Spekulasi ura-ura kenaikan harga minyak Ron95

 1. Di suatu masa dulu orang melayu berada di kampung-kampung tradisi jauh di pendalaman. Mereka melakukan kerja-kerja kampung yang lebih bercirikan pertanian dengan mengerjakan sawah, menoreh getah, berkebun dan nelayan bagi sesetengah kawasan berhampiran pantai.

2. Kita beruntung sebab datuk dan nenek moyang kita dulu, walaupun susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetap menitikberatkan soal pendidikan. Hasilnya tamat peringkat sekolah, maka ada orang melayu yang dapat bekerja dengan kerajaan sebagai kerani, cikgu, pegawai daerah dan sebagainya. Namun begitu kehidupan mereka tetap berada dalam lingkungan kawasan perkampungan tradisi.

3. Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, ramai graduan anak tempatan yang dilahirkan samada lulusan dalam dan luar negara. Bukan sedikit perbelanjaan yang telah dicurahkan oleh kerajaan untuk melahirkan seorang graduan. Bagi seorang pelajar kejuruteraan di IPTA yuran pengajian yang dikenakan adalah RM9,242.00 sedangkan yuran sebenarnya adalah RM73,298.00. Ini bermakna kerajaan menanggung 87% dari kos yuran sebenar pelajar. Itu belum dikira lagi dengan kursus lain seperti perubatan yang kosnya berlipat kali ganda. Begitulah pelaburan besar yang telah dibuat oleh kerajaan dalam melahirkan graduan yang akhirnya satu masa nanti akan menggantikan pemimpin dan generasi yang ada hari ini dalam mengemudi bahtera Malaysia yang bertuah ini.

4. Bertambahnya graduan ini, bermakna negara memerlukan pertambahan peluang pekerjaan. Sektor kerajaan tidak mampu untuk menyediakan pekerjaan kepada semua graduan. Maka peluang pekerjaan disektor swasta adalah satu pilihan. Menyediakan peluang pekerjaan di peringkat swasta merupakan satu lagi cabaran besar. Pelabur dari luar perlu ditarik untuk beroperasi di negara ini dan adakalanya kita terpaksa menyediakan pelbagai insentif untuk menarik mereka dengan harapan mereka dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan graduan kita.

5. Syarikat asing ini biasanya akan memilih kawasan yang strategik dan mempunyai kemudahan awam yang mencukupi selain dari faktor lain seperti iklim ekonomi dan politik yang stabil. Justeru itu, kerajaan perlu membelanjakan wang untuk melengkapkan infrastruktur, menyediakan kemudahan perlu bagi mencapai hasrat tersebut. Selangor satu masa dulu telah berjaya menarik ramai pelabur untuk beroperasi disini dan seterusnya menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Akhirnya kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar ini dipenuhi oleh rakyat negeri lain yang berhijrah untuk bekerja di syarikat-syarikat Multi-Nasional.

6. Hasil dari penghijrahan ini secara positifnya, wujud satu percampuran budaya dikalangan rakyat dari pelbagai negeri di kawasan-kawasan tertentu. Mereka ini asalnya datang untuk bekerja dan akhirnya terus bermaustautin dan kekal sebagai penduduk dibandar dan kawasan pinggir bandar di Selangor. Jika dulu orang melayu berada dikampung, orang india di kawasan estet, cina wujud dibandar, kini semua bangsa telah ada dibandar. Malah bukan setakat 3 kaum utama tadi, kaum-kaum lain dari sabah dan serawak juga sudah berhijrah ke lembah Kelang untuk mencuba nasib mengubah kehidupan.

7. Cabaran hidup dibandar tidaklah semudah disangka. Mungkin betul peluang pekerjaannya tinggi, peluang untuk berjaya juga ada tetapi kos hidup di bandar juga tinggi. Jika kita berada di kampung, dengan gaji 2-3 ribu itu sudah lebih dari cukup tetapi dibandar belum tentu cukup untuk menampung kos kehidupan seharian termasuk sewa rumah, kenderaan, tol dan minyak.

8. Berita mengenai ura-ura subsidi minyak RON95 yang sedang dikaji semula telah mencetuskan banyak spekulasi dikalangan rakyat. Pakatan rakyat menerima perkhabaran ini dengan gembira sekali seumpama beruk mendapat bunga. Maka dicanangkanlah diseluruh negara bahawa kerajaan akan menaikan harga minyak RON95. Sudah pasti mereka amat berharap agar kerajaan dapat menaikkan harga minyak untuk memberi tekanan kepada rakyat yang kini lebih memihak kepada kerajaan. Bagi UMNO dan BN, berita ini satu perkhabaran yang kurang mengembirakan. Bukan setakat rakyat biasa, malah bagi wakil rakyat BN, resah gelisah dan keluh kesah sudah pastilah dirasai mereka. Siapa tidak risau melihat rakyat marah kepada BN sekali lagi. Maka berdoalah mereka agar kerajaan tidak menaikkannya. Bagi yang berpeluang menyuarakan suara hati rakyat ini dalam mesyuarat kabinet, sudah tentu peluang bersuara bagi pihak rakyat ini tidak akan dilepaskan.

9. Bagi rakyat pula ia bukanlah satu berita gembira. Kenaikan harga minyak bermakna mereka terpaksa menanggung kos hidup yang lebih tinggi. Akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan menekan rakyat dengan pelbagai kenaikan yang tidak munasabah. Bagi penduduk dibandar, sudah pasti ia akan lebih dirasai lagi dengan kos-kos lain yang terpaksa ditanggung. Bagi parti pas, pkr, dan dap sudah tentu mereka mengharapkan kerajaan dapat menaikkan harga minyak setinggi yang boleh demi keuntungan politik mereka. Malah ada dikalangan rakan-rakan yang berjenaka, “seronok jadi YB pakatan. Minyak naik depa lagi seronok, jalan kat kawasan berlubang pun rakyat tak cari, tunggu masa pilihanraya tunjuk muka sikit orang dah undi. Jadi YB BN ni, semua benda nak kena ambil tahu!” Itu sekadar gurauan rakan-rakan.

10. Memang benar kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi yang cukup tinggi untuk subsidi minyak. Namun sebagai kerajaan yang berjiwa rakyat, dan mendahulukan rakyat maka amat tidak wajar jika kos kenaikan subsidi kerajaan ini diletakkan dibahu rakyat yang telah terbeban dengan pelbagai kos sara hidup yang cukup tinggi semata-mata. Dan saya tetap yakin kerajaan sekarang tidak akan menaikkan harga minyak ini. Suara-suara rakyat bawahan ini telah pun disuarakan oleh wakil rakyat dari BN kepada kerajaan. Namun dengan keadaan dunia yang semakin tidak stabil kini, maka usaha-usaha ke arah mengurangkan jumlah subsidi yang terlalu tinggi ditanggung oleh kerajaan perlu dicari formulanya agar wang tadi dapat dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk lain untuk kemudahan rakyat.

11. Di sinilah pemikiran hebat perancang dan pakar ekonomi yang dilahirkan oleh kerajaan hasil wang rakyat yang dilaburkan amat dituntut. Kita tidak mahu pakar yang hanya pandai berteori berpandukan teori ekonomi barat yang berkiblatkan kapitalisme semata-mata. Malah kita memerlukan mereka yang mampu berfikir secara kritis, berfikir diluar kotak dan sanggup mencabar teori ekonomi barat dalam membentuk acuan ekonomi kita sendiri dengan meletakkan kepentingan rakyat didepan sesuai dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Bukan apa kadangkala kita sedikit risau dan cuak dengan cara berkerja pakar ekonomi kita ini. Kerajaan cuba menggunakan khidmat mereka dengan menubuhkan pelbagai makmal untuk menyelesaikan masalah ekonomi, tetapi jika mereka gagal menyelami hasrat rakyat maka akhirnya yang akan menanggung kesannya adalah rakyat seterusnya kerajaan akan disalahkan!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Spekulasi ura-ura kenaikan harga minyak Ron95

  1. Robot says:

    Post yang terbaik Dato’, kerajaan perlu timbang semula kenaikkan harga minyak,rakyat semakin susah,hidup tertekan,akhirnya dikertas undi rakyat akan terjemahkan…

  2. nobody says:

    [HANYA KOMENTAR CURHAT DARI SEORANG PENGEMBARA]
    Alhamdulillah…
    Pasukan iblis sukses menyesatkan masyarakat, Gembong FreeMason Yahudi dan anteknya berhasil menjajah lahir bathin negeri ini, krisis Inflasi harga kebutuhan pokok meningkat, Penyakit hubungan kelamin merajalela, Korupsi jamaah pejabat menanjak, Jual beli jabatan pemilu berlanjut, Pengurasan sumber daya alam berjalan, Kebodohan berbasis kemiskinan bertambah, dan masih banyak lagi yang semua itu berujung pada pemurtadan rakyat banyak.
    Alhamdulillah…
    Sekarang kita dapat melihat dengan jelas kebobrokan sistem sekular jahiliyah yang selama ini telah kita terapkan dan kita tuhankan, karena kita telah membuang jauh-jauh sistem Islam kaffah ciptaan “Sang Maha Pencipta Sistem” dari kehidupan kita.
    Alhamdulillah…
    Sekarang kita dapat membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad berikut ini:
    Dari Abdullah bin Umar dia berkata,
    “Rasulullah SAW menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:
    “Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat cobaan dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya;
    1. Tidaklah kekejian menyebar di suatu kaum, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha’un dan penyakit-penyakit yang belum pernah terjadi terhadap para pendahulu mereka.
    2. Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan takaran kecuali mereka akan disiksa dengan kemarau berkepanjangan dan penguasa yang zhalim.
    3. Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti meneteskan air untuk mereka, kalau bukan karena hewan-hewan ternak niscaya mereka tidak akan diberi hujan.
    4. Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya.
    5. Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan saling memerangi di antara mereka.””
    (HR Ibnu Majah nomor 4009, lafal baginya, dan riwayat Al-Bazar dan Al-Baihaqi, shahih lighoirihi menurut Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib wat-Tarhib hadits nomor 1761).
    Sekarang manakah diantaranya yang belum terjadi? Masih belum cukup?
    Alhamdulillah…
    Selama generasi kita tidak memurikan tauhid dan tidak menerapkan sistem Islam kaffah (dalam khilafah), maka insyaAllah generasi penerus kita juga dapat langsung membuktikannya juga.
    Alhamdulillah…
    ________________
    “Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. 4:147)
    “Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Q.S. 40:61)

  3. Lancang Biru says:

    Saya amat bersetuju Datuk. Right to the point. Siapa yang pandai-pandai nak naikkan harga minyak RON 95 ni Datuk? Perkara-perkara yang melibatkan ekonomi, minta menteri-menteri yang terlibat ini rujuk dulu dengan pakar2 dalam NEAC, ISIS, ahli akademik di universiti-universiti. Kemudian bincang masak-masak dalam kabinet sebelum kata OK. Jangan terus buat statement yang merisaukan rakyat! Akhirnya bila dah buat gempak, cadangan pun di tarik balik. Nampak sangat macam cadangan ad-hoc.

    Unclear Engineer
    Bukit Sentosa, Hulu Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s