Memahami Hakikat Keputusan Pertuduhan Liwat 901

1. Debaran ramai pihak menunggu keputusan perbicaraan kes liwat DS Anwar dengan pembantunya telah pun berakhir. Keputusan yang dibaca oleh hakim itu amat mengejutkan semua pihak baik dari kumpulan pro anwar mahupun dari anti Anwar dan penyokong Saiful Bukhari.

2. Penyokong Anwar sebelum ini begitu yakin bahawa Anwar akan disabitkan bersalah manakala penyokong Saiful dan pro BN juga ramai yang berpendapat sebegitu berdasarkan sesi perbicaraan yang berlangsung sekian lama.

3. Malangnya keputusan hakim jauh tersasar dari jangkaan semua pihak. Dalam posting sebelum ini, saya ada memberi contoh tentang perlawanan bolasepak di mana pengadil mempunyai kuasa mutlak di atas padang.  Pengadil membuat keputusan berdasarkan pengalaman, peraturan dan pengamatan yang dibuat di atas padang. Manakala penonton pula membuat justifikasi berdasarkan pengamatan di luar padang dan mungkin juga berdasarkan paparan kaca tv.

4. Apa juga keputusan yang dibuat oleh hakim perlu dihormati oleh semua pihak. Jika ada dikalangan penyokong Saiful yang sedikit kecewa dengan keputusan tersebut, percayalah ada juga dikalangan penyokong Anwar yang merasa kecewa kerana segala perancangan yang diatur gagal lantaran keputusan tersebut.

5. Pasti ada hikmah yang besar disebalik semua yang berlaku ini maka kita wajib berpegang kepada prinsip qada dan qadar atas segala ketentuanNya berasaskan rukun iman sebagai seorang Islam. Dalam masa yang sama kita juga harus akur dengan prinsip kedaulatan undang-undang dalam rukun negara kita.

6. Penghakiman undang-undang tidak harus dilihat dari sudut pandang sebelah pihak semata-mata. Hakim menjalankan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang yang diberikan kepadanya dan beliau melihat secara keseluruhan atau diistilahkan helicopter view... Jika kita mengimbau kembali sejarah, Parti UMNO pun pernah diharamkan oleh mahkamah satu ketika dahulu biarpun disaat itu UMNO adalah parti yang memerintah dimana Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia.

11.  Diwaktu itu ramai yang kecewa dengan keputusan mahkamah itu kerana beranggapan perdana menteri begitu besar kuasanya sehingga mampu mempengaruhi keputusan mahkamah bagi menyelamatkan UMNO. Ternyata mereka silap. Kuasa PM hanya terhad kepada bidang eksekutif sahaja. Prinsip pemisahan kuasa diantara badan eksekutif, institusi istana dan badan kehakiman masih utuh terpelihara dan hidup subur dibumi bertuah ini.

12. Namun usaha berterusan oleh pakatan rakyat untuk menanam persepsi buruk kepada institusi ini menyebabkan sebilangan rakyat membuat pertimbangan yang salah. Apa sahaja institusi negara yang mana mereka mempunyai kepentingan akan diburukkan dan difitnah dengan pelbagai tohmahan. Polis, ATM, SPR, JPN, Badan Kehakiman dan Institusi Istana tidak terlepas dari sasaran mereka. Semua ini dilakukan bertujuan untuk meraih sokongan rakyat demi mencapai cita-cita politik mereka.

13. Keputusan luar jangka oleh hakim ini ternyata membuatkan para penyokong pakatan rakyat terkedu dalam kegembiraan. Mereka gembira bagi pihak Anwar yang terlepas dari pertuduhan liwat dalam masa yang sama mereka tersentak bahawa segala dakyah dan fitnah yang diulang-ulang kepada mereka tentang kepincangan badan kehakiman oleh Anwar dan orang kuatnya ternyata palsu dan bersifat tohmahan semata-mata.

14. Dengan keputusan ini maka tiada lagi undi berasaskan simpati kepada Pakatan Rakyat atas isu Anwar. Pertarungan kali ini akan menyaksikan satu pertarungan terbuka antara BN dan PR tentang siapa yang lebih boleh diharap dalam mengurus tadbir negara dan sanggup membela nasib agama, bangsa dan negara tanpa dibebani isu peribadi Anwar. Soal pihak Saiful samada ingin membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan adalah hak peribadi beliau sebagai mangsa yang dijamin oleh undang-undang. Jika beliau membuat rayuan sekalipun, ianya antara beliau dengan Anwar. Dan harus diingat bahawa Anwar sendiri telah menggunakan hak rayuan tersebut berpuluh kali sepanjang perbicaraan sedangkan ini mungkin kali pertama peluang itu akan digunakan oleh Saiful.

15. Apa pun yang berlaku nanti rakyat Malaysia harus memberikan kredit dan pujian kepada anggota keselamatan yang berjaya mengekalkan keamanan negara dan berjaya mengahrungi cabaran detik 901 dengan jayanya. Biarpun wujud sedikit insiden letupan dan pergaduhan antara dua kumpulan terlibat, nyata ia masih terkawal. Siasatan perlu diteruskan untuk mencari dalang disebalik letupan bagi memberikan keyakinan kepada rakyat kita bahawa negara ini akan terus aman dan makmur.

16. Detik ini akan diingati dalam lipatan sejarah untuk generasi akan datang. Lebih dari itu ia akan menjadi satu pengajaran berguna kepada kita semua bertapa bernilainya nikmat keamanan yang kita kecapi pada hari ini.

17. Kini masanya telah tiba untuk kita terus memandang kehadapan, mengekalkan perpaduan kaum yang ada dan bersatu hati membangunkan negara ini dibawah semangat 1Malaysia. Semoga wawasan yang kita semua cita-citakan akan dapat dicapai satu hari nanti.

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Isu Semasa, Pas, PKR and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Memahami Hakikat Keputusan Pertuduhan Liwat 901

  1. mohd adnan says:

    Tahniah DSD! pandangan baik & rakyat harus bijak menilai akan keutuhan & intergriti kerajaan dalam menjaga hak rakyatnya di negara bertuah ini. Jangan lah ada lagi syak wasangka akan ketulusan kerajaan walaupun kadang-kadang ada juga kelemahan kerajaan..

  2. zakzak says:

    I like this website. berbanding dengan banyak website/blog pro-kerajaan yang saya ikut, blog ini sangat berhemah, very critical dan menyampaikan isi perbincangan dengan rasional dan tanpa name-calling ( i might miss some of your entries before…tapi berdasarkan yang terkini, not bad)

    apapun, saya ingin menyentuk berkenaan dengan point 6 & 7. Benar UMNO telah diharamkan , dan itu yang membawa kepada pembentukan Semangat 46 dan juga UMNO baru, akan tetapi selepas sahaja Tun Dr. Mahathir berjaya membentuk kerajaan yang baru, unfortunately Tun Mahathir telah melangkau perbatasan antara eksekutif dan judicial dengan merancang pemecatan Tun Salleh Abbas ketika itu. saya masih kecil lagi ketika itu, tapi bagi saya, sejak detik itulah persepsi yang BN telah mencorakkan segala keputusan politik di negara ini tercetus….

    what a shame.

    tetapi dengan penghakiman sebegini, keyakinan saya terhadap cabang kehakiman negara telah pulih semula sedikit demi sedikit, dicetuskan dengan bacaan di website Zulkifli Nordin berkaitan dengan perjalanan mahkamah kes Anwar vs. Saiful ini….sejak dari itu saya mula berfikir mengenai politik di malaysia dengan lebih kritikal.
    i really like where Anwar wants to bring Malaysia, tetapi semua itu retorik saja…

    Akan tetapi kes2 di mana Khir Toyo dikenakan hukuman cuma setahun penjara berbanding dengan penganggur yang dikenakan hukuman penjara bertahun2 hanya kerana mencuri susu untuk anaknya yang kelaparan, masih mengecewakan diri ini….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s