan kesalahan dirinya ke atas orang lain sebagai jalan pintas untuk keluar dari masalah peribadi yang dihadapi. Kisah tragis Anwar mungkin akan dikenang dalam sejarah bagaimana seorang politikus yang licik, bernafsu besar, misteri dengan pelbagai skandal dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dalam memenuhi cita-cita poltiknya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maka tidak hairan jika bekas rakan karibnya sendiri pernah menggelarkan dirinya manusia satu rupa tetapi mempunyai pelbagai wajah!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s