Manifesto Pilihanraya 2008 : Punca Kekalutan Kerajaan Pakatan

1. Sejak beberapa hari yang lalu pelbagai peristiwa berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang mengundang kemarahan rakyat. Semua kejadian ini berkait rapat dengan sambutan kemerdekaan negara yang disambut 31hb Ogos yang lalu.

2. Bermula dengan tindakan pemimpin pakatan yang berdegil mengadakan himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka di malam ambang merdeka dan diikuti dengan tindakan biadap penyokong mereka yang menghina jalur gemilang serta pemimpin negara. Kemuncak kepada kekalutan ini diterjemahkan dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor membelakangkan Sultan dalam upacara sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor dengan mengutamakan Penasihat Ekonomi Negeri! [Kemaskini: Kenyataan terbaru oleh Setiausaha Sulit MB Selangor tentang isu ini boleh dibaca di sini dan di sini. Sekali lagi mereka cuba menunding jari kepada pihak lain!]

[Anak muda ini mungkin tidak sedar bahawa warna biru tua yang dibuang dari jalur gemilang itu adalah nilai perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara. Dan jangan lupa juga bahawa 14 jalur yang dibuang itu pula mewakili negeri-negeri yang mempunyai sultan yang berdaulat!]

3. Di saat ini pemimpin pakatan sedang bekerja lebih masa memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan impak kemarahan rakyat demi survival politik mereka. Seperti kebiasaannya teknik paling mudah yang sering diamalkan adalah dengan meletakkan segala kesalahan kepada orang lain! Maka tidak hairanlah bila Menteri Besar Selangor telah pun meletakkan segala kesalahan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri kerana melanggar protokol sambutan kemerdekaan. Apakah mungkin usaha menunding jari kepada UMNO terhadap serangan bas mewah milik Pakatan di Kota Bharu yang lalu juga sebahagian konspirasi untuk mengalih pandangan umum kepada apa yang berlaku?

4. Samada kita sedar atau tidak, segala kekalutan ini berpunca dari dua perkataan keramat yang dijadikan tema kemerdekaan untuk tahun ini – Janji Ditepati! Sewaktu Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Janji Ditepati sebagai tema hari kemerdekaan 2012, pemimpin pakatan sudah mula resah dan gelisah. Tema lain cuba diketengahkan bagi mengalih pandangan rakyat tentang janji manifesto mereka yang belum tertunai, maka terhasillah tiga tema berbeza di Selangor, Kelantan dan Kedah. Semua ini adalah manifestasi kekalutan mereka akibat gagal menunaikan janji yang dibuat!

5. Sebagaimana tulisan saya sebelum ini, pemimpin pakatan yang dibantu oleh strategis mereka selama ini begitu rakus memanipulasi istilah dan slogan tertentu demi meraih undi politik sedangkan apa yang diwar-warkan hanyalah bersifat indah khabar dari rupa. Setelah 4 tahun rakyat memberikan peluang untuk mereka memerintah ternyata hasilnya amat mengecewakan rakyat!

6. Sebaliknya diperingkat kebangsaan tema Janji Ditepati digunakan bagi menyatakan kepada rakyat bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerajui negara hari ini adalah sebuah kerajaan yang bersifat bertanggungjawab dalam menunaikan janjinya membawa kemakmuran dan keamanan kepada negara selama 55 tahun mengecapi kemerdekaan. Tiada apa yang salahnya dengan tema ini. Ianya bersifat universal malah dalam sistem demokrasi yang diamalkan, mana-mana parti politik sekali pun akan berjanji perkara tertentu demi kebaikan rakyat. Maka tindakan menunaikan apa yang dijanjikan adalah sesuatu yang terpuji dan sebaliknya parti yang tidak menunaikan janjinya adalah satu tindakan sangat tercela.

7. Namun di saat tema ini berkumandang dan diraikan dalam sambutan kali ini pemimpin pakatan seperti cacing kepanasan. Seolahnya tema ini telah meranapkan segala keegoaan pemimpin pakatan yang selama ini sering berjanji bulan dan bintang untuk diberikan peluang memerintah.

8. Janji pakatan rakyat di Selangor banyak tidak ditunaikan dan sehingga hari ini pemimpin pakatan tidak sedikit pun menunjukkan rasa bersalah atas kegagalan mereka menunaikan segala janji yang dibuat. Bila kita sebut manifesto, ia adalah janji-janji kita atau parti kita kepada rakyat dan ianya diterima sebagai satu perjanjian yang mengikat kita dalam sistem demokrasi. Kenyataan Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa manifesto pakatan 2008 bukanlah satu perjanjian, jadi ianya tidaklah perlu ditunaikan adalah satu kenyataan yang bersifat sangat angkuh lagi sombong!

9. Rakyat memberikan undi dalam pilihanraya disebabkan tertarik dengan janji yang kita buat semasa berkempen, sebaliknya jika ianya tidak ditunaikan bermakna kita mengkhianati janji dan amanah yang diberi. Jika ini berlaku, bermakna kita tidak jujur kepada rakyat dan pengundi. Apakah pemimpin sebegini wajar diberi peluang untuk memimpin negara?

10. Soal janji pilihanraya ini turut saya ulas dalam pertemuan saya dengan wakil akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan dalam ruangan rencana oleh saudara Zulkifli Jalil dengan tajuk Manifesto: Usah tipu rakyat Selangor di sini.

11. Tidak perlu lagi untuk saya ulas tentang janji manifesto pakatan 2008, cukup sekadar rakyat melihat sendiri apa janji yang telah dibuat oleh kerajaan negeri!

12. Dengan apa yang berlaku jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin pakatan begitu kalut memikirkan kaedah bagaimana untuk mengelakkan agar tidak dipersalahkan kerana tidak menunaikan janji pilihanraya. Tema janji ditepati itu seumpama satu tsunami yang menjadikan pemimpin pakatan berada dalam keadaan kekalutan sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan diluar akal manusia yang waras!

13. Episod ini sebenarnya memberi satu pengajaran berguna kepada semua parti politik bahawa usah berjanji jika tidak mampu untuk ditunaikan dan jika berjanji maka ia perlu ditunaikan sebagaimana yang diterjemahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang sangat berpegang dengan janji yang dibuat!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Manifesto Pilihanraya 2008 : Punca Kekalutan Kerajaan Pakatan

  1. Razali Yeop says:

    Assalamualaikum Dato dan semua rakyat Malaysia terutama yg berugama Islam dan berbangsa Melayu dan kepada yang masih termanggu2, terbangang2 yang sememangnya manusia melayu berhati buta, ada akal tapi tak ada fikiran.

    Peristiwa yang amat menyakitkan hati dan amat menyedihkan bahwa ada bangsa melayu beragama islam yang sanggup melihat bangsa dan saudara seugamanya dihina dan dipijak2 gambarnya oleh bangsa asing beragama kafirun laknatullah demi mengikut nafsu serakah syaitan iblis yang ditanamkan oleh pemimpin2 PKR yg durjana.

    Apakah manusianya mereka2 ini? Demi kemelut politik sanggup mereka gadaikan maruah bangsa dan agama mereka sendiri….sudah terlalu taksub dengan pemimpin mereka yang menjadi pengkhianat negara itu. Di manakah fikiran mereka yang dikurniakan Allah sebaik2nya itu? Dimanakah keimanan mereka2 ini? Diamanakah rasa kasih akan pemimpin negara, kasiha akan negara sendiri, kasih akan bangsa dan agama mereka. Andai kata gambar2 Nik Aziz atau pemimpin PKR celaka tu pun diinjak2 oleh bangsa asing kafir ini maka kita juga akan berasa marah atas tiket bangsa dan ugama kita, tp dimana perasaan merekka2 ini agaknya? Iblis dan syaitan sudah menguasai minda mereka2 ini…..

    Wahai pihak2 berkuasa yang berkenaan…..Tolonglah ambil tindakan tegas dan sewajarnya dengan segera menangani dan menghukum mereka2 ini. Jika tindakan sambil lewa, hukuman wang beribu2 ianya tidak akan menginsafkan mereka, ambillah tindakan yang jauh lebih keras supaya mereka tau dan belajar m,enghormati orang lain, pemimpin negara dan sayangi negara kita tercinta ini.

    Wahai melayu2 yg berhati perut syaitan ini….kesian dengan kamu2 semua, ada hati tapi busuk sebusuk2nya, ada akal tapi tak ada fikiran maka lebih baik jadi lembu dan kerbau maupun khinzir jika kamu-kamu semua terus mengikut teluinjuk si pemimpin pengkhianat ugama, bangsa dan negara itu. Insaflah sebelum bangsa melayu ini lebih dikotak katiukkan dan sedarlah segera bahawa ugama islam kita juga sudah mula dipermain2kan oleh mereka. Jangan sampai amukkan melayu terjadi lagi maka nasi dah jadi bubur ketika itu dan hancurlah negara kita dan kuasa asing mula membuka mata kernaa itulah ajenda mereka menggunakan pemimpin keparat itu sebagai tali barutnya….Wallahualam….Wassalam.

  2. Anonymous says:

    SAlam Dato, satu artikel yang menarik. Mohon Share.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s