Catatan Dari Kota Suci Mekah Al Mukarramah

Sewaktu di Madinah bersama isteri

Di Madinah al Munawarah

1.    Salam sejahtera kepada pengunjung setia blog ini. Di saat ini saya dan keluarga telah berada di Kota suci Mekah. Alhamdullilah dan syukur kehadrat Ilahi yang memberi peluang kepada hambanya untuk berkunjung ke bumi Ambiya tempat kelahiran Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad saw.

2.    Munculnya tamadun manusia di Mekah adalah hasil anugerah telaga Zam-Zam kepada Nabi Ismail AS. Sejak itu bumi ini tidak pernah lekang dari dikunjungi manusia sejak zaman berzaman. Saban tahun ia menggamit hati-hati manusia untuk berkunjung ke sini merasai kenikmatan beribadah yang begitu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

3.    Namun begitu, setiap yang datang akan kembali ke tempat asal masing-masing membawa satu pengalaman indah dan meneruskan kehidupan seperti biasa menggalas amanah sebagai khalifah Allah swt dimuka bumi ini – membawa kemakmuran kepada manusia dan alam sejagat.

4.    Kemunculan pelbagai teknologi komunikasi hari ini adalah satu anugerah kepada umat manusia. Dunia yang dulunya agak jauh telah didekatkan dengan teknologi. Segala perkembangan di tanahair dapat dikuti dengan bantuan teknologi ini biar pun dipisahkan oleh kedudukan geografi yang beribu batu jaraknya.

5.    Isu perletakan jawatan Naib Canselor Unisel, Datuk Dr. Rosti Saruwono menarik perhatian saya untuk memberikan sedikit ulasan buat pembaca blog. Saya agak terkejut menerima perkhabaran tersebut.

6.    Berdasarkan kenyataan Dr Rosti, jelas campurtangan politik adalah penyebab kepada perletakan jawatan tersebut. Universiti Industri Selangor adalah IPTS dibawah kerajaan negeri Selangor di mana Menteri Besar sudah pasti mempunyai pengaruh menentukan hala tuju pentadbiran univerisiti.

7.    Namun begitu, kerajaan negeri telah melantik seseorang yang telah dikira layak untuk mengemudi UNISEL bagi mencapai matlamat penubuhannya. Maka campurtangan keterlaluan ahli politik dalam pentadbiran universiti adalah satu penghinaan kepada golongan akademik.

8.    Mungkin rakyat masih belum melupakan bagaimana mereka ini satu masa dulu berjuang untuk menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti, AUKU yang kononnya menyekat kebebasan ahli akademik dan pelajar. Hari ini bila Allah swt menguji mereka dengan sedikit kuasa, maka jelas mereka ini dengan rakusnya cuba mencampuri urusan pentadbiran di univeristi dengan pelbagai alasan.

9.    Arahan memecat staf universiti tanpa sebarang justifikasi yang datang dari Menteri Besar jelas satu penyalahgunaan kuasa. Jika diperhatikan di kebanyakan IPTA, terdapat ramai ahli akademik yang tidak sependapat dengan kerajaan dalam banyak isu. Malah ada dikalangan mereka yang secara terang-terangan menghentam kerajaan sepanjang masa. Namun kerajaan tidak pernah sesekali mengeluarkan arahan khusus untuk memecat mereka kerana kerajaan melihat pandangan ahli akademik ini dari sudut yang positif  yang perlu diraikan.

10.    Semasa Tun Dr Mahathir cuba membangunkan industri automotif pada tahun 1985, ramai dikalangan ahli akademik dan pakar ekonomi menentang keras usaha beliau. Pandangan mereka adalah berdasarkan kajian akademik yang mengambilkira faktor perlaksaan AFTA yang bakal dilaksanakan sedangkan Tun Dr Mahathir pula melihat dari sudut peluang pekerjaan yang bakal dinikmati oleh rakyat Malaysia hasil dari perlaksanaan tersebut. Di waktu itu Tun tidak pernah pun mengeluarkan sebarang arahan kepada pentadbir universiti untuk memecat mereka yang menentang idea beliau. Begitu juga dengan Dato Seri Najib yang saban hari dikritik oleh sesetengah ahli akademik.

11.    Ternyata tugas memakmurkan alam ini sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah swt bukanlah sesuatu yang mudah. Ahli politik biasanya melihat pelbagai isu dari sudut pandang yang berbeza dengan ahli akademik. Maka seharusnya mereka saling bekerjasama untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Memaksa golongan akademik mengikut telunjuk politik sepenuhnya akan merosakkan institusi pendidikan yang dibina. Sudah pasti setiap ahli dalam bidangnya mempunyai amanah yang telah dianugerahkan untuk ditunaikan.

12.    Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah satu amanah yang diberikan oleh Allah swt kepada hambanya. Ia datang dengan satu beban dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebaik mungkin. Di dunia amanah itu akan dipersoalkan oleh rakyat jelata dan diakhirat pula akan ditanya oleh Allah swt.

13.    Dari maklumat yang saya terima, apa yang berlaku di UNISEL berpunca dari camputangan sesetengah kroni yang menginginkan projek dan tender-tender di universiti. Maka kuasa Menteri Besar sebagai ahli lembaga pengarah universiti digunakan untuk memecat mereka yang tidak sebulu dengan mereka.

14.    Jika benar apa yang berlaku, ianya suatu yang sungguh malang kepada rakyat Selangor. Bukankah ini satu lagi penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tidak cukup lagikah segala agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang telah dipolitikkan? Semoga apa yang berlaku dapat membuka mata rakyat untuk melihat wajah sebenar pemimpin PR di Selangor.

15.    Di akhir catatan ini saya ingin memetik kata-kata Datuk Dr Rosti Surowono sewaktu dilantik menjawat jawatan Naib Canselor Unisel untuk kita renungi bersama.

“University is a place for study. The people involved in this business should be dedicated and interested in academia. Those with a tendency to venture into other businesses (including politics) should know that Unisel is not a suitable place for them.” – Datuk Dr Rosti Surowono.

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Catatan Dari Kota Suci Mekah Al Mukarramah

  1. hjZul says:

    I know about the surface tensions of politics when i was a pengerusi tetap cawangan. Back then & now the struggle is still for the leadership. Thus team a,b,c. Only now the news is faster than ever. Technology is abused as well as put to good use. Nomatter what is the picture is, the underlying fundermental of malaysian politics is still at its infant stage. It never grows. For as long as racial & religious politics exist..there will only be HALF-winS!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s