Sejarah Empayar Melayu Melaka

1.    Melaka hari ini hanyalah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Sekitar tahun 1500, Melaka adalah sebuah empayar yang menguasai Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar kepulauan Sumatera. Kerajaan melayu Melaka menguasai sepenuhnya Selat Melaka yang menjadi laluan perdagangan dunia terpenting.

2.    Namun sebagaimana tamadun dunia yang lain, kehebatan empayar melayu Melaka berakhir setelah dijajah oleh Portugis pada tahun 1511, diketuai Alfonso De Albuquerque. Sejak itu, Melaka kekal tidak mempunyai sultan sehingga ke hari ini.

3.    Sebelum mencipta zaman gemilangnya, Melaka memiliki susur galur sejarah yang panjang. Diasaskan oleh Paduka Sri Maharaja Parameswara (Dharmaraja) yang merupakan cicit kepada Sang Nila Utama (Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana), Raja Temasik dari Kerajaan Srivijaya di Palembang.

4.    Pada tahun 1401, Parameswara melarikan diri dari Temasik setelah diserang oleh Kerajaan Majapahit. Beliau akhirnya sampai di muara Sungai Bertam (Sungai Melaka) dan di situ berlakunya peristiwa seekor pelanduk menendang anjing buruannya. Takjub dengan keberanian pelanduk itu, Parameswara merasakan tanah yang didudukinya begitu istimewa lantas beliau memutuskan untuk mendidirikan sebuah kerajaan di situ. Nama Melaka diambil dari sepohon pokok di mana kejadian tersebut berlaku.

5.    Sejarah kerajaan Temasek yang mengalami siri pertumpahan darah mengajar beliau untuk menjadi pemerintah yang lebih baik. Selama beberapa generasi, Melaka berkembang dari sebuah kerajaan kecil menjadi sebuah empayar yang setanding dengan kuasa besar Siam dan China. Pada kurun ke 14, Kerajaan Siam cuba menyerang Melaka tetapi gagal dan ini menyebabkan pengaruh kekuasaan Melaka semakin berkembang sehingga ke Kelantan dan Patani. Hubungan diplomatik yang dijalin dengan kuasa besar China juga satu tindakan bijak pemimpin Melaka.

6.    Sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1459M), Melaka sangat  stabil dan mencapai zaman kemuncak kegemilangannya. Kebijaksanaan Bendahara Tun Perak mentadbir dan keberanian Laksamana Hang Tuah mempertahankan Melaka, menjadi pelengkap kejayaan Melaka. Kegemilangan ini diteruskan pula oleh Sultan Mansur Shah (1456-1477M) yang dikenali sebagai seorang raja yang berilmu, adil dan mencintai agama sehinggalah ke zaman Sultan Alauddin Riayat Shah(1477-1488M).

7.    Tom Pires, seorang penulis portugis yang tekenal pernah menggambarkan kehebatan Melaka dengan kata-kata berikut. “..tidak diragui lagi bahawa Melaka begitu penting dan beruntung sekali, nampaknya bagi saya tiada bandingannya dalam dunia.. barang siapa menjadi raja Melaka meletakkan tangannya ke kerongkong Venice..”

8.     Seorang lagi penulis Portugis, Duarte Barbosa mengambarkan kehebatan Melaka dengan kata-kata berikut. “Sesiapa yang menguasai Melaka, dia akan dapat menguasai perdagangan dunia”.

9.    Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud, Melaka berada diambang kejatuhan. Beliau diangkat menjadi Sultan diusia yang begitu muda ketika berumur 10 tahun. Selepas kematian Tun Perak, pemerintahan Melaka tidak lagi stabil. Berlaku perebutan kuasa yang ketara dikalangan pembesar negara. Rakyat berpecah belah dan tiada lagi perpaduan dikalangan rakyat jelata. Sifat pilih kasih, iri hati, adu domba dan fitnah semakin berleluasa.

10.   Bagi menggantikan Tun Perak, Tun Pepatih dilantik menjadi Bendahara dan dikuti pula Tun Mutahir. Di zaman Tun Mutahir, konflik perebutan kuasa semakin ketara. Raja Mendeliar yang berjawatan Orang Kaya Shahbandar menjadi semakin tamak dan ingin menjadi Bendahara. Rancangan diatur bersama Si Kitol untuk memfitnah Bendahara Tun Mutahir. Laksamana Khoja Hasan yang termakan dengan fitnah Raja Mendeliar, akhirnya mempersembahkan kepada Sultan bahawa Bendahara ingin merampas kuasa. Akhirnya Tun Mutahir telah dihukum bunuh oleh Sultan tanpa usul periksa.

11.    Di saat itu Portugis yang sedang bermusuh dengan Melaka mengambil kesempatan untuk menawan Melaka. Setelah perang selama 14 hari akhirnya Melaka dapat ditawan dan berakhirlah kegemilangan Empayar Melaka.

12.    Sejak itu kuasa luar datang menjajah Tanah Melayu silih berganti selama 446 tahun sehingga Tanah Melayu dapat dimerdekakan oleh Tunku Abd Rahman tanpa sebarang pertumpahan darah pada tahun 1957. Pemimpin UMNO telah berjaya mengisi kemerdekaan dengan jayanya. Pelbagai dasar digubal untuk memastikan rakyat merasai nikmat kemerdekaan, berada dibumi bertuah ini. Perpaduan dikalangan rakyat pelbagai kaum menjadikan negara kita mempunyai kestabilan politik, seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati dunia.

13.    Amat malang jika generasi hari ini tidak mahu mengambil iktibar dari sejarah lampau. Lebih menyedihkan bila ada pula yang menyangka bahawa segala kenikmatan yang diperolehi hari ini berlaku dengan sendirinya. Dewasa ini pertelingkahan untuk mendapatkan kuasa semakin berleluasa sehingga ada yang sanggup memburukkan negara sendiri demi meraih sokongan pihak asing. Segala perkara cuba dipolitikkan demi kuasa. Matlamat menghalalkan cara digunakan. Keadaan ini amat menyedihkan kita semua. Semua ini harus dihentikan sebelum bumi bertuah ini jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

15.    Saya menyambut baik saranan Tuan Guru Nik Aziz untuk mengadakan muzakarah UMNO-Pas. Sebenarnya usaha ini cuba digerakkan oleh para ulama dan pemimpin UMNO tidak lama dulu, namun ianya telah disambut dingin oleh pemimpin Pas. Di suatu ketika ada pemimpin Pas cuba menggambarkan UMNO seumpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Hari ini sekali lagi pemimpin UMNO menyahut saranan itu tanpa sebarang syarat. UMNO kini berada dalam keadaan begitu kuat untuk menghadapi pilihanraya. Biar pun begitu, salam muzakarah oleh Pas tetap disambut baik oleh UMNO. Keikhlasan yang ditunjukkan oleh pemimpin UMNO seharusya dihargai oleh Pas dengan tidak meletakkan syarat bukan-bukan bagi menggagalkan usaha sebagaimana permintaan Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka!

16.    Generasi hari ini perlu disedarkan bahawa, tiada siapa yang untung dengan perbalahan dan pertelingkahan. Empayar Melayu Melaka yang begitu hebat akhirnya hancur disebabkan sikap tamak pembesarnya. Pepatah melayu ada menggambarkannya “yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu”. Melaka mengambil masa selama 45 tahun untuk mencapai zaman kegemilangannya dan ia dapat dipertahankan selama lebih 42 tahun. Malangnya ianya hancur setelah ditawan dalam masa hanya 14 hari disebabkan perpecahan lantaran sifat tamak dan gila kuasa! Sejarah juga mencatatkan 3000 meriam yang dimiliki Empayar Melaka dan puluhan ribu pahlawan ternyata tidak mampu menahan serangan Portugis akibat tiada lagi perpaduan yang utuh dikalangan rakyat dan pembesarnya!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Pas, UMNO and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Sejarah Empayar Melayu Melaka

  1. Acor says:

    Reblogged this on DUNIA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s