Pasca PAU2011: Menyahut Seruan Untuk Berjuang!

1. Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah melabuhkan tirainya. Para perwakilan, ahli parti, pemerhati, petugas media (baik dari arus perdana, mahupun media sosial) dan orang ramai yang berkampung di PWTC telah kembali ke tempat masing-masing.

2. Mereka kembali sebagai satu tanda berakhirnya sebuah perhimpunan umat melayu terbesar di negara ini yang diraikan setiap tahun. Namun bagi Orang UMNO, kita kembali untuk bekerja dan berjuang mencurahkan bakti kepada masyarakat.

3. Segala saranan, kritikan, mahupun teguran yang dilemparkan oleh perwakilan dan arahan dari pimpinan akan diambil sebagai satu azimat pembakar semangat untuk perjuangan agama, bangsa dan negara ini.

4. Ucapan YAB DS Presiden dalam sesi penggulungan telah membakar semangat Orang UMNO. Di saat itu tergambar di setiap benak kita bahawa wisel pilihanraya seolahnya akan ditiup bila-bila masa. Di waktu itu hati kecil Orang UMNO mungkin berkata, “DS bubarkan Parlimen sekarang, kami akan berjuang sehingga titis keringat terakhir untuk memenangkan calon BN!”.  Jika benar apa yang dikata, terjemahkanlah semangat itu dalam bentuk gerakkerja pilihanraya yang tersusun. Bekerjalah seumpama pilihanraya akan diadakan pada esok hari. Persiapkan jentera sebaik mungkin. Buktikan kita berada dalam satu pasukan yang tersusun, bersatu padu dan bersiap sedia menghadapi apa jua rintangan. Jika itu mampu dilakukan, rakyat pasti memberikan kemenangan kepada kita!

5. Kita perlu sedar di bahu DS. Najib kini terpikul satu amanah yang cukup besar untuk mengembalikan kegemilangan UMNO dan BN. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di tangan beliau letakknya untung nasib masyarakat melayu untuk generasi akan datang. Di tangan beliau juga rakyat menaruh harapan bagi menjamin masa depan negara yang lebih gemilang dibawah semangat 1Malaysia. Beliau terpilih untuk memikul tugas yang begitu berat ini dan menjadi kewajipan kita semua untuk memberikan sokongan sewajarnya. Mungkin tidak keterlaluan jika ada yang berpendapat, beliau ditugaskan untuk memikul amanah paling getir dalam sejarah Presiden UMNO!

6. Untung nasib negara ini tidak seharusnya diperjudikan dengan menyerahkannya kepada parti yang tiada hala tuju politik yang jelas. Persengketaan dalamaan melibatkan ideology antara pakatan pas, dap dan pkr akan menghancurkan negara ini jika kuasa diserahkan. Agama Islam pasti tidak akan terbela. Hak dan keistimewaan masyarakat bumiputera akan dihakis. Golongan racist seperti pemimpin dap akan bermaharajalela dan diwaktu itu tiada lagi keharmonian kaum akan dinikmati maka negara berada di ambang kehancuran. Moga ianya dapat dijauhi!

7. Disebabkan semua ini maka seharusnya setiap Orang UMNO memberikan sepenuh keyakinan kepada pimpinan untuk mengetuai pertarungan pilihanraya yang paling getir ini. Sejarah mengajar kita bahawa tentera Islam yang diketuai junjungan besar Nabi Muhammad SAW pernah tersungkur di bumi Uhud lantaran sifat tamak dan keengganan tentera Islam mematuhi setiap perintah pemimpin. Jadikanlah tsunami politik 2008 sebagai satu pengajaran berguna untuk semua.

8. Hari ini kita perlu membuktikan kepada seluruh masyarakat bahawa kita adalah Orang UMNO yang jauh berbeza dari apa yang dipersepsikan oleh pakatan pas, dap dan pkr. Ayuh! Kita buktikan Orang UMNO jiwanya bersih, Orang UMNO sentiasa ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia dan kita buktikan bahawa kita berani berubah untuk rakyat sebab kita berjiwa besar.

9. Kita tidak mahu mengulas panjang tentang segala jasa UMNO dan BN kepada setiap rakyat Malaysia. Namun Orang UMNO perlu yakin bahawa perjuangan kita adalah benar, setiap langkah perjuangan kita ini akan direkod oleh Allah swt sebagai satu ibadah sebab kita memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat di negara ini! Kerana perjuangan UMNO lah Islam subur dibumi bertuah ini. Keyakinan ini perlu ada dalam diri setiap Orang UMNO. Percayalah kita berjuang di pihak yang benar dan itu yang telah kita buktikan sejak 1946!

10. Pakatan pas, dap dan pkr akan terus menabur fitnah dan merencanakan pelbagai dakyah untuk menghasut rakyat supaya membenci UMNO dan BN. Semakin dekat dengan pilihanraya maka kilang fitnah mereka akan bekerja lebih masa menyebarkan dakyah memburukkan pemimpin negara sebagaimana mereka lakukan dengan jayanya dalam PRU12 yang lalu. Taktik menabur fitnah dengan menggunakan maklumat yang diputarbelitkan dan direkayasa sedemikian rupa bagi memburukkan pemimpin UMNO akan dilakukan. Rakyat akan disuap dengan cerita fitnah yang tiada kebenarannya, yang diulang-ulang sehingga rakyat hadam. Soal dosa dan pahala sudah tidak lagi penting, strategi matlamat menghalalkan cara akan digunakan. Semuanya sanggup dilakukan oleh mereka demi untuk meraih kuasa!

11. Maka kita juga perlu mempersiapkan jentera bagi menangkis setiap serangan yang dilancarkan kepada parti. Hari ini kita bersyukur dan amat berterima kasih kepada hulubalang UMNO di alam maya termasuk barisan bloggers, facebooker, twitterian dan lain-lain yang bekerja siang malam bagi menangkis segala serangan dan fitnah pakatan.

12. Biarpun tanpa nama mereka adalah wira kepada rakyat Malaysia. Mereka berjuang untuk menyelamatkan negara ini dari terlepas kepada pemimpin rakus yang akhirnya akan menjahanamkan negara yang tercinta ini. Mereka adalah wira yang tidak didendangkan. Maka amat kena pada tempatnya bila Naib Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi memberikan pengiktirafan khas kepada mereka di Perhimpunan UMNO 2011 yang lalu.

13. Sesunggunya harapan pucuk pimpinan kepada kita amat besar. Apa juga yang berlaku, kita harus berada sebagai satu kesatuan yang kukuh dan bersatu padu. Siapa juga yang ditolak oleh pimpinan untuk kehadapan mengetuai parti dalam pilihanraya perlu disokong demi menjamin kemenangan. Lupakan seketika soal siapa “Winnible Candidate”. Tumpukan seluruh kekuatan untuk memperkukuhkan parti. Berikanlah kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan untuk memilih mereka yang layak. Semoga kita mengecapi kembali saat kegemilangan yang kita impikan!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in UMNO and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s