Menyingkap Kisah Kotor Di Sebalik Bersih


1.       Pada bulan Ogos 2001 umat islam merasa tercabar apabila sekumpulan NGO cuba mendesak kerajaan agar mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama yang turut dikenali dengan IFC. Di waktu itu, para ulamak islam bangun menentang penubuhan IFC kerana ia jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan yang meletakkan islam sebagai agama rasmi Negara dan penubuhannya jelas satu percubaan menghina islam. Di waktu itu rakyat boleh berbangga kerana parti Pas dan UMNO yang mewakili umat islam sependapat membantah penubuhan IFC yang dicadangkan.

2.       Isu IFC ini ditimbulkan rentetan dari kes yang berlaku pada tahun 1997 bilamana seorang wanita islam bernama Azlina yang dikenali dengan Lina Joy telah murtad dan cuba membuat penukaran namanya di JPN dan memohon agar agama islam turut dibuang dari kad pengenalannya. Setelah gagal, kes ini telah dibawa ke mahmakah tinggi sehinggalah ke mahkamah rayuan. Kes ini boleh pergi sejauh itu sebab wujudnya sekumpulan NGO yang berkepentingan dan berniat jahat untuk memporak-perandakan umat islam dengan kuat menyokong apa yang diperjuangkan oleh Lina Joy. Isu ini sekali lagi mencetuskan polemik dan perdebatan umum dikalangan rakyat dan golongan agama. Masyarakat islam akhirnya terpaksa bangkit mempertahankan kesucian agama islam dari percubaan sekumpulan NGO ini yang kononnya atas nama kebebasan beragama dalam perlembagaan negara.

3.       Begitulah percubaan demi percubaan untuk menyerang akidah umat islam oleh mereka  yang merasa iri hati dengan islam. Ironinya, disebalik kedua-dua kes ini wujud satu persamaan watak yang sentiasa muncul iaitu  seorang wanita yang dikenali dengan Ambiga. Apakah ini adalah satu kebetulan? Bagi mereka yang berfikir, sudah tentu ia bukan lagi satu kebetulan. Sebagai seorang peguam yang mahir dengan undang-undang Negara, Ambiga tentunya arif tentang perkara asas yang perlu digugat untuk memenuhi agenda pihak-pihak tertentu.

4.       Hari ini negara sekali lagi diancam oleh sekumpulan NGO yang kononnya ingin berhimpun atas nama BERSIH. Menamakan perhimpunan itu dengan bersih pun, sudah cukup memberikan kita satu gambaran bahawa ianya mempunyai niat jahat. Perkataan yang berlawanan dengan bersih adalah kotor, maka mereka mengharapkan rakyat diberikan persepsi bahawa penentang mereka adalah tidak bersih. Dengan itu mereka bebas untuk melakukan apa juga perkara kotor termasuklah membuat huru-hara dan berselindung disebalik nama bersih. Kali ini pas telah mengerah keringat ahlinya untuk turut serta berhimpun dan menyokong perhimpunan haram ini yang diterajui oleh ambiga.

5.       Pas tentunya boleh berbangga dengan peranan besar yang telah diberikan oleh Ambiga dan Anwar untuk menggerakkan ahlinya dalam perhimpunan ini. Mungkin pas telah dapat memaafkan dan melupakan segala perbuatan Ambiga dalam kes IFC dan Lina Joy tetapi tidak bagi umat Islam di negara ini.

6.       Tindakan pas ini bukanlah sesuatu yang pelik untuk difahami. Apa yang dilakukan oleh bersih telah lama yang dipraktikkan oleh pas menerusi nama islam yang tertera pada nama partinya. Rakyat cuba diberikan persepsi bahawa golongan yang menentang pas adalah golongan yang menentang islam sebab namanya mempunyai nama islam. Setelah sekian lama rakyat disogok dengan perkara ini, maka ada dikalangan rakyat yang termakan dengan permainan persepsi tersebut. Jadi apa sahaja yang dibuat oleh pas semuanya dilonggokkan atas nama islam, hatta dalam hal mencaci, maki hamun, menghina sehinggalah menyokong peliwat dan penzina. Dan hari ini, jika kerajaan memutuskan untuk membuang nama islam pada parti pas, sudah tentu mereka akan terpekik terlolong mengatakan bahawa kerajaan cuba menentang islam seterusnya Pas akan memperoleh keuntungan politik atas simpati rakyat.

7.       Tanpa rasa bersalah sedikit pun pemimpin pas telah merelakan ahlinya  untuk dijadikan kuda tunggangan kepada Ambiga dan Anwar dalam memenuhi agenda pihak tertentu. Kemasukan dana asing untuk menaja perhimpunan haram ini jelas mendatangkan kebimbangan kepada rakyat. Di banyak negara lain penajaan oleh pertubuhan asing sering berlaku yang pastinya mempunyai agenda jahat. Inilah yang disebut penjajahan baru diera globalisasi. Serangan dilakukan oleh pihak tertentu dari dalam negara menggunakan khidmat anak tempatan tetapi disokong kuat oleh pihak luar dengan diberikan dana tertentu atas pelbagai nama seperti hak dan kebebasan. Pengaliran dana asing dari pelbagai pertubuhan dunia kepada anwar melalui agensi tertentu yang didedahkan oleh beberapa blog jelas menunjukan wujud satu usaha terancang yang sedang dilakukan. Apakah rakyat negara ini sanggup melihat sekali lagi kita dijajah dan dipermainkan oleh mereka yang berkepentingan?

8.       Penglibatan anasir komunis yang cuba diserap dalam perhimpunan bersih bukan lagi rahsia. Parti Sosialis Malaysia (PSM) seboleh mungkin akan menafikan akan penglibatan mereka dalam hal ini. Persoalan yang perlu difikirkan oleh kita semua, jika benar PSM tidak terlibat maka siapa dalang disebalik semua ini. Apakah PSM cuba mengatakan pihak polis terlibat dalam konspirasi. Rampasan baju yang jelas tertera dengan ayat “Kesatria Chin Peng” adalah satu bukti nyata mereka ini cuba menghidupkan semula komunis di negara ini. Apakah PSM cuba mengatakan bahawa baju itu juga dicetak oleh UMNO dan kerajaan untuk dipakai oleh ahli PSM?

9.       Beberapa hari lepas pihak polis menyatakan mereka yang ditangkap ini akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana berniat memerangi Yang DiPertuan Agong. Ini adalah suatu yang sangat serius. Seksyen ini buat pertama kalinya digunakan terhadap kumpulan Al Maunah yang telah merompak senjata dan bersembunyi di Bukit Jenalik satu  masa dulu yang akhirnya membawa kepada hukuman gantung sampai mati ketua kumpulan tersebut. Pasti pihak keselamatan telah melakukan siasatan rapi dan tidak akan mengambil sebarang risiko dengan melakukan tindakan tanpa justifikasi yang tertentu yang boleh meyakinkan rakyat. Maka biarlah pihak polis menjalankan tugasnya kerana mereka lebih arif menilai segala ancaman terhadap negara. Jika benar maka sesuatu harus dilakukan demi memastikan negara terus berada dalam aman dan makmur.

10.   Satu masa dahulu Nik Aziz pernah menyatakan dengan jelas bahawa sosialis adalah adik beradik kepada komunis dan dengan jelas menyatakan Pas menentang komunis mahupun sosialis. Islam dan komunis sangat jauh berbeza. Perbezaannya sampai ke tahap aqidah kerana komunis tidak memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada kepercayaan kepada tuhan. Hari ini pendirian pas cukup berbeza. Pemimpin pas cuba bersekongkol dengan adik kepada komunis ini demi untuk meraih kuasa atas nama islam liberal yang dibawa oleh Anwar.

11.   Sejarah telah tercatat bahawa Komunis sanggup lakukan apa sahaja demi perjuangan mereka. Mangsa komunis bukan sekadar orang melayu, malah cina, india dan lain-lain bangsa juga pernah menjadi mangsa komunis. Komunis adalah musuh negara bukan kaum tertentu sahaja atas sifat ideologinya yang bercanggah dengan islam. Orang cina juga pernah diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh komunis. Komunis bukan setakat menolak agama tetapi menolak institusi raja dan sistem demokrasi yang dipegang oleh rakyat negara ini.

12.   Dalam pembinaan negara Malaysia yang merdeka, Raja berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen merupakan asas penting yang telah diakui oleh seluruh rakyat. Di antara sistem monarki dan demokrasi, kita telah memilih jalan tengah untuk memberikan pengiktirafan kepada raja sebagai ketua Negara dan dalam masa yang sama mengiktiraf pemimpin yang dipilih secara demokrasi sebagai badan eksekutif untuk mentadbir negara.

13.   Perlu dijelaskan disini, siapa juga yang dipilih oleh rakyat, maka mereka tidak akan sesekali menggugat kuasa raja dan sultan yang eksklusif sifatnya. Dalam pilihanraya kita hanya memilih Ahli Yang Berhormat sebagai golongan pentadbir dikalangan rakyat jelata. Kuasa melantik Menteri Besar dan Perdana Menteri kekal terletak di tangan Sultan dan Yang Di Pertuan Agong. Sultan dengan kuasa yang ada padanya berhak memilih dan menolak calon yang dicadangkan oleh mana-mana parti tertakluk kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri masing-masing.

14.   Ini berbeza dengan gagasan Malayan Union yang cuba diasaskan oleh British dahulu dimana sultan perlu bersetuju dengan apa juga cadangan yang dikemukakan oleh oleh pihak British. Atas alasan inilah maka UMNO Selangor dengan jelas dan tegas menolak cadangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengurangkan kuasa sultan dalam hal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lalu.

15.   Bila hal-hal yang berkaitan dengan perlembagaan ini tidak difahami, maka terjadilah krisis seperti yang berlaku di perak satu masa dahulu. Pakatan rakyat berfikir bahawa mereka berhak melantik siapa juga untuk menjadi menteri besar atas alasan mereka telah dipilih oleh rakyat, sedangkan mereka lupa kuasa melantik terletak pada sultan. Dan isu ini telah dipolitikkan sedemikian rupa hingga mengheret istana ke kancah politik. Ini adalah satu penghinaan kepada sultan, sebab kedudukan sultan harus melangkaui kuasa poltik.

16.   Bagi mewajarkan tindakan penderhakaan ini, maka mereka menuduh UMNO lebih dahulu menderhaka dengan meminda perlembagaan. Gambaran yang salah dan jahat ini sengaja dibuat terhadap UMNO. Hakikatnya UMNO telah melakukan satu tindakan yang betul dengan niat memartabatkan raja sedangkan mereka pula cuba menggugat kuasa raja dengan memastikan sultan dipaksa bersetuju dengan cadangan Menteri Besar.

17.    Perlu diingat dulunya raja dan sultan berada diatas undang-undang. Dengan kata lain, tiada mana-mana undang boleh dikenakan kepada raja. Jadi dengan pindaan yang dibuat, raja bukan lagi berada diatas undang-undang seperti dulu tetapi kuasa raja tetap kekal dan status quo raja kekal sebagai ketua Negara dan negeri tidak pernah disentuh. Barang diingat, biarpun raja sudah tertakluk kepada undang-undang, hanya mahkamah khas sahaja boleh mendakwa raja sesuai dengan martabatnya sebagai ketua negara. Inilah pindaan yang telah dibuat dengan cukup berhati-hati oleh UMNO dalam memastikan Raja terus dihormati.

18.   Perlembagaan Negara dengan jelas menyatakan bahawa Sultan dan Yang DiPertuan Agong adalah juga ketua agama Islam. Orang melayu dan Islam di negara ini seharusnya berbangga kerana institusi raja inilah yang akhirnya akan menjadi benteng terakhir untuk mempertahankan islam dari diganggu-gugat. Keadaan ini amat dicemburui oleh pihak-pihak tertentu yang sentiasa cuba menanam sifat kebencian terhadap institusi raja. Apakah mereka yang terlibat dalam penganjuran bersih ini juga termasuk dalam golongan ini? Maka sebagai umat islam yang dianugerahkan akal, seharusnya kita perlu merenung sedalam-dalam tentang hal ini.

19.   Perhimpunan haram ini sejak beberapa bulan lalu telah dirancang oleh pihak pakatan rakyat dengan menamakannya sebagai gerakan rakyat dengan menonjolkan Ambiga sebagai perancang utama. Pertelingkahan Ambiga dan anwar sengaja diwujudkan sebagai satu alibi kepada Anwar. Apakah Anwar cuba memperlihatkan kepada rakyat seolah-olah beliau bukan perancang kepada perhimpunan haram ini? Jika propaganda ini dapat diterima oleh rakyat, Anwar tidak akan dipersalahkan jika berlakunya huru-hara disebabkan perhimpunan ini. Diwaktu itu Anwar akan mengambil peluang untuk menangguk di air yang keruh bagi memenuhi nafsu gilanya untuk berkuasa. Bagi menjayakan perancangan jahat ini, maka penglibatan golongan ektrimis, termasuk mereka yang cuba menghidupkan komunis perlu digabungkan dalam perhimpunan haram ini supaya provokasi dapat dicetuskan dengan lebih mudah.

20.   Penglibatan dana-dana asing dari pelbagai pertubuhan kristian dan yahudi menaja perhimpunan haram cukup membimbangkan rakyat negara ini. Apakah ini satu tanda bahawa usaha untuk mengancam kedudukan islam sebagai agama rasmi di Malaysia sedang giat dijalankan oleh tangan-tangan ghaib yang berselindung di sebalik pelbagai pertubuhan NGO. Persoalannya apakah kita sanggup bersekongkol dengan agenda jahat tangan-tangan ghaib ini?

21.   Mungkin rakyat malayasia tidak dapat menerima semua ini, tetapi kita merasa sedikit kecewa kerana pemimpin pas sendiri telah menjadi begitu liberal sehingga sanggup bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu. Ternyata pas sudah tersasar jauh dari perjuangan asalnya. Agenda untuk berkuasa telah mengabui mata segelintir pemimpin mereka untuk melihat kebenaran. Mungkin mereka ini akan tersedar dari lamunan bilamana kuasa yang diidamkan terlepas kepada pihak lain dan pihak itu jelas menentang islam, menentang Raja, menentang segala perkara yang menjadi tunjang dan asas kepada pembinaan negara ini. Di waktu itu nasi sudah menjadi bubur ibarat pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak sokong buruk padahnya.

22.   Dalam kita berbicara tentang perhimpunan haram bersih ini, buat seketika fokus rakyat terhadap penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang sedang dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat sedikit terjejas. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar telah sedikit sebanyak telah berjaya mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar yang sedang dihadapi oleh kerajaan pakatan yang memerintah negeri yang dimenangi. Ini adalah kepakaran Anwar dan inilah juga sebahagian dari agenda kotor bersih. Dan menjadi tugas saya sebagai Ketua Pembangkang di Selangor untuk mengingatkan rakyat bahawa jangan terlalu leka dengan permainan politik Anwar. Penyalahgunaan kuasa yang dilakukan dilakukan di Selangor tidak boleh dibersihkan begitu sahaja oleh mereka melalui perhimpunan bersih. Penyelewengan demi penyelewengan  yang semakin berleluasa perlu didedahkan kepada rakyat agar rakyat tahu wajah sebenar mereka.

23.   Ternyata bersih yang cuba dipotretkan kepada rakyat sebenarnya telah diselaputi dengan kotoran yang sungguh menjijikkan. Marilah kita semua seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor untuk bersatu hati, meyingsing lengan mempertahankan agama, Bangsa dan Negara ini dari dinodai oleh mereka. Semoga segala perancangan jahat musuh negara ini akan dapat kita patahkan.

Satim Diman

Ketua pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Menyingkap Kisah Kotor Di Sebalik Bersih

  1. Alias Ramzi says:

    Adakah demonstrasi itu dituntut dalam islam seperti yang pemimpin pas kata?

  2. Shuib says:

    bersatu kita teguh bercerai kita roboh. tidak ada kerajaan yang seperihatin kerajaan sedia ada. kerajaan BN memang tak sempurna tapi telah pun berjasa. siapa yg boleh nafi? pakatan rakyat? indah khbar dari rupa. cakap tak serupa bikin

  3. man dompok says:

    kadang-kadang tanpa kita sedari kita terperangkap dalam “sentimen mabuk” kita kpd. kelompok yang kita sokong.Jika kita diperangkap untuk berada dalam pemikiran begini kita mungkin tidak dapat membebaskan fikiran kita untuk berfikir secara rasional ini sangat membahayakan…

  4. Yusuf Latif says:

    dah ramai2 tu nanti boleh ke garenti tak kan berlaku perkara2 yang buruk. dah niat bershit tu tak elok lagi nak tegang benang basah. mat sabun ingat semua orang ni boleh diperbodohkan cam puak2 totok dalam pas tu

  5. Ali S... says:

    Bersih akan lebih bersih sekiranya pakatan rakyat jadi kerajaaan!!!!!!!! CONFIRM 9 JULAI KITA TURUN RAMAI RAMAI!!!!!!!!

  6. Ali S... says:

    jom kuning kan kuala lumpur 9 julai ni….pedulikan semua yang cuba menyekat!!!!!

  7. Ali S... says:

    UMNGOK bodoh!!!!!!! penyekat demokrasi rakyat

  8. Daud says:

    Ali S…ko nak kuning dengan ape? dengan kepale hotak ko yang dah kuning tu ke?

  9. Segala apa yg dibuat oleh umno semuanya halal.Apa yg dibuat oleh parti pembangkang semuanya haram wlpun dibenarkan dlm Perlembagaan Persekutuan. Sudah 50 tahun memerintah umno masih guna undang2 penjajah British wlpun tak ada kena mengena dengan bangsa melayu & Islam. Umno sebnrnya talibarut British & umno lah sebenrnya pengkhianat di atas kepercayaan org melayu !!

  10. siapa kata semua UMNO buat halal dan semua pembangkang buat haram?itu semua cerita tipikal yang selalu pembangkang buat untuk menutup kesalahan mereka. mereka tidak mendapat sambutan,banyak masalah dalaman, bila dah terlalu banyak dan tumpul idea untuk mengawal keadaan. Maka keluarlah idea untuk berdemonstrasi untuk menutup kesalahan mereka…

    • Ghaus Othman says:

      apa yang yb mengarut ni…..jikalau umno memertabat kan undang2 islam saya yakin dan percaya mca,mic dan yang sa species dengan nya tak akan berani menghina islam…..bila tiba suasana begini ifc pon mengambil kesempatan….dan apabila didapati umno dah nak tenggelam pelbagai macam cerika yang keluar….bontot lah,zina lah,komunis lah,hina sultan lah,nak berperang dengan agong dan banyak lagi yang tak larat saya nak tulis disini….mana dia hukoman murtad yang umno laksanakan?mana dia hukom takzir yang umno laksanakan?mana dia dia hukom hudud yang umno laksana kan?apa keadilan yang umno berikan kepada rakyat? jangan lah berselindung disebalik lalang….sekarang dah terang lagi bersuluh pemimpin bn/umno berdolak dalik dalam kenaikkan barangan keprluan asas…..ini baru satu issue….dan banyak issue melibatkan masalah sosial pemipin umno disembunyikan saja untok pengetahuan umum….sehingga kami rakyat marhaen amat terasa dengan kenaikkan ini….mana dia unit pemantauan apabila minyak turun harga?barangan asas tetap dengan harga yang sedia ada…..wal hal kalau kita tanya kenapa harga barang naik…..minyak naik…itulah alasan2 yang diberikan…bila minyak turun tak ada pula harga barangan ikut turun…..sudah sudah lah tu…..umno dah tak boleh di harap lagi…..yang bernaung di bawah payung hanya mereka2 yang berkepetingan saperti business man,yang terlibat dengan rasuah….sebab itu pemimpin umno bermati2an nak mempertahan kan putra jaya ….seolah2 nya umno saja yang pandai memerintah negara ini…ingat lah sikit yb….pepatah orang putih ada mengatakan…..new brooms sweep the floor clean atau what goes up MUST come down and spinning wheel has got to go round…..

      • Sempurnanye Malaysia says:

        Pendapat saya,Malaysia ni dah cukup baik dah..daripada negara lain…cost living lagi tinggi dan bila kita buat salah sikit..dah kena saman…kena bayar beratus2 dollar…kat sini banyak kebebasannye…sejak saya 4tahun belajar kat oversea..saya rasa sangat bersyukur lahir di Malaysia….dpt dengar azan,Masjid di sana sini,makanan halal kat mana2 pun ada….Anda sume xpenah rase bersyukur ke?…Semua yg Allah buat nie terbaek tau…..negara Malaysia terkenal sebagai negara Islam dah cukup sempurna bagi saya…..sudah2lah membangkang kerajaan…

  11. UMNO memang membudayakan kepimpinan penjajah, UMNO penghancur perpaduan sesama melayu..itu semua rakyat Malaysia dah tahu

  12. Zakuan Salam says:

    kalau nak tunding jari sapa salah sapa benar..memang seronok…semua org boleh buat…apa hat membina nya? takde…keje pembangkang hanyalah tido..baca paper dan merapu setiap masa..tanpa perlu memikirkan tentang pembangunan!!!

  13. sekarang ko cerita bab undang undang penjajah lah, takde kene mengena dengan bangsa melayu la…parti anutan ko tu buat ape?ape benda yang parti ko buat utk org melayu dan Malaysia selain dari menjahanamkan dan menghuru harakan?

  14. Keharmonian perlu dijaga. Demonstrasi tidak mendatangkan apa apa manfaat,baik dari pihak pembangkang mahupun pihak yang menyokong kerajaan. Semua mengaku mereka warga yang mencintai keharmonian & keamanan negara, tetapi tindakan mereka menunjukkan sebaliknya. Setuju dengan cadangan supaya demonstrasi diadakan disuatu tempat yang tidak menyusahkan orang lain spt di stadium. Cadangan ini bukan ditujukan untuk pihak pembangkang semata,ia juga harus dipatuhi oleh pihak yang pro kerajaan, NGO dan lain lain,barulah majoriti senyap atau atas pagar tidak terkesan dari kecelaruan demonstrasi jalanan

  15. wth says:

    ape ntah ko merepek,, ko punye cite leh wat drama ar,, ko x pikir la umno punye hal?? cube ko korek.. ak kalu wat cite pasal umno ak pon bole cite karut2 cam ko nie,, stkat pakai otak ko yg x seberapa high tu x yah ar,,😀..

  16. dah nmpak dah perangai orang yg kononnye bersih. sedar lah wahai umat Muhammad s.a.w. sekalian. walaupun kerajaan kita ni pon mmg tak perfect (semua org mmg pon tk perfect) tapi jgn lah mengikut bontot org yg bijak pusing2 kan cerita. tolonglah. buat malu negara je. Hancur lebur negara baru nak menyesal kan.😦

  17. semoga perhimpunan yg berpaksikan politkk sempit seperti bersih ini diabai dimasa hadapan..ini kerana isu perhimpunan bersih ini telah melangkau dari tuntutan mereka…jurugambar kepada lim guan eng,secara terang2 menggunakan isu kristian bagi mengajak umat kristian berhimpun dijalanraya..parti2 politik yg mengheret isu perkuaman juga harus bertanggungjwab dan dihukum kerana mereka menyebabkan api perkaumn itu wujud

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s