Ramadhan Yang Di Nantikan

1.    Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, saya mewakili Adun BN Selangor ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya rakyat Selangor tidak kira di mana berada.

2.    Bulan Ramadhan sentiasa diingati sebagai satu bulan yang telah dimuliakan oleh Allah swt yang terkandung di dalamnya pelbagai kelebihan dan hikmah bagi mereka yang berfikir dan merenungnya.

3.    Para ulamak sentiasa mengingatkan kita tentang kelebihan bulan ini yang bilamana ia datang belum pasti kita  akan menemuinya pada tahun berikutnya. Maka manfaatkanlah ia sebaik mungkin dengan ibadah sunat yang berlipat kali ganda pahalanya berbanding bulan-bulan yang lain disamping ibadat wajib yang telah difardukan.

4.    Di bulan ini, umat islam diwajibkan berpuasa menahan lapar, dahaga dan mengawal nafsu agar kita menginsafi akan keperitan insan yang kurang bernasib baik yang memerlukan pembelaan sewajarnya.

5.    Tatkala berbuka puasa kita diberi peluang untuk merasa kenikmatan menjamah makanan dan minuman setelah seharian mengikat perut. Di saat itu mungkin terfikir dibenak kita, beginilah perasaan mereka yang susah dan menderita tanpa makanan dan minuman.

6.    Kita bersyukur di negara bertuah ini, mereka yang kebuluran tanpa makanan hampir tiada sebagaimana di negara-negara yang di landa perang saudara. Namun mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan pembelaan masih ada. Sifat bantu-membantu yang diajar oleh Islam seharusnya membawa kepada erti syukur dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

7.    Al-Quran menceritakan tentang kisah pengorbanan isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar yang berulang alik dari Safa dan Marwah mencari air untuk Nabi Ismail yang kehausan. Akhirnya Allah swt telah mengurniakan air Zam-Zam yang mempunyai kelebihan tersendiri kerana ketaatan kepadaNya. Perasaan syukur atas nikmat yang diberi telah menambahkan keimanan mereka. Dari keturunan merekalah munculnya bangsa Arab yang juga keturunan junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sejarah telah membuktikan biarpun sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, budaya menghormati dan menjamu para musafir di kalangan bangsa arab adalah satu kebanggaan bagi bangsa Arab.

8.    Semua ini adalah satu pelajaran berguna kepada umat islam agar sentiasa berusaha memberi bantuan seboleh mungkin kepada manusia yang benar-benar berhak dibantu. Apatah lagi mereka yang bergelar ahli kepada mana-mana parti siasah.

9.    Amat penting untuk kita semua memahami bahawa mana-mana parti politik ditubuhkan untuk menawarkan khidmat yang terbaik kepada masyarakat samada dalam bidang urus tadbir negara, ekonomi, sosial dan sebagainya. Semua parti merasakan mereka lebih layak diberi mandat untuk berkhidmat kepada negara.

10.    Maka berbagai cara, gaya dan percaturan politik dirangka untuk memberi keyakinan kepada rakyat agar memilih parti mereka. Maka seharusnya pemimpin yang dipilih menginsafi akan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Menyalahgunakan kuasa dan mandat yang diberi adalah satu pengkhianatan. Jika amanah tidak ditunaikan maka jangan sekali-kali kita menyalahkan rakyat dan pihak lain jika tidak lagi dipilih oleh rakyat.

11.    Atas semangat bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, mengurangkan politik kebencian yang boleh merosakkan perpaduan di kalangan rakyat. Budaya politik “matlamat menghalalkan cara” yang menghalalkan penipuan, fitnah, caci maki dan adu-domba perlu dihentikan.

12.    Sudah pasti ada pihak yang merasakan ini adalah satu peluang keemasan dan akan mengambil kesempatan menyebarkan pelbagai dakyah dan cuba bermain politik di masjid dan surau-surau sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Maka biarkanlah mereka dengan gelagat dan cara mereka kerana mereka akan terus berpolitik sepanjang masa tanpa mengira masa dan ketika. Apa yang lebih penting, kita semua dapat memperoleh sebanyak mungkin kelebihan di bulan mulia ini.

13.    Akhirkata, sekali lagi selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

About these ads

About Mohamad Satim Diman

Ketua UMNO Bahagian Puchong (2004 -sekarang), Ahli Dewan Undangan Negeri Kaw Seri Serdang (2004-sekarang)
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Ramadhan Yang Di Nantikan

  1. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada YB Dato’ dan Keluarga.

  2. Selamat Menyambut Ramadhan Dato..

  3. selamaat berpuasa untuk dato sekeluarga..selamat menjalani ibadah puasa

  4. Syida Yus says:

    Semoga cahaya imannya terpancar pada kita dan moga d bulan yang mulia ini, ibadah dapat ditingkatkan. Sebagai pemimpin, ini adalah bulan terbaik utk Dato membina perisai keimanan bagi menghadapi segala tomahan dan serangan lawan. Ah lal wasahlan…..Ya Ramadhan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s