Mat Indera Hanya Hero Mat Sabu

1. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Mat Indera bukanlah watak popular untuk disanjung sebagai pejuang kemerdekaan disebabkan wataknya sebagai sebagai seorang Melayu Islam yang bersekongkol dengan komunis dalam melakukan kekejaman terhadap anggota polis khususnya dalam tragedi Bukit Kepong.

2. Namun begitu Mat Sabu telah berjaya mengangkat kisah Mat Indera sebagai satu watak yang hangat diperbincangkan oleh generasi muda kini. Bagi Mat Sabu watak sebegini perlu diangkat sebagai hero negara tanpa mengambilkira kekejaman yang telah dilakukan.

3. Dalam sejarah ketamadunan dunia tiada watak yang bersikap kejam, diangkat menjadi hero kecuali di negara yang masih mengamalkan pemerintahan diktator. Firaun dikenang dalam sejarah mesir sebagai pemerintah yang hebat tetapi tidaklah sampai menjadikannya hero disebabkan kekejamannya. Tiada siapa yang menafikan sumbangan Hitler kepada perkembangan kejuruteraan Jerman yang hebat, namun beliau juga tidak dianggap sebagai hero kepada rakyat Jerman, juga kerana sifat kejamnya.

4. Dalam sejarah negara, semua rakyat mengakui akan kekejaman komunis dalam memperjuangkan ideologinya di Tanah Melayu. Sudah pasti perjuangan mereka diwaktu itu jauh berbeza dengan dengan ideologi komunis di negara China pada masa ini yang lebih terbuka sifatnya setelah diasak oleh rakyatnya sendiri dan demi mengekalkan pemerintahan mereka.

5. Maka tidak hairanlah jika tindakan Mat Sabu itu telah mengundang kemarahan rakyat jelata. Ramai yang terguris, terasa dihina dan marah akibat parut lama yang cuba dibuka semula oleh Mat Sabu. Saya yakin ada dikalangan penyokong dan ahli pas sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu yang cuba mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan namun terpaksa berdiam diri demi menjaga pemimpin mereka.

6. Apa yang dilakukan oleh Mat Sabu adalah ‘psycological warfare’ untuk menafikan perjuangan UMNO dalam perjuangan kemerdekaan negara. Dengan mengangkat komunis sebagai hero, maka beliau berpendapat rakyat akan menafikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan. Namun ternyata beliau tersilap, ‘political game’ yang cuba dimainkan ternyata memakan diri. Gelombang penentangan terhadap Mat Sabu ibarat satu tsunami yang cukup mengerikan bagi parti Pas. Cubaan untuk mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta yang salah jelas gagal.

7. Di peringkat awal Mat Sabu cuba menafikan kenyataan beliau dengan pelbagai alasan termasuklah menyalahkan media yang cuba memutarbelitkan kenyataannya. Kemudiannya wujud usaha-usaha dikalangan ahli Pas yang cuba mempertahankan kenyataan Mat Sabu sehingga mereka sanggup ke Johor untuk bertemu dengan waris pejuang Bukit Kepong walaupun dengan kaedah penipuan. Malangnya usaha itu disambut dingin oleh waris dan lebih malang mereka dihalau oleh penduduk kampung. Setelah semua usaha itu gagal, maka sekali lagi usaha menyalahkan media timbul dan kononnya Utusan akan disaman.

8. Begitulah bercelarunya Pas dalam isu Mat Sabu sepertimana bercelarunya mereka dengan dasar dan hala tuju perjuangan parti mereka sendiri. Akibat kecelaruan politik inilah maka beberapa pemimpin mereka di Selangor bertelagah tentang ke mana hala tuju pas hendak dibawa, samada untuk terus menjadi pak turut kepada Dap atau sebaliknya. Pertembungan ideologi ini nampaknya tiada tanda-tanda untuk reda biarpun ada usaha untuk menyembunyikan keretakan tersebut di bawah karpet hijau mereka yang semakin menampakkan karat.

9. Pertembungan dua ideologi yang berbeza dalam sesebuah parti bukanlah satu isu remeh. Sebuah rumah berdiri kerana tiangnya, dan dalam parti tiang asasnya adalah dasar parti. Maka jika tiang serinya sudah rapuh maka apa lagi yang boleh diharapkan melainkan retak menanti belah dan akhirnya menyembah bumi. Satu masa dahulu pertembungan ideologi ini pernah berlaku didalam pas, memaksa golongan golongan nasionalis pas disingkirkan dan golongan ulama yang disokong oleh Nik Aziz menguasai parti. Diwaktu itu Nik Aziz masih dalam dewan pemuda pas, sekarang ini Nik Aziz sudah pun menjadi ulama Pas yang wajib ditaati oleh ahli Pas, biar apa pun yang keluar dari mulutnya.

10. Jika dahulu orang melayu merasakan pas adalah alternatif yang baik kepada Umno namun sekarang mereka memerlukan satu proses ‘think again’. Jelas Pas kini sudah tiada tiang serinya lagi disebabkan terlalu mengikut telunjuk PKR dan DAP seolah-olah Pas tidak mampu berdiri sendiri. Mungkin mereka terlupa sokongan rakyat terhadap Pas selama ini bukanlah semata-mata disebabkan oleh Dap yang rasis sifatnya serta sangat anti islam.

11. Kisah Mat Sabu dan Mat Indera ternyata menenggelamkan buat sementara waktu isu konfrontasi Pas dan JAIS dalam isu gereja DUMC yang cuba memurtadkan umat islam di bulan ramadhan yang lalu.

12. Rakyat tentunya tidak bodoh untuk melupakan begitu sahaja apa yang telah dilakukan oleh Pas dan Pkr dalam isu ini. Mereka boleh menyalahkan Umno seperti biasa sebagai dalang disebalik semua yang berlaku tetapi laporan siasatan yang cuba dilengah-lengahkan itu pasti menyerlahkan kebenarannya.

13. Disebabkan terlalu mengikut telunjuk Dap maka Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melupakan dasar perjuangan parti mereka. Rakyat Selangor sudah muak dengan segala pembongan dan segala putar belit Pas demi memenuhi nafsu rakan Dap mereka. Maka tidak hairan jika kini rakyat berpendapat pas sudah hilang kelayakan untuk menjadi wadah parti yang memperjuangkan Islam. Melihat apa yang berlaku tentunya rakyat sudah boleh membuat keputusan, wajarkah undi mereka diberikan lagi kepada Pas, Pkr dan Dap dalam pilihanraya akan datang.

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in DAP, Isu Semasa, Pas, PKR, UMNO, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Mat Indera Hanya Hero Mat Sabu

  1. Anonymous says:

    inilah Yang dikehendaki oleh dap….mereka memperalatkan pas untuk mencapai cita cita politik mereka….pas tetap menjadi kuda politik dap. mat indera adalah episode awal dalam senario mengangkat komunis sebagai pejusng kemerdekaan negara…insaflah rakyat malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s