Khalid Ibrahim : Menteri Besar Selangor atau Menteri Besar Pakatan?

1.    Sejak kebelakangan ini rejim pakatan agak ribut dengan masalah dalaman namun dalam masa yang sama BN yang diterajui Datuk Seri Najib terus menampakkan keyakinan untuk meneruskan misi membela rakyat melalui pelbagai program turun padang yang digerakkan.

2.    Selepas membentangkan bajet yang memberikan kegembiraan kepada rakyat, Perdana Menteri terus menyusun langkah untuk turun ke Selangor pula berjumpa dan mendepani masalah rakyat yang selama ini dijanjikan bulan dan bintang, malangnya mereka bagaikan pungguk rindukan bulan!

3.    Keadaan sebaliknya berlaku kepada pakatan haram PKR, DAP dan PAS yang masih bercelaru menetapkan hala tuju parti masing-masing. Soal hudud masih menjadi polemik yang belum berkesudahan. Di Selangor, PAS telah lama dipencilkan oleh DAP yang lebih banyak berperanan dibelakang tabir, kecuali beberapa kerat pemimpin PAS yang bersikap liberal. Manakala PKR pula masih dengan budaya politik samseng, budaya ‘cah keting’ dan baling kerusi seperti yang diajar oleh penasihat umumnya –  juga merangkap penasihat ekonomi Selangor.

4.    Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa wujud usaha tertentu dari kalangan pemimpin PKR  yang cuba menjatuhkan beliau. Ini disahkan sendiri oleh Anwar dan Azmin Ali. Soal siapa dan kenapa Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan, adalah perkara dalaman meraka. Biarpun ada berteori orang tertentu mengidam jawatan MB, itu semua adalah sebahagian gambaran sebenar PKR yang selama ini mendabik dada bahawa parti mereka paling syumul di muka bumi ini.

5.    Hakikatnya Khalid Ibrahim jelas gagal mengemudi bahtera Selangor sebagai Menteri Besar. Tempoh 3 tahun memerintah diwarnai dengan pelbagai skandal pentadbiran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sehingga membuatkan ada dikalangan ahli pakatan kurang selesa. Cakap-cakap politik dikalangan rakyat jelas menunjukkan kegagalan MB Pakatan ini. Pelbagai isu yang melibatkan istana jelas menampakkkan permusuhan ketara yang ditunjukkan pihak tertentu dikalangan pemimpin pakatan.

6.    Amat jelas sekali apa yang ditunjukkan melalui isu DUMC – JAIS sekadar menzahirkan sikap sebenar Khalid Ibrahim yang benar-benar menjadi keldai tunggangan kepada DAP sehingga sanggup membelakangkan baginda Sultan Selangor. Persoalan murtad yang kononnya diperjuangkan oleh PAS, dibangkul sampahkan oleh MB Pakatan ini demi menjaga suara keramat exco DAP.

7.    Kini semuanya semakin bercelaru. Permasalahan rakyat yang kononnya menjadi perjuangan mereka sudah hilang entah ke mana. Perebutan kuasa dan politik sepak terajang dikalangan mereka sudah sampai ke tahap retak menanti belah. Pasti semua ini tidak akan berlaku sekiranya Khalid memilih untuk menjadi Menteri Besar Selangor berbanding Menteri Besar Pakatan.

8.    Jika Khalid Ibrahim benar-benar menjadi MB Selangor, sudah pasti beliau tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat dengan menjual bangunan milik PKNS demi untuk menunjukkan kewangan negeri semakin kukuh, tidak akan tergamak menyusahkan pelajar dengan menutup asrama milik Yayasan Selangor dan sudah pasti beliau akan menghormati Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor dalam hal berkaitan akidah umat Islam! Namun beliau memilih untuk membelakangi rakyat dan Sultan demi untuk menjaga hati bos-bos beliau dalam pakatan rakyat!

9.    Hari ini Khalid Ibrahim telah menjadi liabiliti kepada pakatan. Beliau dibenci oleh rakyat Selangor kerana sikapnya yang keterlaluan menjaga kepentingan pihak tertentu. Maka usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau sedang giat dijalankan kononnya untuk menyelamatkan kerajaan pakatan. Ironinya, disebalik semua ini mungkinkah ada tangan ghaib yang sedang mengintai peluang untuk menjarah segala hasil mahsul milik rakyat Selangor? Segala masalah yang selama ini membelenggu kerajaan pakatan dilonggokkan dibahu Khalid Ibrahim sebagai kambing hitam. Ini adalah sebahagian putaran ganas permainan politik pakatan yang syumul! Jelas mereka ini gagal membawa kemakmuran kepada rakyat negeri Selangor sebagaimana yang diharapkan oleh pengundi!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in DAP, Isu Semasa, PKR and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Khalid Ibrahim : Menteri Besar Selangor atau Menteri Besar Pakatan?

  1. SIEH JOO CHYN says:

    Pls let me have your email address to send you the email of complaint to IWK.

    Rgds,

    Sieh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s