Bajet Fantasi Anwar Ibrahim dan Bajet Realiti Najib Razak

1.    Esok (7hb Oktober 2011) Datuk Seri Najib, selaku Menteri Kewangan akan membuat pembentangan Bajet 2012. Banyak yang diperbincangkan dan tidak kurang pelbagai spekulasi tentang pengumuman yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri.

2.    Rakyat berharap pelbagai pengumuman yang dibuat nanti memberi berita gembira kepada kebanyakan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

3.    Hakikatnya, rakyat kini sedang merasai bahang transformasi politik yang sedang digerakkan oleh Perdana Menteri. Kesungguhan dan keberanian Datuk Seri Najib menjayakan transformasi politik itu membuatkan rakyat semakin teruja. Maka tidak hairan bila pemerhati politik menjangkakan pembentangan Bajet 2012 turut menerima tempias transformasi tersebut. Pakatan PKR, DAP dan PAS pula jelas semakin menggelabah umpama cacing yang kepanasan (suatu sifat biasa mereka; tidak senang bila rakyat senang;).

4.    Atas faktor itu maka mereka tidak mahu ketinggalan untuk mencuri sedikit ‘political mileage’ dengan membentangkan bajet fantasi pula. Ramai yang sinis melihat pembetangan bajet fantasi oleh Anwar. Jelas Anwar begitu mengidam kerusi PM dan Menteri Kewangan, malangnya impian itu nampak semakin jauh meninggalkan beliau lantaran pendedahan pelbagai skandal melibatkan moralnya. Pemimpin pakatan lain diajak sama oleh anwar untuk berhalunisasi dan berfantasi merasai detik Menteri Kewangan (tipu-tipu;angan-angan) membuat pembentangan bajet diselang-selikan dengan ceramah politik tin kosong.

5.    Realitinya Anwar begitu terdesak untuk menawarkan apa saja demi memenuhi tuntutan nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri setelah terlepas peluang akibat di pecat oleh Tun Dr Mahathir satu masa dahulu (juga atas sebab moral).

6.    Soal realistik atau tidak tentang apa yang diumumkan itu bukan lagi isunya. Apa yang penting, mereka dapat mengumumkan untuk membelanjakan duit yang tiada dalam simpanan mereka bagi melaksanakan seribu satu macam perkara. Komen Tun Dr Mahatir akhirnya membuatkan sebahagian rakyat memandang sinis kepada fantasi Anwar.

7.    Namun apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir itu adalah kebenarannya. Perumpamaanya seorang gila yang pergi ke parkir sebuah pasaraya dan mengumumkan yang dia bermurah hati untuk memberikan semua kereta yang ada di tempat parkir tersebut kepada orang ramai dengan syarat dia tidak di hantar ke wad gila dan minta dilantik pula menjadi pengerusi di pasaraya itu. Tetapi jangan terkejut jika ada yang percaya!

8.    Ternyata apa yang dibentangkan sekadar recycle idea buku jingga yang dijenamakan semula setelah tidak mendapat sambutan rakyat. Sememangnya  mudah untuk menabur pelbagai janji. Teringat lirik lagu yang dinyanyikan oleh Saloma dulu “Apa guna berjanji;  Kalau tak ditepati; Kelak meracun hati; Tuan sendiri; Mengigit jari…..”

9.    Hari ini rakyat ramai Selangor yang menggigit jari mengenangkan janji manifesto Pakatan masih belum tertunai. Janji untuk menurunkan cukai pintu di premis kediaman dan komersial sudah dilupakan. Janji kepada warga emas, surirumah dan pelajar masih belum mampu dilaksanakan. Jika ada pun hanya dibuat secara terpilih dikalangan mereka. Itu belum diambilkira dengan janji ketelusan dan bermacam janji retorik lain.

10.    Begitu juga dengan isu air yang semakin meruncing di Selangor. Mereka kononnya berbangga memberi air percuma kepada rakyat. Kesudahannya selepas tiga tahun memerintah kita dipaparkan dengan kisah sedih penduduk flat yang putus bekalan air akibat dipotong oleh SYABAS. Bila diajukan masalah ini kepada wakil rakyat pakatan, maka semuanya lari membiarkan rakyat terpinga-pinga menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi. Maka ke mana lagi mereka ini hendak mengadu nasib? Maka wakil BN juga yang turun membantu. Itu pun jika bernasib baik, jika tidak terpaksalah guna air dari pili bomba!

11.    Jangan pula mereka kata, itu semua diluar jangkaan. Sepatutnya mereka berfikir terlebih dahulu sebelum berjanji bulan dan bintang. Jika tidak inilah yang akan berlaku. Lantas mereka akan menunding jari kepada orang lain sebagai punca masalah. Semua orang salah, dia sahaja yang betul. Ke mana perginya orang pas yang bercakap berdegar pasal islam? Apakah membantu orang dalam kesusahan itu bukan ajaran islam? Apakah berjanji dan tidak menunaikan janji itu ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW?

12.     Maka hari ini sekali lagi mereka menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat. Maka terpulang kpd rakyat jika masih sanggup untuk ditipu untuk kali yang kedua.

13.    Walau bagaimanapun rakyat masih teruja untuk menunggu pembentangan dari Datuk Seri Najib, Menteri Kewangan (yang sebenar; bukan angan-angan; bukan juga mantan menteri kewangan yang suka merapu). Diharap ia memberi sinar baru kepada rakyat utk menikmati kehidupan yang lebih baik. Dan kita tahu kerajaan tidak mampu memberikan bulan dan bintang, tetapi kita amat yakin apa juga yang akan dibentangkan adalah suatu yang realistik dan boleh diimplimentasi terus oleh kerajaan. Inilah perbezaan ketara antara bajet fantasi dan bajet realiti!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Bajet Fantasi Anwar Ibrahim dan Bajet Realiti Najib Razak

  1. Anonymous says:

    Begitulah selagi dosa belum terampun dan dunia sebagai satu cabaran hidup, satu kesalahan membuat manusia sentiasa bagai lupa akan dosa yang memenuhi segala ruang pahala.Ya Allah ampuni segala hambamu. Kunci pembuka Dunia ialah 3 perkara sebagai wajib dibuat.
    1. kasih 2. sayang 3.pemurah, dan renunglah perkataan Bissmillah…………… Ku Doa Embah
    terus berjuang kepada semua anak anak ADAM dan HAWA.

  2. Anonymous says:

    Saya amat setuju dengan kenyataan yg dibuat oleh Satim Diman walaupun saya ini bukan orang melayu dan bukan juga dari semanjung tapi…. orang malaysia juga. Bajet 2012 oleh PR yg akan dibentangkan oleh Anwar @ BONGKORON betul-betul bikin ketawa khaaakhaaa

    *BONGKORON macam mat Jenin dan Abu Nawas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s