PKR Arahkan ADUN dan MP PKR Mengutip Derma RM2juta Seorang?

1. Saya telah dikhabarkan oleh sumber yang boleh dipercayai mengatakan satu arahan telah dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi PKR kepada semua adun dan ahli perlimen mereka supaya mengutip derma sekurang-kurang RM2 juta seorang untuk digunakan dalam pilihanraya umum akan datang.

2. Pastinya berita ini satu yang cukup memeranjatkankan bagi kebanyakan rakyat jika ianya benar. Di tambah lagi pakatan rakyat kini sedang giat membuat persediaan menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0.

3. Di Selangor terdapat 14 adun PKR dan 9 orang ahli parlimen dari PKR menjadikannya seramai 23 orang. Dan sekiranya RM2 juta seorang perlu dikutip, bermakna RM46 juta akan dikutip untuk digunakan dalam pilihanraya umum akan datang. Ini belum lagi dikira dengan ADUN dan ahli parlimen PKR di lain negeri dan ADUN dari PAS dan DAP.

4. Tentunya banyak persoalan yang perlu dijawab oleh pakatan rakyat. Rakyat tentunya ingin tahu, dari mana duit sebanyak itu akan dikutip? Siapa yang sanggup untuk memberikan duit kepada Adun dan MP pakatan? Dan apakah pula balasan yang dijanjikan oleh pakatan rakyat kepada mereka?

5. Selangor adalah sebuah negeri yang cukup kaya sewaktu diambil alih oleh kerajaan yang ada sekarang. Samada ianya masih lagi kaya, kita perlu bertanya menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menjawabnya. Apa pun jawapannya, bagi mendapatkan duit sebanyak itu, sudah barang tentu ramai yang sanggup memberi jika diminta dengan menjanjikan habuan tertentu. Persoalannya apa habuannya?

6. Tentunya pelbagai projek dan khazanah kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang di bawah kuasa kerajaan negeri akan dijanjikan dan digadai sebagai balasan. Semua ini akan menjurus kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Dengan kata lain, duit RM2 juta itu sebenarnya akan datang dari kantung kerajaan negeri hasil duit rakyat yang dipindahkan kepada pihak tertentu dan akhirnya kembali kepada pemimpin pakatan dalam bentuk rasuah. Ini semua adalah permainan silap mata mereka untuk mengabui mata rakyat.

7. Jika ini berlaku rakyat akan merpersoalkan benarkah kerajaan pakatan rakyat memperjuangkan ketelusan dan anti-rasuah? Pada saya ianya satu penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang begitu jelas dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat. Bagaimana pula jika PAS dan DAP juga melakukan perkara yang sama? Berapa banyak lagi duit dari kantung kerajaan negeri yang akan lesap? Apa lagi yang akan digadai oleh kerajaan negeri sekarang untuk memenuhi nafsu gila pemimpin pakatan rakyat?

8. Hari ini mereka sibuk dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang kononnya untuk memastikan pilihanraya yang bersih. Apakah tindakan mereka ini menunjukkan mereka benar-benar bersih? Sedangkan dalam parti mereka sendiri penuh dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Bukankah ini boleh diumpamakan seperti seekor ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan dengan lurus?

9. Rakyat selangor khususnya perlu disedarkan dengan permainan licik pakatan rakyat ini. Perhimpunan bersih hanyalah sekadar perhimpunan bagi menutup segala kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan pakatan rakyat selain dari cuba menggugat keamanan negara. Mereka mungkin berbangga jika dapat melakukan huru-hara dalam negara tetapi rakyat akan menderita. Aktiviti ekonomi akan terjejas, orang ramai tidak dapat mejalankan aktiviti seharian di ibukota. Pelancong akan berkurangan, peniaga tidak boleh berniaga. Siapa yang akan menanggung semua ini? Bukan pemimpin pakatan, sebaliknya rakyat yang bekerja mencari rezeki halal untuk menyara anak dan kelurga akan terjejas. Tetapi semua ini tidak termasuk dalam perkiraan sifir politik pakatan rakyat. Apa yang mereka fikirkan hanyalah kepentingan politik sempit mereka. 

10. Maka seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan perlu memboikot dan mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan bersih ini. Rakyat sudah muak dengan budaya gila politik jalanan pakatan rakyat. Saya berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah sewajarnya termasuklah tindakan ISA jika perlu terhadap mereka yang cuba mencetuskan huru-hara ini. Saya mencabar pakatan rakyat, jika mereka ini benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan ketelusan, maka bersihkan dulu kerajaan Selangor yang penuh rasuah sebelum menganjurkan Bersih 2.0!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to PKR Arahkan ADUN dan MP PKR Mengutip Derma RM2juta Seorang?

  1. Salam 1Malaysia…ini adalah satu lagi ‘penipuan’ yang ingin dilakukan oleh PKR (Parti Kelentong Rakyat). Mereka sengaja melakukan ini untuk mendapat simpati rakyat jelata, supaya menyokong mereka. Sebenarnya mereka ada duit sendiri, untuk menampung perbelanjaan pengurusan Parti mereka, tetapi dengan cara mengutip Derma ini akan membuatkan Rakyat ‘tergoda’ atau ‘terpikat’ dengan cara dan gaya pengurusan mereka yang cuba meneunjukkan mereka telus dan tidak rasuah. Bagi saya ini hanya satu penipuan, seperti yang diperkatakan oleh YB Dato Satim didalam Blog ini, usaha mengutip Derma ini akan menjurus kepada rasuah. Saya percaya, jika seseorang ingin menderma dengan jumlah yang besar…tak kan tak ada ‘habuan’ atau ‘balasan’ daripada PKR, kan PKR tu pemerintah Kerajaan Selangor…saya sokong apa yang diperkatakan oleh YB Dato Satim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s