Perhimpunan BebasAnwar901: Satu Pengkhianatan Kepada Sistem Perundangan Negara

1.    Pada pagi ini – 9hb Jan 2012, Mahkamah akan membuat keputusan samada DS Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan atau membebaskan beliau dari segala pertuduhan.

2.    Pada pagi ini juga saya akan berada di Shah Alam untuk bermesyuarat bersama ADUN BN dalam misi gerakkerja pilihanraya akan datang pada pukul 10.00 pagi. Saya akan memberi sedikit taklimat kepada ADUN BN, implikasi tentang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang kebetulan Penasihat Ekonominya adalah DS Anwar Ibrahim.

3.    Di saat saya sedang menulis artikel ini, pastinya kumpulan yang akan menyertai perhimpunan BebasAnwar901 telah pun bergerak menuju ke Mahkamah Jalan Duta. Jelas sekali Anwar dan Azmin telah bekerja keras sejak beberapa hari yang lalu untuk mengumpulkan seramai mungkin pengikutnya untuk menyertai mereka dalam perhimpunan tersebut.

4.    Pada hemat mereka, hanya dengan cara itu Anwar akan bebas setelah mereka yakin Anwar akan didapati bersalah oleh Mahkamah. Hakikatnya tiada siapa yang tahu apakah keputusan hakim nanti. Berdasarkan pendapat kawan-kawan yang arif dalam bidang perundangan, mereka agak yakin Anwar akan didapati bersalah disebabkan kegagalan barisan peguambela mengemukakan bukti dan saksi bagi mencabar segala keterangan mangsa dan bukti pihak pendakwa.

5.    Namun begitu ianya hanyalah satu andaian semata-mata sebagaimana kita meramalkan Brazil menjuarai Piala Dunia, tetapi ianya hanya akan disahkan setelah tamatnya tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan akhir. Malangnya dalam sukan bolasepak, keputusan pengadil adalah muktamad. Mana-mana pemain yang mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan berdepan dengan hukuman.

6.    Ini berbeza dengan keputusan kes jenayah yang dihadapi oleh Anwar. Jika didapati bersalah sekalipun, peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan masih ada. Tetapi perkara ini seolah cuba disembunyikan kepada penyokongnya. Dalam sesi RoadShow yang diadakan, mereka cuab menggambarkan seolah-olah tiada lagi peluang untuk Anwar membela diri jika hukuman dijatuhkan maka pengikutnya harus memberontak menjatuhkan kerajaan yang ada kerana kononnya bersikap zalim.

7.    Anwar cuba mencipta pelbagai persepsi buruk kepada kerajaan dan institusi kehakiman negara termasuklah pihak keselamatan yang didakwa terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya. Hakikatnya, perbicaraan ini adalah perbicaraan peribadinya atas jenayah yang telah dilakukan. Soal perbicaraan politik yang cuba digambarkan oleh Anwar hanya illusi ciptaannya untuk menarik simpati orang ramai. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Anwar gagal membawa saksi alibi untuk membela dirinya. Anwar juga gagal memberikan keterangan bersumpah di mahkamah untuk membela diri.

8.    Anwar terlupa atau buat-buat lupa bahawa kes liwatnya telah tertangguh bertahun lamanya. Malah ia menjadi rekod perbicaraan paling panjang dalam sejarah negara dengan berpuluh kali penangguhan dipohon oleh peguambela beliau. Bayangkan perbicaraan beliau bermula di era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini zaman DS Najib menjadi Perdana Menteri. Sungguh pelik dan amat melucukan bilamana beliau masih menuduh DS Najib terlibat berkonspirasi dalam kes liwatnya.

9.    Dalam keadaan itu pun, mahkamah telah bersikap adil kepadanya dengan melayan segala kerenah peguambelanya yang adakalanya dilihat oleh rakyat bahawa ianya seolah menafikan keadilan kepada si mangsa. Peguambela Anwar bukan calang-calang orangnya. Seorang peguam ternama dan terhebat di Malaysia yang mempunyai rekod cemerlang dalam membela anak guamnya. Maka jika dengan peguam terbaik pun beliau masih gagal membela dirinya, maka tiada gunanya untuk beliau menyalahkan pihak mahkamah mengajak rakyat untuk membela dirinya.

10.    Hari ini pihak polis sekali lagi menunjukkan sikap tolak ansur dengan memberikan kebenaran berhimpun kepada penyokong beliau dengan syarat ianya berjalan dengan aman. Namun kebenaran bersyarat tersebut telah diputarbelitkan untuk mengelirukan penyokong pakatan agar hadir menyertai perhimpunan tersebut. Saya yakin mereka berkemungkinan besar mempunyai agenda tersirat yang bersifat jahat untuk membuat huru-hara bagi menggambarkan kepada dunia bahawa polis bertindak kejam kepada mereka. Lantaran itu mereka akan cuba mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku.

11.    Namun begitu kita yakin bahawa pihak polis telah dapat menghidu segala perancangan jahat tersebut dan mereka cukup bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Pastinya akan ada drama dan adegan-adegan pelik yang akan cuba dilakonkan dan disebarkan oleh kumpulan ini dalam misi membebaskan Anwar jika keputusan tidak memihak kepada mereka sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunan yang lalu.

12.    Perbuatan sebegini bukan sesuatu yang baik kepada ekonomi dan masyarakat kita. Segala kekecohan yang akan ditimbulkan akan memberi kesan kepada ekonomi. Mereka yang terpaksa bekerja mencari nafkah untuk keluarga akan dilanda kesusahan. Pelabur akan lari meninggalkan negara dan peluang pekerjaan akan semakin berkurangan. Dan pada akhirnya yang akan menghadapi kesusahan adalah rakyat jelata.

13.    Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menjaga dan mengekalkan keamanan dan kenikmataan hidup dibumi bertuah ini. Usah terlibat dalam perhimpunan yang jelas memberikan kemudaratan kepada agama, bangsa dan negara. Negara kita terlalu bertuah untuk dirosakkan begitu sahaja demi membela seorang yang mungkin didapati bersalah kerana terlibat dalam aktiviti liwat. Penyokong Anwar lupa bahawa Anwar bukan mangsa dalam kes ini, sebaliknya mangsa yang sebenar adalah Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pekerja/pembantu peribadinya sendiri. Tetapi kerana spin yang dilakukan, pengikutnya sudah menganggap Anwar adalah mangsa dan harus dibela! Jelas apa yang cuba dilakukan ini adalah satu pengkhianatan kepada sistem perundangan negara dan harus ditentang oleh setiap rakyat yang cintakan keamanan!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor
9hb Januari 2012

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in DAP, Pas, PKR and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Perhimpunan BebasAnwar901: Satu Pengkhianatan Kepada Sistem Perundangan Negara

  1. dato.ir asmawi basiran says:

    saya menyokong penuh saranan dato.harap dato dapat mengembalikan selangor ke pangkuan bn.tq.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s