Ziarah Masjid Quba dan Masjid Dhirar

1.    Alhamdulillah dan segala syukur kepadaNya atas segala nikmat dan peluang untuk berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk kesekian kalinya.

2.    Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri melalui FB. Saya doakan moga rakan-rakan juga diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki dan merasai sendiri pengalaman berada di bumi anbiya ini suatu hari nanti. InsyaAllah!

3.    Sebagai menghargai doa baik rakan-rakan semua, dalam ruang masa yang agak terbatas ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang ziarah saya untuk kali ini.

4.    Sebelum datang ke sini saya telah memasang niat untuk menziarahi beberapa buah masjid iaitu Masjid Quba dan tapak Masjid Dhirar kerana sejarahnya sangat signifikan untuk dijadikan pengajaran berguna kepada umat Islam hari ini.

5.    Masjid Quba telah dibina oleh baginda Rasullulah sewaktu baginda singgah di Daerah Quba dalam perjalanan hijrah ke kota Madinah. Ianya terletak di pinggir kota Madinah dan merupakan masjid pertama dibina sebelum Masjid Nabawi. Masjid ini asalnya dibina dengan dipacakkan tiang dan atapnya dibina dari pelepah pokok kurma sehinggalah kini ianya tersergam indah menjadi tarikan para penziarah.

Di Masjid Quba

6.    Kewujudan Masjid Quba yang menjadi benteng pertama kekuatan umat Islam Madinah dicemburui oleh kaum munafik. Lantaran itu mereka merancang untuk membina sebuah masjid yang akan digunakan untuk memecahkan perpaduan umat Islam. Al Quran menggelarkan masjid ini dengan nama Masjid Dhirar dan ianya dibina pada tahun ke 9 Hijrah yang diketuai oleh Abu Amir Ar-Rahib. Lantaran itu Rasullulah telah mengarahkan para sahabat untuk meruntuhkan Masjid Dhirar kerana ianya telah mengancam perpaduan umat Islam sekembalinya dari perang Tabuk.

Tapak Masjid Dhirar

7.    Saya berpeluang untuk berkunjung ke tapak Masjid Dhirar. Kini tiada ada apa yang tinggal namun ia memberi keinsafan kepada kita bahawa usaha untuk memecahkan perpaduan umat Islam menggunakan pemimpin Islam sendiri telah pun dilakukan sejak zaman Rasullulah SAW lagi. Hanya dengan cara itu, umat Islam boleh dilemahkan seterusnya dijajah.

PTPTN

8.    Saya sempat mengikuti perkembangan di Malaysia. Pemimpin Pakatan begitu terdesak untuk memainkan isu PTPTN dengan menghasut segelintir pelajar yang kini berhimpun di dataran Merdeka.

9.    Pelajar ini hanyalah menjadi alat kepada pemimpin tertentu untuk mencapai cita-cita politik mereka sahaja. Apa juga justifikasi yang digunakan hanyalah alasan yang dicipta semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan dengan kaedah jalan belakang. Ia membuat kita sangsi apakah pelajar ini sedar bahawa mereka sedang dipergunakan oleh pemimpin tertentu atau sememangnya mereka ini merelakan diri mereka dipergunakan kononnya atas nama perjuangannya yang mereka sendiri pun tidak memahaminya.

10.    Mereka mungkin lupa bahawa Anwar juga bertanggungjawab meluluskan akta PTPTN sewaktu memangku jawatan PM dan ianya juga turut dipersetujui oleh pemimpin DAP termasuklah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Kerajaan Selangor sendiri pun gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar di Unisel dan Kuis. Sehingga 2012, jumlah pinjaman PTPTN yang telah diluluskan kepada kedua-dua universiti itu berjumlah lebih RM 852 juta. Sebenarnya kos itu jauh lebih banyak jika diambilkira dengan peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk mengurus kedua-dua IPT tersebut. Kita semua tahu bahawa Kerajaan Selangor sendiri tidak akan mampu untuk membiayainya melainkan dengan mengorbankan bajet tertentu yang dikhususkan untuk tujuan kesejahteraan rakyat.

11.    Apa yang cuba dilakukan oleh Anwar sekarang hanyalah bertujuan untuk mencetuskan suasana huru-hara dalam negara bagi menjatuhkan kerajaan dengan kaedah menghasut mahasiswa sebagaimana yang telah berjaya dilakukan di negara Islam lain. Sebagai pemimpin umat yang baik, pelajar seharusnya digalakkan untuk terus mendalami ilmu. Tindakan menghasut dan memperalatkan pelajar untuk tujuan politik adalah sesuatu yang sangat menjijikkan. Semoga negara kita dijauhkan dari bala bencana yang cuba rencanakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!

12.    Apa yang sedang dilakukan oleh mereka ini tiada bezanya dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Abu Amir Ar-Rahib dengan membina Masjid Dhirar!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s