Pemerintahan Diktator

1.    Sejarah peradaban manusia menyaksikan kewujudan segelintir kelompok manusia yang diangkat oleh rakyat sebagai pemimpin tetapi akhirnya menjadi pemerintah diktator yang menzalimi rakyatnya sendiri. Adolf Hitler adalah salah seorang daripadanya.

2.    Hitler berjaya mendapat sokongan dari rakyat Jerman kerana memperjuangkan hak dan kesemarataan ekonomi melalui Parti Buruh Jerman atau dalam bahasa Jerman dikenali dengan Deutsche Arbeiterpartei (DAP).

3.    DAP telah ditukar namanya oleh Hitler kepada Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (NSDAP). Ia lebih popular dengan gelaran NAZI yang berasaskan Nasional-Sosialis. NAZI telah memenangi pilihanraya umum dan Hitler telah memerintah Jeman dari 1933 hingga 1945 sebagai Canselor dan Fuhrer. Sepanjang detik itu, pelbagai kisah tragis dan kejam telah direkodkan untuk tatapan generasi hari ini sebagai satu pengajaran dan iktibar.

4.    Dalam mana-mana pemerintahan diktator, wujud satu persamaan antara mereka termasuklah Hitler, mereka cuba menghapuskan suara penentang dengan pelbagai cara. Peristiwa “Night of the Long Knives” (Nacht der langen Messer) adalah salah satu paparan kisah sedih bagaimana Hitler bertindak membunuh penentangnya seterusnya mematikan kebebasan bersuara rakyatnya. Mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat, barangsiapa yang sanggup menentang harus bersedia menerima hukuman yang kejam.

5.    Biar pun begitu, sejarah telah mencatatkan bahawa tiada mana-mana pemerintahan yang dilakukan secara diktator akan kekal lama. Kekejaman yang dilakukan membuatkan rakyat bangun menentang pemerintah yang zalim. Percubaan demi percubaan telah dilakukan baik dari luar dan dalam untuk menghapuskan pemerintahan Hitler.

6.    Kita berbangga dan bersyukur kerana kita tidak berada di sebuah negara diktator.  Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan membolehkan rakyat bersuara dan menyuarakan pendapat menggunakan saluran yang betul selagi ianya tidak mengganggu ketenteraman dan keselamatan orang lain sebagaimana demontrasi jalanan namanya sahaja bersih tetapi kotor. Jika sudah wujud pelbagai saluran yang dibenarkan oleh undang-undang, maka apakah perlu demonstrasi jalanan lagi yang ternyata menggugat keselamatan negara melainkan pihak yang terlibat mempunyai agenda jahat disebaliknya.

7.    Di Dewan Undangan Negeri, wakil yang dipilih oleh rakyat dibenarkan oleh perlembagaan untuk bersuara bagi pihak mereka. Dewan Undangan Negeri adalah saluran yang sepatutnya digunakan untuk membahaskan segala dasar yang menyentuh kepentingan rakyat. Jika wakil rakyat yang dipilih cuba dinafikan haknya untuk bersuara, maka pemerintah itu seolah cuba mengamalkan gaya pemerintahan diktator.

8.    Umum sudah maklum, sewaktu sidang DUN beberapa hari lepas saya telah diperintah keluar dewan manakala sahabat saya dari kem pembangkang, YB Syukur telah digantung dari menghadiri sidang DUN Selangor. Ini adalah kali yang kedua saya dikenakan tindakan seumpama itu dan secara peribadi saya dapat menerimanya sebagai seorang pemimpin yang mewakili parti pembangkang di Selangor. Namun yang menjadi persoalannya apakah tindakan sebegini adil kepada rakyat?

9.    Apakah ini menunjukkan bahawa pemerintah yang ada di Selangor ini tidak boleh ditegur? Jika benar, apakah kerajaan Selangor begitu maksum sehingga tidak memerlukan elemen check and balance? Bagaimana pula dengan suara-suara yang mempertikaikan segala kepincangan dan salah laku dalam pentadbiran kerajaan negeri? Apakah tindakan ini sengaja dilakukan bagi melenyapkan suara-suara ini? Jika benar, maka jangan disalahkan rakyat seandainya rakyat menyamakan pemerintahan DAP,PKR,PAS sekarang dengan pemerintahan diktator ala Hitler.

10.    Berkait dengan isu yang dibangkitkan dan menjadi pertikaian antara saya dan wakil DAP–Sekinchan, Ng Suee Lim berkaitan dengan hadis, pendirian saya jelas. Kenapa perlu YB Sekinchan menggunakan Hadis Nabi mahu pun Al-Quran sedangkan beliau tidak beriman dengan islam. Ini adalah satu tindakan yang cuba mempermainkan dan mempersenda agama Islam. Kita bimbang jika ianya dibenarkan, maka ia akan menjadi satu trend dikalangan YB bukan Islam untuk menggunakan ayat-ayat suci sesuka hati tanpa merujuk kepada tafsiran yang betul sehingga menjadi fitnah kepada Islam. Sebagai YB yang beragama Islam, maka saya bertanggungjawab mempertahankannya.

11.    Sekali lagi atas kapasiti saya sebagai seorang rakyat yang beragama islam, saya menyeru kepada semua ahli politik  bukan Islam agar tidak menggunakan ayat Al-Quran dan Hadis Nabi untuk tujuan politik murahan sehingga membawa kepada mempersendakan agama Islam. Tidak salah untuk membaca dan cuba memahaminya tetapi ianya bukan untuk diperdagangkan untuk tujuan politik murahan sesuai dengan martabatnya sebagai kitab suci umat Islam.

12.    Sudah pasti pendirian keras saya ini tidak disenangi oleh YB dari DAP sehingga saya diarahkan oleh speaker untuk keluar dari dewan persidangan. Beliau sememangnya mempunyai hak untuk bertindak sedemikian dalam bidang kuasanya. Apatah lagi terhadap kami dari parti pembangkang dalam DUN. Namun begitu kerajaan negeri juga harus sedar segala tindakan mereka diperhatikan oleh rakyat.

13.    Semua maklum yang Speaker Dewan dilantik oleh kerajaan DAP/PKR/PAS. Justeru itu, Speaker Dewan sudah pasti akan lebih memihak kepada parti yang melantik beliau tetapi dengan kuasa yang ada, tidak perlulah beliau menutup peluang bersuara bagi pihak pembangkang. Dalam perlawanan bolasepak, pengadil yang adil akan lebih dihormati oleh kedua-dua pasukan. Jika pengadil secara terang-terangan menunjukkan sikap berat sebelah yang melampau maka penonton akan mempertikaikan pengadil dan gelombang keganasan akan tercetus.

14.    Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, rakyat adalah pengadil kedua. Biarpun tidak mempunyai kuasa bertindak sepanjang masa, jangan dilupakan kuasa mereka. Kerajaan Barisan Nasional dulu pernah merasai akan kuasa ini, dan kini kerajaan Pakatan Rakyat yang ada sekarang juga sedang melalui proses tersebut. Jika itu berlaku, maka usahlah disalahkan SPR atas kegagalan sendiri untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Tiada mana-mana rakyat yang seronok dengan cara pemerintahan ala-diktator kerana pemerintah diktator akan lebih  dekat untuk berlaku zalim kepada rakyatnya sendiri!

Berikut saya paparkan video untuk paparan pembaca semua. Selamat menonton semoga ianya memberi kita sedikit kesedaran daan keinsafan tentang perlunya mempertahankan Islam dari dicemari. Selamat menonton…

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Pemerintahan Diktator

  1. karman says:

    org dh trdesak akan buat mcm2 cra nk ttp kelemahan,teruskn dato belasah diorg..

  2. mungkin beginilah cara pakatan rakyat menjelaskan kepada rakyat mengenai hak kebebasan bersuara.kebebasan bersuara pada mereka hanya untuk kepentingan mereka,kepentingan orang lain tolak tepi.

  3. karman says:

    dap ni mmg celaka,org melayu jgn bute mata!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s