Sambutan Hari Ibu & Ulang Tahun UMNO ke 66

1.    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari ibu  kepada semua warganegara Malaysia yang bergelar ibu, yang disambut pada hari ini, 13hb Mei 2012.

2.    Pengorbanan seorang ibu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Mengimbau kenangan akan belaian dan kasih sayang seorang ibu dikala si anak masih kecil membuatkan setiap hati tersentuh. Maka atas sebab itu maka Islam memberikan satu pengiktirafan begitu tinggi kepada golongan ini. Sesungguhnya syurga itu berada ditelapak kaki ibu!

3.    Sempena sambutan hari ibu ini saya ingin berkongsi klip video sebuah lagu bertajuk Awan Nano yang dimuat naik di laman YouTube sejak beberapa lama dulu. Saya pasti lagu ini amat popular kepada orang muda dan ramai yang telah menontonnya. Memberikan kritikan terhadap lagu bukanlah bidang kepakaran saya, namun kisah pengorbanan seorang ibu dalam klip tersebut menarik untuk dihayati.

4.    Secara ringkas, ia mengisahkan bagaimana seorang ibu yang sanggup berkorban untuk tidak membelanjakan duit simpanannya semata-mata untuk pastikan duit itu boleh digunakan oleh si anak pada masa depan biar pun beliau juga memerlukan duit itu untuk merawat sakitnya.

5.    Akhirnya si ibu telah meninggal dunia. Disebabkan kejahilan, si anak menyalahkan bapa atas kematian ibunya sehinggalah si anak tersedar apabila  terbaca wasiat dari ibunya dalam tabung wang simpanan mereka di akhir klip video tersebut!

6.    Pengarah klip ini berjaya menterjemahkan sebuah lagu menjadi sebuah karya yang sangat menyentuh perasaan. Kisah sebegini amat dekat dengan kehidupan masyarakat kita. Bapa (lakonan Herman Tino) digambarkan berada dalam dilemma samada untuk menggunakan duit simpanannya untuk anak atau menggunakan untuk merawat isterinya. Namun si ibu telah berkorban demi untuk melihat anaknya menjadi seorang manusia yang berjaya.

7.    Sewaktu pemerintahan BN, kerajaan telah mengumpul pelbagai aset termasuk bangunan dan kompleks membeli-belah untuk manfaat rakyat Selangor. Kerajaan juga menggunakan kaedah menabung dalam fix deposit di bank-bank untuk memastikan kerajaan mempunyai duit cukup jika keadaan memerlukan. Hari ini kebanyakan aset ini telah pun dijual untuk mendapatkan tunai. Simpanan fix deposit juga dikeluarkan dari bank. Apa guna aset itu dicairkan jika bukan untuk dibelanjakan!

8.    Sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat Selangor, mereka berhak untuk menggunakan apa saja kaedah bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan. Kini kerajaan dibawah Tan Sri Khalid telah memilih jalan mudah dengan menjual segalanya. Apa sahaja yang boleh dijual akan dijual. Pada masa akan datang, kerajaan negeri tiada lagi kuasa ke atas aset-aset ini. Jika peniaga menghadapi masalah akibat kenaikan sewa lot bangunan, kerajaan tiada lagi kuasa untuk membantu. Tidak cukup dengan itu, asrama yang menempatkan anak-anak Selangor juga telah dikorbankan untuk projek kompleks membeli belah. Kompleks sukan di Kelana Jaya yang selama ini memberi manfaat kepada golongan muda juga digadaikan untuk membina projek kediaman mewah!

9.    Mungkin Tan Sri Khalid tidak mempunyai semangat kental yang dipunyai oleh si bapa (lakonan Herman Tino) sebagaimana yang dipaparkan dalam klip video Awan Nano. Sebaliknya beliau memilih jalan mudah dan bersifat populis dengan cuba membelanjakan wang yang ada untuk keuntungan jangka pendek. Nampaknya kerajaan Pakatan di Selangor sedang menggunakan teori “sikit-sikit lama-lama habis, bukan jadi bukit!”

Sambutan Ulang tahun ke 66 UMNO

1.    Di saat ini ahli UMNO masih merasai akan bahang sambutan ulangtahun UMNO yang diraikan secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11hb Mei 2012.

2.    Kehadiran begitu ramai ahli UMNO pada majlis tersebut menggambarkan satu semangat yang luar biasa. Ada yang kata ianya mencecah 120 ribu orang dan ada pula yang kata 100 ribu. Kelakarnya, isu ini turut menjadi pertikaian dikalangan penyokong pakatan. Paparan gambar yang diambil sebelum majlis menjadi hujah mereka. Begitulah hebatnya sambutan ulangtahun UMNO kali ini. Mungkin sebab semua penyokong parti politik kini telah berada dalam standby mode untuk berhadapan PRU13!

3.    Saya percaya bahawa gelombang yang ditunjukkan ini merupakan satu signal bahawa seluruh ahli UMNO berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Najib selaku Presiden dan Panglima Perang UMNO!

4.    Gelombang merah ini harus diterjemahkan dalam bentuk semangat juang yang tinggi seterusnya memastikan BN terus mendapat mandat 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang.

5.    UMNO tidak ada pilihan untuk memastikan kemenangan bagi memastikan agama, bangsa dan negara ini dipertahankan dari dijajah secara halus oleh anasir asing! Telah terbukti pemimpin pakatan tidak boleh diharap untuk mempertahankan semua ini!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Isu Semasa, PKR, UMNO and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s