Patah Sayap Bertongkat Paruh

Assalamualaikum w.b.t.

1. Salam ukhuwah kepada seluruh pembaca blog ini dan terima kasih atas lawatan semoga ada sesuatu yang boleh kita semua mengambil manfaat serta kongsikan demi kesejahteraan agama, bangsa dan Negara ini. Sekdar makluman, posting yang bertajuk patah sayap, bertongkatkan paruh ini adalah pembuka tirai kepada blog saya.

2. Rasanya bukan agak terlewat untuk saya terjun ke dalam dunia blogging berbanding tokoh politik yang jauh lebih terkedepan berkecimpung dalam dunia blog seperti Tun Dr Mahathir, DS Khir Toyo dan lain-lain. Terima kasih kepada rakan, sahabat dan seluruh rakyat yang telah memberikan sokongan sepanjang saya mewujudkan akaun Facebook sebelum ini.

3. Dunia internet hari ini begitu berpengaruh sebagai salah satu medium alternatiif dalam menyampaikan segala maklumat, dasar dan misi parti kepada rakyat khususnya disamping mempermudahkan komunikasi secara dua hala demi manfaat bersama. Justeru saya berkeyakinan blog ini boleh dimanfaatkan bersama oleh kita semua.

4. Dalam siri pilihanraya kecil sebelum ini dan terbaru pilihanraya Sarawak, media baru ini jelas menunjukkan pengaruhnya yang tersendiri. Peranan blogger jelas amat membantu parti politik khususnya Barisan Nasional dalam menyampaikan maklumat secara effisen dan cukup berkesan.

5. Sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor, amat wajar kiranya saya mewakili seluruh kepimpinan Barisan Nasional Selangor merakamkan terima kasih atas segala sumbangan besar blogger Pro BN yang jelas tanpa jemu berjuang di alam siber untuk memenangkan calon Bariasan Nasional dalam setiap pilihanraya khususnya blogger GAP, RBF, PAPAGOMO, MIM, UMB, dan lain-lain yang rasanya senarainya terlalu panjang untuk disebut kesemuanya di sini. Cukuplah sekadar mereka ini tahu, UMNO Selangor amat menghargai segala sumbangan yang telah dicurahkan.

6. Biar pun saya dan kepimpinan parti sendiri pernah sedikit sebanyak dikritik oleh blogger, namun segala kritikan tersebut saya anggap sebagai satu kritikan yang membina yang seharusnya diambil iktibar oleh seluruh kepimpinan. Pemimpin harus berjiwa besar, dan itulah yang menjadi pegangan saya. Impak dari itu, UMNO Selangor kini jelas lebih agresif dalam meperjuangkan segala kepincangan kerajaan negeri. Program mendekati rakyat telah dilakukan dari semasa ke semasa, Siri ceramah SSDE telah mendapat sambutan hangat dan menjadi bahan bualan rakyat kebanyakan. Biar pun begitu, masih banyak ruang yang sedang dan akan diperbaiki.

7. Hari ini saya ditugaskan sebagai ketua pembangkang di DUN Selangor. Ianya bukanlah satu tugas mudah tanpa bantuan kepimpinan tertinggi parti, ahli parti dan rakan blogger bagi membongkar segala penyelewengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Justeru itu, saya merasa cukup yakin, selagi UMNO dan BN berada dalam satu perjuangan yang benar, seluruh rakyat pasti akan memberikan sokongan..

8. Jelas sekali pentadbiran kerajaan negeri selangor hari ini, telah gagal mewujudkan urus tadbir yang baik sepanjang 3 tahun memerintah negeri Selangor. Penyelewengan dan salah guna kuasa berlaku tetapi cuba ditutup bagi mengaburi mata rakyat yang begitu mengharapkan mereka dapat menguruskan negeri selangor dengan lebih baik berbanding dengan kerajaan BN. Tetapi itu semua hanya indah khabar dari rupa. Semua harapan tinggal harapan, apa yang berlaku jauh lebih teruk berbanding dengan kerajaan BN dahulu. Pepatah ada berkata, bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru.

9. Cabaran PRU 13 jelas sangat getir bagi Barisan Nasional khususnya di Selangor. UMNO sudah tiada masa untuk mengeluh dan merintih, usaha perlu dilipat gandakan semaksimum mungkin. Perpaduan yang menjadi kunci utama kejayaan harus digembleng. UMNO perlu menjadi contoh yang baik kepada parti komponen dalam menawan kembali hati rakyat. Usaha ini jelas dilakukan secara berterusan tanpa kenal erti jemu oleh kepimpinan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Najib. Sudah pasti rakyat akan menyokong usaha-usaha ini.

10. Sepanjang menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah Pakatan, jelas banyak dugaan serta cabaran telah ditempuhi. Saban hari, rakyat datang untuk mengadu masalah akibat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan negeri dari pakatan rakyat yang dipilih. Akhirnya, kepada UMNO jugalah rakyat terpaksa meluahkan apa yang terbuku. Inilah perjuangan BN dan UMNO khususnya yang berpaksikan perjuangan membela rakyat tanpa mengira fahaman poltik dan kaum.

11. Semua ini jelas menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Saya sendiri pernah digantung dan di potong elaun wakil rakyat. Bukanlah duit elaun yang menjadi isunya tetapi ini dilakukan oleh kerajaan negeri yang kononnya mengamalkan kebebasan bersuara. Namun semua itu bukanlah satu halangan, malah ianya mejadikan umno semakin berani dalam membuat teguran dan kritikan terhadap segala kepincangan dan salahguna kuasa dalam kerajaan negeri Selangor. Komitmen ini adalah janji saya sebagai ketua pembangkang di Selangor. Bab kata pepatah melayu, patah sayap, bertongkatkan paruh, perjuangan suci umno ini harus diteruskan kerana kita begitu yakin, UMNO melalui Barisan Nasional jelas memperjuangkan agama, bangsa dan Negara tercinta ini.

Satim Diman

Ketua Pembangkang DUN Selangor

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Patah Sayap Bertongkat Paruh

  1. sayang salmah says:

    Selamat terjun ke dunia blog….

  2. Melayu N29 says:

    Tahniah Dato’…semoga dgn adanya blog ini…segala maklumat2 & pandangan dr Dato’ dpt disampaikn & disalurkn kpd rakyat kawasan…

  3. kuan says:

    Semoga Dato dapat sentiasa menemui kita di blog. Kita terlalu lemah dalam menangani pembohongan PR. Ramai diantara ahli parti komponen patah semangat dan mementingkan diri daripada perjuangan.

  4. asmuni says:

    Tahniah. Belum terlambat bagi Datuk menggunakan medium ini (disamping fb yang telah sedia ada) untuk mendekati rakyat dengan cara yang lebih berkesan lagi.

  5. paikoliang says:

    mudah2an dgn adanya blog ini menjadi suntikan semangat pd melayu puchong utk kembali bersatupadu dibawah UMNO BN.Tahniah dato, Tn memang Hebat…

  6. Hj Esa Md Yunos says:

    Salam Perjuangan dari Birmingham UK bagi pihak Umno Cawangan Bandar Bukit Puchong. Diharapkan dengan adanya blog ini akan lebih berfaedah kepada ahli Umno di bahagian Puchong khasnya dan UMNO Selangor dan UMNO Malaysis amnya.Tidak ketinggalan juga kepada penyokong BN di seluruh Negara. Memang belum terlambat untuk kita terus berjuang dalam konteks ini. Selamat Maju Jaya untuk bangsa, agama dan tanah air kita tercinta. Kalau tidak kita siapa lagi.

  7. Tahniah YB Dato’, saya sangat teruja dengan usaha Dato’ ini, sesungguhnya ‘Dunia Blogging’ ini amat penting dalam arena Politik sekarang….insyaallah, usaha Dato’ ini aka menghasilkan kejayaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s