Cukai Pintu: Mana Janji Kerajaan Pakatan Selangor?

1.    Kepesatan pembangunan di negara kita telah mewujudkan kawasan perbandaran. Kawasan kampung bertukar menjadi taman-taman perumahan. Cara hidup di persekitaran baru ini menimbulkan cabaran baru khususnya dalam memastikan keselesaan penduduk setempat. Sampah dan sisa buangan terjadual perlu dikutip bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan persekitaran yang sentiasa bersih dan sesuai untuk didiami oleh manusia. Ini bermakna kemudahan awam juga perlu diselenggara, jalan-jalan perlu dibaiki dan lampu-lampu perlu dipasang demi memastikan keselamatan penduduk.

2.    Dalam memastikan semua ini dapat dipenuhi maka PBT memerlukan wang yang dibayar  dalam bentuk cukai termasuklah Cukai Taksiran/Cukai Pintu. Duit yang diperolehi itu dilaburkan semula untuk proses penyelenggaraan dan dalam masa yang sama peluang ekonomi akan berkembang dimana maka kitaran ekonomi akan berlaku dan ekonomi semakin berkembang apabila kawasan tersebut menarik lebih ramai tenaga buruh seterusnya menarik pelabur baru.

3.    Namun begitu cukai pintu ini pernah menjadi polemik dikalangan masyarakat. Dikala itu pakatan Pas, Pkr dan Dap berusaha memberi gambaran yang salah bahawa kerajaan zalim kerana mengenakan cukai pintu yang tinggi. Lantaran itu dalam Manifesto PRU ke 12, mereka menjanjikan yang cukai pintu akan diturunkan sebanyak 20% terhadap premis kediaman dan komersil.

4.    Rakyat sudah pasti akan tertarik dengan janji yang telah dibuat oleh mereka. Apa juga penjelasan oleh kerajaan diwaktu itu tidak diterima lantaran terpengaruh dengan janji manis pakatan. Maka rakyat telah memberikan sokongan kepada pakatan dan akhirnya pakatan dapat membentuk kerajaan di Selangor.

5.    Kini sudah lebih 3 tahun kerajaan Pakatan memerintah Selangor dan namun sehingga hari ini tiada sebarang penurunan cukai taksiran telah dibuat. Malah dengan sikap yang ditunjukkan oleh MB Selangor, kita boleh simpulkan bahawa mereka tiada niat pun untuk menurunkan cukai sebagaimana yang dijanjikan. Lebih malang pula bukan setakat tidak diturunkan, malah disesetengah kawasan cukai ini telah dinaikkan!

6.    Menteri Besar Selangor boleh memberikan pelbagai alasan bagi mewajarkan tindakan pembohongan yang telah dilakukan kepada rakyat Selangor. Namun pepatah melayu ada berkata, haiwan dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Mungkin tok Guru Pas mungkin terlupa untuk mengajar pemimpin mereka tentang soal dosa mungkir janji akibat terlalu sibuk berpolitik. Islam mengajar kita bahawa sikap menipu dan berbohong adalah ciri golongan munafik.

7.    Samada mereka sedar atau tidak mereka sebenarnya telah berbohong kepada 5.41 juta orang penduduk di Selangor ini. Sewaktu pilihanraya Manek Urai di Kelantan, Datuk Seri Najib telah berjanji untuk membina jambatan baru untuk kemudahan penduduk jika calon BN menang. Namun begitu calon BN telah tewas namun beberapa minggu selepas itu PM telah meluluskan juga pembinaan jambatan tersebut kerana menyedari akan harapan yang begitu tinggi penduduk terhadap kewujudan jambatan tersebut.

8.    Jika dua paparan kisah ini disingkap, maka rakyat boleh menilai kembali siapa yang lebih berpegang pada janji dan siapa yang lebih munafik dalam soal memungkiri janji yang dibuat? Dalam belanjawan lepas sekali lagi PM menjanjikan duit bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Setiap hujung tahun, ibubapa perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak seperti pakaian dan kasut sekolah.

9.    Bagi golongan berada ia bukan satu masalah besar. Kakitangan awam pula agak beruntung kerana boleh mengharap bonus yang biasanya dibayar pada hujung tahun. Tetapi bagaimana pula dengan golongan berpendapatan rendah yang bukan penjawat awam? Jika kos yang diperlukan RM100, maka jika mempunyai 5 anak bermakna RM500 diperlukan.

10.    Mungkin ada yang sinis terhadap masalah ini, namun realitinya sebenarnya ia masalah yang dihadapi oleh ramai ibubapa. Bertanyalah kepada mana-mana wakil rakyat baik dari BN mahu pun Pakatan tentang bagaimana mereka menghadapi masalah ini dikawasan masing-masing. Saban tahun mereka mencuba sedaya upaya untuk memberi bantuan persekolahan kepada ibubapa yang sangat memerlukan. Namun setakat mana yang boleh dibantu?

11.    Apa pun pada minggu ini proses pengagihan duit tersebut telah pun dibuat mengikut jadual yang telah diatur. Ternyata PM telah menunaikan janji yang telah dibuat oleh kerajaan. Rakyat boleh menilai sendiri proses penyerahan duit bantuan tersebut. Tiada seorang pun pelajar akan terkecuali dari menerima bantuan tersebut. Anak-anak ahli pas, pkr dan dap tidak perlu memaksa ibubapa mereka mengisi borang keahlian mana-mana parti komponen BN pun untuk melayakkan mereka menerima bantuan tersebut.

12.    Seperti biasa pemimpin Pakatan akan mempersoalkan tindakan yang dibuat atas sebab pilihanraya. Hakikatnya PM sendiri belum memutuskan bila pilihanraya umum akan dibuat. Sudah pasti pilihanraya tidak akan dibuat sebelum sesi persekolahan bermula. Maka jika pertimbangan politik semata-mata diambilkira, lebih elok jika ia diagihkan sewaktu hampir dengan pilihanraya, namun duit yang diagihkan itu tidak akan menepati kehendak dan tujuan asalnya untuk meringankan beban ibubapa menyediakan persiapan persekolahan. Akhirnya duit tersebut akan digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya serta merugikan negara.

13.    Sekali lagi kita dapat menilai bagaimana kerajaan BN mendahulukan kepentingan rakyat melebihi kepentingan politik. Namun seperti biasa pemimpin pakatan yang merasakan mereka begitu hebat menabur fitnah dan menipu untuk memburukkan kerajaan BN. Ironinya disebalik segala cemuhan terhadap usaha yang dilakukan oleh oleh PM, mereka sendiri tidak langsung tidak berniat untuk menunaikan janji.

14.    Jika kerajaan Pakatan di Selangor berhasrat melaksanakan segala janji yang mereka tabur dulu diwaktu dekat dengan pilihanraya, maka jelaslah mereka meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat dan golongan munafik ini seharusnya ditolak oleh rakyat Selangor!

15.    Menteri Besar Selangor seharusnya sedar bahawa sudah lebih 3 tahun rakyat Selangor menunggu segala janji yang dibuat. Pemimpin Pakatan akan melakukan apa sahaja untuk menutup segala penipuan janji pilihanraya terhadap rakyat termasuklah dengan menyerang pemimpin barisan nasional dengan pelbagai fitnah dan sekali lagi mereka akan cuba membohongi rakyat! Dan ia bukanlah perkara asing bagi golongan manusia munafik ini!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in DAP, Pas, PKR and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s