PKR, PAS Dan DAP: Dengan Siapa Mereka Bermusuh?

1.    Seringkali dipertontonkan dengan permainan politik gila Pakatan Rakyat, membuatkan kita tertanya-tanya dengan siapa sebenarnya PKR, PAS dan DAP bermusuh? Apakah dengan UMNO dan BN atau mereka sebenarnya bermusuh dengan segala institusi yang menjadi lambang kedaulatan negara.

2.    Persoalan ini berbangkit bila wujud usaha terancang pihak tertentu untuk merosakkan pelbagai institusi penting yang menjadi nadi kepada pentadbiran negara sejak dari sebelum PRU12 hinggalah ke hari ini melalui serangan secara halus hingga membangkitkan kemarahan rakyat.

3.    Serangan dilakukan secara berterusan melalui pemimpin PKR, PAS dan DAP melalui permainan persepsi yang diterajui oleh media yang dikuasai mereka. Bermula dengan serangan terhadap institusi polis, badan kehakiman, SPR, penjawat awam, institusi agama, institusi istana, sejarah kemerdekaan negara dan kini serangan diteruskan pula kepada bendera negara – Jalur Gemilang.

4.    Sesetengah pemerhati politik mengatakan bahawa ianya adalah satu ‘game plan’ politik yang dilakukan dengan jayanya oleh Pakatan Rakyat (Sebuah pakatan haram yang tidak disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP). Namun saya berpendapat serangan menggila terhadap institusi negara ini sudah melampaui batas-batas politik yang sepatutnya. Seolah-olah mereka ini benar-benar memusuhi segala institusi yang menjadi tunjang pembentukan negara.

5.    Dalam kes Jalur Gemilang, kita bersyukur bila ada sebahagian pemimpin PAS yang sudah berbeza pendapat dengan rakan pakatan haram mereka . Itu pun setelah menyedari akan kemarahan rakyat terhadap segala kenyataan gila oleh pemimpin pakatan haram biarpun keikhlasan PAS sendiri boleh dipertikaikan dengan sikap mereka yang seringkali mengamalkan budaya Flip Flop dan tiada pendirian yang konsisten.

6.    Mungkin bagi mereka ini undi adalah raja dan tuhan mereka. Persoalan halal haram sudah tiada dalam pertimbangan. Seandainya kesemua institusi negara ini perlu lanyak secukup sehingga lumat sekali pun, sudah barang tentu mereka sanggup lakukan demi kuasa politik yang mereka impikan selama ini.

7.    Apa salah Jalur Gemilang kepada Pakatan Haram? Hina sangatkah Jalur Gemilang dimata mereka? Apakah mereka ini begitu jijik melihat Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelusuk negara? Hanya mereka mampu menjawab persoalan ini.

8.    Dalam sejarah peperangan lampau, bendera merupakan panji-panji yang dibawa ke medan peperangan bagi melambangkan maruah negara yang mereka pertahankan dari musuh yang diperangi. Kekalahan ditentukan bila tiada lagi tentera yang sanggup untuk mempertahankan panji-panji tersebut dari ditawan.

9.    Tradisi ini akhirnya diwarisi oleh seluruh negara di dunia moden hari ini melalui identiti bendera negara masing-masing. Dalam pertandingan sukan yang melibatkan antara negara seperti sukan SEA hinggalah Olimpik, setiap pemenang akan diraikan dengan berdiri megah di podium sambil menyanyikan lagu negara masing-masing diikuti kibaran bendera negara. Sifat patriotik ini ditunjukkan dengan perasaan penuh bangga oleh para ahli sukan.

10.    Namun sebaliknya berlaku di negara ini, kerana perbezaan ideologi politik maka bendera negara dihina oleh pihak tertentu yang bergelar ahli politik. Sifat patriotik mereka ini jauh lebih rendah berbanding dengan ahli sukan. Rakyat harus menilai kembali apakah jenis manusia seperti ini layak mengaku dirinya sebagai warganegara yang cintakan negara.

11.    Manusia sebegini ternyata sudah melampaui batas. Apa juga perbezaan politik tidak seharusnya membawa kepada menjahanamkan institusi dan lambang negara. Jika tujuan mereka berpolitik hanya semata-mata untuk merosakkan segala apa yang telah dibina selama ini ternyata mereka sudah tersesat dalam permainan politik ciptaan sendiri. Kita berharap mereka ini insaf dan kembali ke pangkal jalan. Jadilah pemimpin politik yang tahu menghormati dan mempertahankan negara. Sesungguhnya kuasa yang dipinjamkan sementara kepada kita bukanlah untuk menambahkan kerosakan sebaliknya untuk memakmurkan negara yang kita cintai ini!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Isu Semasa and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s