Skandal Seks Penasihat Ekonomi Selangor?

1.    Setelah Pakatan PKR, DAP dan PAS menguasai Selangor, mereka telah mengagihkan kuasa antara mereka. Menteri Besar diberikan kepada PKR. Jawatan Exco penting diberikan kepada DAP termasuklah exco yang bertaraf Timbalan Menteri Besar manakala jawatan menjaga hal ehwal agama diserahkan kepada PAS sesuai dengan minat mendalam PAS untuk menguasai pengurusan di masjid-masjid di Selangor.

2.    Selain dari itu jawatan Penasihat Ekonomi Negeri telah diwujudkan khusus untuk membolehkan Anwar di lantik ke jawatan tersebut. Maka Menteri Besar Selangor telah mencanangkan ke seluruh pelusok negeri, rakyat Selangor begitu beruntung kerana tidak perlu menggunakan duit rakyat yang banyak untuk mendapatkan khidmat nasihat ekonomi.

3.    Ada yang teruja. Apa tidaknya hanya dengan gaji RM1, Selangor mendapat khidmat Anwar yang pernah menjawat jawatan Pengerusi IMF, mantan Timbalan Perdana Menteri, mantan Menteri Kewangan dan macam-macam mantan lagi yang beliau pernah sandang termasuklah mantan penghuni Sg. Buluh.

4.    Kempen ‘Kenapa Bayar Lebih?’ ini telah berjaya dipropagandakan ke dalam pemikiran rakyat Selangor yang telah dibuai dengan mimpi indah ibarat manusia yang telah diberikan ubat bius. Dalam keadaan rakyat jelata tengah berseronok itu maka penyamun-penyamun tarbus  ini menjalankan tugas mereka.

5.    Mungkin begitulah perumpamaan kisah Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1. Lain yang disuruh, lain pula yang dibuat. Harapkan Pagar, Pagar makan padi. Itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan. Benarlah apa yang dikatan oleh Tun dr Mahathir, dengan bayaran RM1, khidmat nasihat bernilai RM1 jugalah yang akan diperolehi dari Anwar!

6.    Dalam beberapa hari ini angin rebut bertiup kencang membawa khabar tentang kisah skandal seks yang didakwa ada kaitan dengan penasihat ekonomi bergaji RM1 ini. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh blogger di alam maya menyebabkan penasihat ini senak perut dan sembelit. Bukan lagi ibarat jatuh ditimpa tangga tapi mungkin ditimpa lori kontena yang membawa video-video haram. Apa tidaknya, dengan perbicaraan liwatnya yang masih berjalan (dan dikhabarkan pelbagai usaha telah dibuat untuk menyelamatkan diri), kisah video Chinadoll tersebar dan kini video Thailanddoll pula akan keluar.

7.    Sudah barang pasti, apa juga yang berlaku akan dilonggokkan salahnya kepada UMNO. Itu pasti! Biarpun yang dedahkannya itu adalah rakan baik ‘sepermainan’ beliau sendiri. Bila dalam keadaan terdesak, beliau pernah menafikan mengenali Eskay dan apabila video terbaru keluar menunjukkan beliau bersama Eskay menaiki lif di hari kejadian, maka kita boleh menilai siapa yang benar dan siapa pula yang berbohong.

8.    Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Itu pepatah orang-orang tua. Hari ini penasihat ini sudah tidak sanggup lagi untuk berhujah menegakkan benang yang basah diselaputi lendir kotor yang dihasilkannya sendiri.

9.    Sebagai Ketua Pembangkang di Selangor, saya kurang berminat dengan aksi hebat lakonan beliau dalam video yang didedahkan. Penasihat Ekonomi Selangor adalah jawatan penjawat awam dalam kerajaan negeri, maka beliau bertanggungjawab untuk membersihkan segala kekotoran yang ditimbulkan. Kita mempertikaikan kredibiliti Menteri Besar yang masih membiarkan jawatan penasihat ekonomi dipegang oleh orang yang terpalit dengan pelbagai skandal seks dan seorang pembohong.

10.    Jika mereka mempunyai kredibiliti dan maruah, maka sewajarnyanya Menteri Besar perlu mengarahkan Anwar meletakkan jawatan sebagai penasihat ekonomi sehinggalah beliau benar-benar dibersihkan oleh mahkamah. Hakikatnya semua itu tidak akan berlaku sebab dalam pakatan mereka, hanya Anwar sahaja yang boleh dilantik ke jawatan tersebut biar apa pun yang berlaku. Mungkin jika ditakdirkan satu hari nanti Anwar dipenjarakan akibat kes liwatnya sekalipun maka Menteri Besar mungkin akan mempunyai penasihat ekonomi disebalik tirai besi Sg Buluh pula!

11.    Dalam skandal ini, nampaknya PAS juga tidak mahu kalah. Kisah phonesex yang didakwa melibatkan Timbalan Presiden membuatkan ahli pas pening lalat untuk mempertahankan pemimpin mereka. Apa juga cara terpaksa dilakukan untuk menutup segala skandal pemimpin yang semakin terdedah. Pepatah ada berkata, paku dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Dunia politik mereka sudah semakin bercelaru, ahli pas pula terpaksa mempertahankan pemimpin mereka. Namun apakan daya, bangkai gajah tidak mampu ditutup dengan nyiru! Biar apa pun kisahnya, UMNO tentu sudah bersedia untuk menerima satu lagi tuduhan…bahawa semua ini salah UMNO!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in DAP, Pas, PKR, Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Skandal Seks Penasihat Ekonomi Selangor?

  1. Khalid Muhamed says:

    Bangun lah orang orang Melayu Jangan lah masih berada dalam keseronokan di dodoi. YB teruskan perjuangan demi untuk anak anak Melayu masa depan.

  2. Ikrar pemuda says:

    Dulu rakyat mrh pd BN sbb pentadbiran pak lah, tp kini dato seri najib dah buat mcm2 untuk rakyat…wlaupun ianya harus diteruskan lg,tetapi apa yg anwar buat untuk rakyat selangor selain dari ceramah dlm n luar negara? Adakah dgn adanya video seks anwar maka rakyat masih nak undi pakatan? Adakah dgn kes liwat yg anwar takot utk pertahankan d mahkamah rakyat harus pilih pakatan? Kita harus ingat, video seks anwar lgsg pakatan x mahu buktikan ia bkn anwar sedangkan dgn jelas ada muka anwar, mahukah kita memilih pemimpin yg terlibat dlm kancah zina?

  3. zul says:

    haha teruskan bermimpi..kah3

  4. zul says:

    mahathir ckp kalau pru 13 dibuat skrg umno akan kalah teruk kah3…thn depan pun lg kalah teruk..

  5. satim jawa says:

    wei ketua pembangkang sel jenis low class mcm ni ke?tkde isu ke main isu video fitnah ..jgn mimpi mau dpt sel la..nk kejar sel msia terlepas..dh tentu ada import dr bangla dan indon..sapa tk kenal umno parti kotor dan porno.curi duit rakyat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s