Serangan Ke Atas DS Najib Tun Abd Razak

1.    Pendedahan demi pendedahan tentang kewujudan entiti asing yang cuba menakluk negara ini melalui manipulasi pilihanraya menunjukkan negara kita tidak terlepas dari sasaran pihak tertentu untuk dikuasai negara asing.

2.    Semenjak zaman pemerintahaan kerajaan kesultanan Melaka lebih 500 yang lalu, kuasa besar dunia diwaktu itu berusaha menguasai tanah melayu atas sebab kedudukan geografinya yang sangat strategik dalam peta dunia sebagai lebuhraya perkapalan dunia. Selain dari Selat Melaka, dua lagi laluan kapal terpenting didunia adalan Terusan Suez di Mesir dan Terusan Panama di Amerika Selatan.

3.    Namun begitu, di zaman globalisasi sekarang, persoalan geografi bukan satu isu yang besar. Penjajahan menggunakan kuasa ketenteraan memakan kos yang bukan sedikit malah ia bukan satu jaminan untuk menguasai sesebuah negara sepenuhnya. Maka negara kuasa besar dunia kini melihat kepada kaedah alternatif dengan menaikkan mana-mana pemerintah yang disukai dengan perkiraan bahawa segala kepentingan mereka dalam semua aspek terpelihara. Atas alasan tersebut maka organisasi tertentu diwujudkan untuk mengkaji, seterusnya bertindak dengan cara yang halus memberi sokongan agar sesuatu kumpulan boneka berjaya dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi sedia ada.

4.    Strategi sebegini telah berjaya dilakukan di beberapa negara khususnya di Asia Barat. Malangnya sehingga ke hari ini, negara-negara tersebut gagal dipulihkan akibat kerakusan pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan agenda rakyat sehingga menghancurkan negaranya sendiri. Seandainya ianya dapat dipulihkan sekali pun, rakyat negara tersebut akan merana pula disebabkan kuasa pemerintahan mereka dikawal oleh pihak asing yang cuba mentadbir melalui proksi mereka. Di waktu itu tiada lagi nikmat kemerdekaan yang sepatutnya dikecapi oleh rakyat.

5.    Sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini adalah sesuatu yang baik namun perkembangan terkini jelas menunjukkan ada kecenderungan pihak asing yang cuba memanipulasinya untuk menaikkan pihak yang menyokong mereka atas tujuan yang tidak baik untuk negara ini. Pendedahan tentang penglibatan NDI, KAF yang menyediakan dana dan membekalkan strategi tertentu menjelaskan tentang apa yang sedang berlaku kepada negara kita. Rakyat negara ini seharusnya bimbang akan nasib negara ini 10 tahun akan datang jika ianya tidak ditangani dengan baik.

6.    Perkembangan terkini menunjukkan serangan sedang dihalakan kepada pemimpin tertinggi UMNO khususnya DS Najib selaku pemimpin tertinggi Barisan Nasional dengan pelbagai fitnah. DS Najib mengambilalih tampuk kepimpinan UMNO dan negara dengan seribu satu masalah yang sedia terbeban dibahunya. Namun sehingga ke hari ini segala masalah yang ada berjaya diatasi dengan jayanya dan dalam sesetengah kes dengan cukup bergaya. Keadaan ini merisaukan Anwar dan pihak tententu memandangkan PRU 13 adalah peluang terakhir Anwar untuk ditabalkan sebagai PM boneka.

7.    Sewaktu krisis kepimpinan UMNO di era kepimpinan Tun Adbdullah lagi, Anwar telah menghidu masalah yang bakal dihadapi PKR jika DS Najib diangkat menjadi PM. Lantaran itu usaha untuk mencalarkan imej DS Najib telah digerakkan dengan menaburkan fitnah kononnya DS Najib terlibat dengan kes Altantuya. Ternyata usaha tersebut gagal dan menemui jalan buntu maka kaedah lain diusahakan untuk memburukkan DS Najib.

8.    Sikap dan fokus DS Najib menyelesaikan pelbagai masalah rakyat setelah dilantik menjadi PM menyebabkan ruang untuk menjatuhkan DS Najib semakin terhad. Maka usaha dilakukan pula untuk mencalarkan imej Datin Seri Rosmah dengan pelbagai persepsi buruk yang dilakukan secara terancang. Pemalsuan gambar dan dokumen sudah menjadi perkara biasa. Kepalsuan dan perkara separuh benar diadun sedemikian rupa dengan matlamat untuk mencalarkan imej pemimpin tertentu yang dilakukan mengikut panduan yang telah diatur oleh pihak asing.

9.    Di suatu ketika Tun Dr Mahathir turut diserang oleh mereka ini kerana mengambil sikap mempertahankan kepimpinan UMNO yang ada sekarang. Surat palsu dicipta bagi menunjukkan bahawa TDM juga mempunyai hubungan baik dengan Israel malangnya bila surat sebenar didedahkan ternyata ianya hanyalah satu penipuan. Ulama Pas yang kononnya memperjuangkan Islam pula merelakan segala penipuan dan pembohongan rakan mereka! Mungkin dalam ajaran Islam PAS, berbohong dan menipu itu diharuskan!

10.    Lihat sahaja apa yang berlaku dalam kes penipuan fakta dalam kes Lynas, pemimpin PAS yang menyatakan kebenaran sedang diasak untuk ditendang keluar dari PAS. Benarlah apa yang dikatakan oleh Dr Hasan Ali, PAS kini telah bertukar wajahnya setelah dikuasai oleh golongan parasit yang dikuasai oleh DS Anwar.

11.    Dalam kekalutan pemimpin pakatan haram PKR, PAS dan DAP menyerang pemimpin UMNO, mereka terlupa akan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat di negeri yang dikuasai mereka sudah lama terabai. Selangor diselubungi dengan pelbagai masalah akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Segala harta GLC millik rakyat Selangor telah dijual dan dileburkan tanpa sedikit pun rasa bersalah. Asrama yang menjadi tempat berlindung pelajar dijual demi memenuhi nafsu politik segelintir pemimpin pakatan. Bangunan Yayasan Selangor yang berada dilokasi strategik di Bukit Bintang dalam proses untuk dijual kepada DAP! Apakah pemimpin pakatan di Selangor sekarang ini merasakan rakyat begitu buta untuk melihat segala penyelewengan ini? Memang benar sekarang ini rakyat hanya mampu memerhatikan segala yang berlaku. Tetapi mereka perlu ingat bahawa akan sampai masanya mandat yang diperolehi itu perlu diserahkan semula kepada rakyat!

12.    Dalam perang perebutan kuasa dan huru-hara pemimpin pakatan di Selangor, PAS adalah watak paling dungu umpama lebai malang yang hanya menjadi Pak Angguk! Mungkin PAS sudah berpuashati dengan jawatan Pengerusi dan AJK masjid yang menjadi idaman mereka sejak zaman-berzaman! Hari ini PAS sudah tidak peduli dengan kemunculan rumah urut di Selangor. Maklumat terkini menunjukkan terdapat lebih 4700 pusat hiburan telah diluluskan di Selangor sejak 3 tahun 10 bulan pakatan memerintah! Statistik ini tidak termasuk pusat hiburan haram yang tidak berdaftar sebagaimana haramnya pertubuhan pakatan rakyat! Jika PAS tidak munafik, mereka sepatutnya berjuang memerangi pemimpin pakatan sebagaimana mereka menentang kerajaan BN dahulu! Apakah PAS ada keberanian sebegitu? Pastinya tidak sebab PAS kini bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam!

13.    Barangkali PAS berpendapat usaha menyebarkan fitnah ke atas DS Najib itu lebih mulia dari memerangi pemimpin mereka yang jelas melakukan penyelewengan! Saya menjangkakan lebih banyak lagi fitnah yang sedang diusahakan oleh mereka ini menjelang PRU13 nanti. Jentera BN seharusnya lebih bersedia menghadapi segala serangan yang sedang diatur oleh pihak asing ini.

14.    Jentera BN perlu memahami bahawa pakatan rakyat jelas tidak mempunyai track record yang baik untuk ditunjukkan kepada rakyat dalam soal mentadbir negeri yang dikuasai mereka sebagaimana BN. Maka satu-satunya jalan yang ada untuk mengekalkan kuasa mereka adalah dengan memainkan politik isu. Dengan erti kata lain, mereka hanya memerlukan beberapa killer issue yang boleh mempengaruhi rakyat agar memberi undi kepada mereka. Jika ini berjaya dilakukan, negara ini pastinya berada dalam keadaan yang cukup bahaya!

15.    Sebagai penutup kepada coretan ini, saya paparkan sebahagian risalah taktik dan strategi yang berjaya dirakam dan didedahkan oleh blogger BN yang berada dalam simpanan DS Anwar sebagai renungan kita semua agar kita lebih bersedia.

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Isu Semasa, Pas, PKR, UMNO. Bookmark the permalink.

One Response to Serangan Ke Atas DS Najib Tun Abd Razak

  1. razali yeop says:

    TAHNIAH DATO’…..SAYA MENYOKONG PENUH APA YANG DATO PAPARKAN DI SINI DAN SEHARUSNYA ORG MELAYU BERAGAMA ISLAM SEDARLAH AKAN PERKARA-PERKARA INI DAN BERSATULAH DEMI UGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA KITA INI SEBELUM NASI MENJADI BUBUR….NAAUZUBILLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s