Selamat Menyambut Hari Polis Ke 206 – Pengorbanan Demi Keamanan Malaysia

hari+polis+206
1. Pada hari ini seluruh Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meraikan Sambutan Hari Polis. Acara Perbarisan Polis kali ke 206 akan dilangsungkan sebagai pengiktirfan seluruh rakyat kepada anggota polis yang bertugas menjaga keamanan negara.

2. Sambutan kali sedikit berbeza memandang sebahagian anggota mereka masih lagi berjuang di Lahad Datu. Dalam kemeriahan sambutan, kesedihan juga menyelubungi pasukan atas gugurnya anggota yang berjuang mempertahanan negara dengan darah dan nyawa mereka.

3. Dalam sejarah perjuangan Bukit Kepong, bukan sekadar anggota Polis yang berjuang menentang pengganas komunis. Malah para isteri juga turut mengangkat senjata mempertahankan sisa-sisa perjuangan yang ditinggalkan suami mereka yang terkorban.

4. Sempena hari polis ini, saya ingin mengangkat kisah pengorbanan keluarga anggota polis yang jarang dipandang oleh masyarakat kita khususnya dalam era moden ini. Luahan hati seorang isteri kepada anggota polis yang disiarkan di sini penting untuk kita hayati. Saya siarkan semula di laman blog ini sebagai satu penghargaan kepada semua anggota keselamatan yang terlibat mempertahankan negara. Selamat membaca!

Luahan hati isteri VAT69

SEJAK tersiar berita tentang kematian wira-wira negara kita, saya tidak pernah lepas mengikuti berita di TV.

Saya menangis sedih melihat perwira-perwira kita mati di medan perjuangan perang. Rasa sedih ini lahir ibarat kata orang cubit paha kiri, paha kanan terasa, kerana saya juga adalah dari keluarga pasukan keselamatan.

Apa yang keluarga mereka rasa hanyalah orang seperti kami keluarga anggota yang tahu perasaan sesama kami. Menjadi isteri kepada anggota pasukan keselamatan secara tak langsung bukan saja suami berkorban kepada negara malah isteri dan anak-anak pun berkorban untuk negara.

Isteri menghadapi tekanan perasaan menghadapi kerenah anak-anak sakit demam, persekolahan dan segala masalah yang lain sendirian kerana suami selalu tiada.

Terpanggil rasa ingin meluahkan perasaan ini apabila membaca luahan hati isteri polis di Utusan Malaysia (polis Mega) bertarikh 12.3.2013. Apa yang diluahkan isteri polis berkenaan sama seperti isteri anggota lain rasakan.

Dulu VAT69 orang tidak mengenalinya sangat. Setelah peristiwa berdarah di Lahad Datu barulah orang tahu VAT69 itu adalah anggota komando polis dan yang terbunuh itu adalah antara sahabat kami semasa di Ulu Kinta dulu.

Suami saya berkhidmat di dalam VAT69 selama 20 tahu lebih dan sekarang setelah usia menghampiri pencen suami bertugas sebagai polis biasa.

Pada awal tahun 80-an, semasa saya baru berkahwin, pasukan VAT69 ini sering masuk hutan kerana komunis begitu banyak di negara kita.

Setiap kali nak menyambut perayaan sama ada Krismas, Tahun Baru Cina atau Raya Aidilfitri, suami-suami kami pasti ditugaskan masuk hutan kerana masa ini pihak komunis difahamkan bergerak aktif di musim perayaan. Jadi untuk keselamatan rakyat dan negara anggota keselamatan seperti VAT69 pasti bertugas masuk hutan.

Bayangkanlah ketika orang lain bergembira nak menyambut Hari Raya, kami isteri dan anak-anak muram kerana tak bersama dengan orang yang kami sayang, malah hati sentiasa cemas dan berdebar takut mendapat berita tak baik. Disaat orang lain menimang cahaya mata bersama suami tercinta, kami ada kalanya menahan kesakitan dan kepayahan tanpa suami di sisi demi tugas untuk negara.

Tidakkah ini satu pengorbanan juga namanya bagi kami pihak isteri dan anak-anak? Dulu semasa suami saya bertugas di VAT69 amatlah susah dan perit.

Gaji tidak setimpal dengan tugas yang dipikul. Elaun komando pada masa itu baru RM150.
Bayangkanlah suami bertugas sebagai anggota Wireless (WT) bukan seperti sekarang segala alat hubungan serba canggih seperti internet dan sebagainya.

Suami saya pikul alat komunikasi (wireless) dengan berat rasa-rasanya lebih 5 kg di belakang, peluru dan bom dikeliling pinggang. Di masa itu saya amat sedih bila suami menyuruh saya memasak sambal ikan bilis buat bekalan di dalam hutan untuk sekian hari yang dijangkakan.

Kalau orang lain boleh bawa ration untuk bekalan seperti makanan dalam tin tetapi suami saya tidak kerana alat wireless pun sudah hampir satu beg pack belakang. Untuk jimatkan ruang dan keberatan, suami terpaksa bekalkan sambal ikan bilis selama di dalam hutan. Itulah lauk yang dimakan setiap hari sampai pulang. Sedih memang sedih.

Di dalam hutan pukul 6 petang sudah gelap gelita, pernah suami bercerita dia dan kawan (sudah arwah) memasuki hutan ”bamboo” iaitu hutan berpaya, tidur berbantalkan ular sawa yang disangkakan akar kayu kerana terlalu gelap.

Ketika terlelap tiba-tiba terasa benda bergerak dan suami memberi syarat pada kawannya senyap dan angkat kepala dan barulah mereka sedar itu adalah ular sawa yang sangat besar.

Pernah juga suami nyaris maut ketika mengambil air di sungai, bila mendongak ke atas bukit ada dua orang komunis sedang memandang serta menghunus senjata nak menembak tetapi dengan kuasa Allah, pengganas itu tidak jadi menembak mungkin berfikir anggota keselamatan lebih ramai atau lebih baik melarikan diri saja. Berbagai lagi pengalaman ngeri yang tak dapat dituliskan di sini.

Apabila Tian Chua menyatakan ini sandiwara, saya berasa sangat marah kerana kami isteri-isteri anggota keselamatan saja yang tahu betapa susah dan berat tugas suami kami, jika diikutkan hati, rasa tak lalu nak makan duit gaji dari mereka sedih dengan tugas yang bergadai nyawa tambahan pula gaji pada masa itu tidak seberapa.

Tapi apakan daya kami keluarga juga terpaksa berkorban. Sekarang apabila suami bertugas sebagai polis biasa, suami menyatakan Tan Chua ini memang biadab orangnya, suka hasut bagi polis marah.

Untuk pengetahuan, semua kami isteri-isteri VAT69 sangat rapat dan akrab antara satu sama lain sebab pada tahun awal 80-an tiada alat hubungan komunikasi canggih seperti hari ini.

Apabila suami kami bertugas di dalam hutan, kami isteri-isteri bersepakat menjaga kebajikan keluarga kami iaitu susah senang bersama.

Sebagai contoh, jika ada antara kami yang sakit, jiranlah yang menjaga anak kami sementara kami berada di hospital. Atau kalau ada yang nak ke pasar, kami akan bertanya pada jiran apa-apa keperluan dikirim kerana sesama kami faham masing-masing ada anak kecil dan bersekolah, susah untuk bergerak ke mana-mana kerana suami bertugas.

Begitulah sedikit contoh betapa akrabnya kami sebagaimana akrabnya suami-suami kami di dalam hutan di mana pikul kawan kalau ada yang sakit atau tercedera, sampailah sekarang hubungan kami seperti saudara tidak putus.

Apabila terpandang di TV anggota VAT69 terkorban, saya dan suami berasa sedih dan sangat marah dengan Tian Chua yang menyatakan ini sandiwara.

Saya yakin Tian Chua tiada saudara maranya yang bertugas sebagai pasukan keselamatan sebab itu dia tergamak berkata demikian. Hanya kami keluarga anggota keselamatan yang tahu perasaan sesama kami kerana kami isteri dan anak-anak yang merasakan segala kesukaran, kesedihan, risau, berdebar tatkala suami kami bertugas.

Memang benar setiap kali ada yang beruniform polis mengetuk pintu rumah, jiwa lagi kuat berdebar, takut mendapat berita tak baik.

Begitulah perasaan kami selalu bila suami pergi menjalankan tugas di perbatasan.Wahai Tian Chua kamu tidak rasa apa yang kami rasai. Tian Chua dan Anwar Ibrahim adalah iblis yang bertopengkan manusia. Saya rasa tidak sabar menunggu untuk mengundi pada pilihan raya kali ini.

ISTERI POLIS
Kuala Lumpur

Komen:

Semoga apa yang dipaparkan ini membuatkan masyarakat kita lebih menghargai segala jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara. Tanpa mereka, belum pasti kita mampu mengecapi keamanan dan kemakmuran sebagaimana sekarang. Selamat Menyambut Hari Polis buat PDRM!

Satim Diman
Ketua Pembangkang Selangor

Posted in Isu Negara | Tagged , , , , | 1 Comment

Lahad Datu: Perang Menentang Pengganas Sultan Kiram III

blog+ops+daulat
1. OPS Daulat bagi memerangi pengganas Kiram di Lahad Datu masih berlangsung. Sultan Kiram mengarahkan pengganasnya agar terus memerangi ATM dan PDRM menggunakan taktik serangan gerila. Taktik ini diamalkan oleh pelbagai kumpulan militan diseluruh dunia. Ianya bertujuan melemahkan musuh dengan taktikal hit and run melalui serangan hendap.

2. Pengganas komunis PKM pernah memerangi anggota keselamatan negara dengan kaedah yang sama. Peperangan tersebut membolehkan ATM dan PDRM memperolehi pengalaman berguna untuk menghadapi ancaman serangan gerila. Malaysia satu-satunya negara yang memenangi perang berhadapan dengan taktik serangan gerila. Fakta ini penting untuk diperjelaskan kepada umum bahawa anggota keselamatan yang bertugas mempertahankan negara bukan sebarangan anggota. Mereka cukup terlatih untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

3. Soal kemalangan jiwa dalam peperangan tidak mungkin dapat dielakkan. Satu-satunya cara untuk mengelakkan pertumpahan darah adalah melalui perundingan. Walaubagaimanapun pilihan tersebut telah pun ditolak oleh pengganas. Sudah pasti tiada mana-mana negara akan memilih untuk berdamai dengan pengganas yang telah bertindak kejam membunuh anggota keselamatan mereka.

4. Kita perlu akui bahawa pengganas ini terdiri dari anggota militan yang berpegalaman. Mereka hidup dihutan sebagai gerila menentang kerajaan mereka di Selatan Filipina sejak sekian lama. Filipina sendiri gagal menentang kumpulan militan ini. Bukan sekadar Filipina, Amerika juga pernah gagal di Vietnam dalam perang selama 8 tahun. Dan Soviet Union pula pernah gagal dalam peperangan gerila di Afghanistan.

5. Banyak faktor yang mempengaruhi kalah menang sesuatu peperangan. Senjata dan strategi taktikal adalah faktor penting. Faktor manusia juga tidak boleh dipandang mudah. Senjata yang canggih semata-mata tidak mampu menjamin kemenangan. Sebaliknya berbekalkan senjata biasa, jika diberikan kepada pejuang yang mempunyai semangat juang tinggi disamping strategi berkesan, berkemungkinan ia mampu mencipta kemenangan. Sejarah perang lampau menjadi buktinya.

6. Bangsa Tausug memang terkenal dengan sifat kepahlawanan mereka. Malangnya mereka memiliki pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri. Disebabkan itu mereka terus menjadi bangsa yang mundur hingga ke hari ini. Bagi memenuhi kehendak nafsu pemimpin, mereka diarahkan untuk berkorban nyawa. Pembunuhan beramai-ramai kaum Tausug dalam peristiwa Jabidah membuktikan bahawa rakyat mereka dipergunakan bagi memenuhi kehendak nafsu peribadi pemimpin. Baik Marcos atau pun Misuari, keduanya adalah pemimpin yang hanya pandai mempergunakan rakyatnya untuk kepentingan peribadi.

7. Walaupun wujud pelbagai versi peristiwa pembunuhan Jabidah, namun ianya menjadi punca kebangkitan MNLF yang diketuai Misuari dalam perang dengan kerajaan Filipina pimpinan Marcos ketika itu. Peperangan yang berlaku menyebabkan ramai yang terbunuh dan menjadi pelarian. Ramai kaum Tausug telah melarikan diri ke Sabah mencari kehidupan yang lebih aman. MNLF dibawah Misuari telah menandatangi 3 perjanjian damai dengan kerajaan Filipina. Tahun 1976 semasa zaman Presiden Ferdinand Marcos. Tahun 1987, semasa Presiden Corazon Aquino dan pada tahun 1996 pada zaman Presiden Fidel V. Ramos. Misuari dilantik menjadi Gabenor Mindanao pada tahun 1996 sebelum dipecat pada 2001. Namun peluang yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya untuk membangunkan BangsaMoro. Sebaliknya apa yang diperjuangkan Misuari selama ini hanyalah bersifat retorik semata-mata.

8. Datuk Seri Anwar di Malaysia juga mempunyai sejarah politik yang hampir sama. Beliau muncul dengan memperjuangkan isu kemiskinan Baling, Kedah. Dengan label pejuang golongan marhain, beliau mula dikenali dan akhirnya diangkat menjadi pemimpin dalam kerajaan. Namun, setelah berada dipuncak kuasa, perjuangan rakyat miskin bukan lagi menjadi agenda utama. Banyak masa dihabiskan untuk mengatur strategi merampas kuasa dari pemimpin yang membawanya menyertai kerajaan. Sifat tamak dan gila kuasa akhirnya memakan dirinya.

9. DS Anwar dan Misuari adalah pemimpin yang terdesak meraih kembali kuasa dan sokongan rakyat dengan cuba mengulangi sejarah kegemilangan lampau mereka. Hakikatnya zaman itu telah pun berlalu. Disebabkan itu maka mereka bergabung tenaga bagi mencipta semula kebangkitan itu. Laporan agensi perisikan Filipina tentang pertemuan sulit keduanya sebelum berlaku pencerobohan Sabah menguatkan lagi teori ini.

blog+perjumpaan anwar misuariblog+misuari kiram
10. Saki baki pengganas Kiram yang masih di Sabah akan terus menjadi korban apabila dipaksa berperang menentang anggota keselamatan kita. Malaysia dalam apa juga keadaan tidak boleh dipersalahkan. Sebagai negara yang berdaulat, usaha mempertahankan negara adalah satu kewajipan bila diserang. Soal tuntutan ke atas Sabah sudah tidak lagi releven. Perjanjian penyerahan Sabah 1878 dan Suruhanjaya Cobold 1962 cukup membuktikan bahawa Sabah adalah wilayah Malaysia yang sah. Disebabkan itu, semangat anggota keselamatan negara berada dalam keadaan yang sangat tinggi. Mereka tahu mereka berjuang untuk mempertahankan negara dari anasir luar yang menceroboh.

11. Dalam era peperangan komunis di Malaysia, anggota keselamatan kita berjuang kerana mempertahankan negara dari jatuh kepada ke tangan komunis. Semangat juang yang tinggi dimiliki dan penggunaan taktikal yang tepat menyebabkan komunis menyerah kalah dan berdamai pada tahun 1989. Faktor penyumbang kepada kekalahan komunis adalah strategi peperangan gerila yang diterapkan kepada anggota keselamatan negara. Bermula dari itu, pasukan komando Polis VAT69 mencipta nama sebagai pasukan yang cukup digeruni musuh.

12. Dalam menghadapi perang sebegini, perpaduan seluruh rakyat amat dituntut. Kita perlu berpegang kepada satu prinsip bahawa apa juga usaha anggota keselamatan bertujuan untuk mempertahankan negara. Maka, sokongan padu seluruh rakyat amat penting untuk memberi keyakinan kepada anggota keselamatan negara. Apa juga usaha untuk melemahkan semangat mereka perlu ditentang. Pihak musuh tidak boleh diberi apa juga ruang untuk merasai bahawa mereka telah menang kerana ia pasti mendatangkan mimpi buruk kepada negara.

13. Perbuatan membuka ruang kepada musuh menyerang negara dengan apa cara sekali pun adalah perbuatan yang sangat tercela. Mana-mana pemimpin politik tidak seharusnya mengorbankan kepentingan negara demi kepentingan peribadi. Sebagaimana dalam sejarah Kesultanan Melaka, watak Si Kitol dan Raja Medeliar jika ada perlu dihukum sebelum negara ini musnah. Penglibatan dalang tertentu yang disiarkan oleh media luar seperti The Enquirer, Manila Post, Reuters yang memetik sumber perisikan Filipina tidak seharusnya diambil mudah. Ianya memerlukan satu siasatan rapi. Satu Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan bagi menyiasat semua dakwaan ini.

14. Jika terbukti dalang ini menjadi pengkhianat kepada negara, maka mereka ini perlu dihukum mengikut undang-undang negara. Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu Kesalahan melancarkan peperangan terhadap Yang DiPertuan Agong yang membawa hukuman mati perlu digunakan sebagai satu amaran keras kepada mana-mana pihak yang berniat mengkhianati negara. Hukuman berat ini dikira wajar kerana bila berlaku peperangan ia akan melibatkan kos yang sangat besar. Itu belum dikira kehilangan nyawa dan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk terlibat.

15. Amerika Syarikat membelanjakan sebanyak USD4 trillion dalam kempen menentang keganasan global selepas berlakunya tragedi 911. Segala pembiayaan ini datang dari hasil cukai rakyat. Ini bermakna rakyat Amerika terpaksa membayar harga yang cukup mahal untuk mengecapi kedamaian dan kehidupan yang tenteram di negara sendiri. Malaysia juga terpaksa berbelanja besar untuk menghadapi perang keganasan ini. Sudah pasti perbelanjaan ketenteraan terpaksa ditambah. Maka perbelanjaan lain perlu dikurangkan untuk tujuan ini. Akhirnya rakyat terpaksa menanggung segala perbelanjaan ini hanya kerana sifat gila kuasa beberapa individu.

16. Keganasan dan peperangan bukanlah jalan terbaik untuk mengecapi kemakmuran. Rakyat Mesir dan Syria yang berbangga dengan Arab Spring tidak lama dahulu masih bergelut untuk menstabilkan negara yang dilanda perang saudara. Syria masih dalam zon perang. Pembunuhan, kezaliman berlaku hampir setiap hari. Ekonomi negara hancur. Rakyat hidup dalam ketakutan. Mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa kerakusan pemimpin yang gila. Soal siapa betul dan siapa salah sudah tidak bererti. Kedua pihak yang berperang beranggapan mereka dipihak yang benar. Dalam situasi ini, yang mendapat keuntungan adalah pihak asing yang menunggu masa untuk mengambil kesempatan.

17. Campurtangan asing dalam peperangan global memang telah terbukti. Dalam kes Afghanistan, setelah Soviet keluar, kumpulan mujahidin terus berperang pula sesama sendiri. Pihak asing terus menghasut dan membekalkan senjata kepada pihak terlibat untuk terus berperang. Di zaman era globalisi sekarang, camputangan asing digerakkan melalui pelbagai NGO hak asasi manusia. Pertubuhan seperti Open Society Institute (OSI), National Endownment For Democracy (NED) bergerak aktif menyalurkan dana untuk melaksanakan misi belakang tabir di negara sasaran.

18. Kejadian kapal perang milik Amerika, USS Guardian yang terdampar di terumbu karang Tubbahata berhampiran Sabah pada 17 januari 2013 juga menimbulkan banyak persoalan. Lebih mengejutkan, USS Guardian ini telah dilupuskan secara tergesa-gesa dan kesemua anak kapalnya dipindahkan ke Jepun. Tindakan memusnahkan kapal perang bukan dalam situasi perang diluar negara merupakan kali pertama dilakukan oleh oleh Amerika Syarikat. Pihak tentera Amerika mendakwa mereka dalam misi rahsia. Kejadian ini berlaku 23 hari sebelum pencerobohan Lahad Datu. Kita tidak boleh menuduh wujud konspirasi tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Namun teori sesetengah pihak tentang perkaitannya dengan pencerobohan di Sabah perlu diberi perhatian serius.

blog+istana sultan sulu

19. Kemampuan Sultan Kiram III menyediakan senjata moden kepada pengganas juga menimbulkan tanda tanya. Pengganas memiliki raifal M16, M14, AK47, Sniper penembak tepat dan pelbagai senjata lain. Seandainya untuk membiayai kos perubatan sendiri pun, Sultan Kiram tidak mampu, bagaimana beliau mampu membeli senjata moden ini untuk menyerang Sabah? Maka siapa sebenarnya yang membiayai senjata-senjata ini? Apakah kehadiran kapal USS Guardian di perairan Sabah mempunyai perkaitannya?

b uss guadian di berhampiran perairan sabah
20. Situasi yang dilalui oleh anggota keselamatan negara ketika ini bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Kerajaan sudah menyatakan komitmen untuk terus mempertahankan Sabah dengan segala kekuatan yang ada. ATM dan PDRM yang sedang bertugas dalam OPS Daulat sedang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menentang pengganas. Sewajarnya pengorbanan mereka ini disanjung tinggi. Tindakan pemimpin tertentu yang mendakwa apa yang berlaku ini sebagai sandiwara adalah tindakan manusia gila dan bodoh. Pemimpin ini tidak layak bergelar warganegara Malaysia. Pasti rakyat Malaysia rela jika pemimpin ini menyatakan hasrat untuk menjadi rakyat dibawah Sultan Kiram di Sulu.

21. Rakyat Malaysia mempunyai keyakinan kukuh bahawa pengganas yang menceroboh ini dapat dihapuskan sedikit masa lagi. Marilah kita semua menadah tangan berdoa agar anggota keselamatan kita berjaya dalam misi mereka mempertahankan kedaulatan negara. Bagi keluarga pejuang negara yang telah gugur, percayalah, gugurnya mereka sebagai seorang pahlawan negara. Mereka gugur kerana mempertahankan tanahair kita – bumi Malaysia yang berdaulat! Moga pengorbanan mereka mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah swt. Amin!

Satim Diman
Ketua Pembangkang Selangor

Posted in Isu Negara | Tagged , , , , | 1 Comment

Nik Aziz – BR1M Ibarat Memberi Makan Ayam dan Lembu. Hj Hadi – BR1M Idea Bodoh Dan Menerimanya Juga Bodoh.

nik+aziz+brim

1. Penghinaan Nik Aziz dengan menganggap usaha kerajaan memberi BR1M sebagai memberi makanan kepada haiwan mengundang kemarahan banyak pihak secara spontan. Reaksi sebegini memang dijangka. Dalam media internet, Nik Aziz dikritik keras sehingga ke tahap ada menggelarkan beliau dengan perkataan yang kurang enak didengar.

2. Itulah risiko yang dihadapi oleh mana-mana pemimpin politik. Apatah lagi bila seseorang pemimpin itu bercakap semberono sesedap rasa. Orang-orang tua selalu berpesan, jika tidak mahu dihina maka jangan sesekali menghina orang lain. Sebaliknya bila kita sanggup menghina orang, maka kita juga perlu sanggup menerima penghinaan. Begitulah lumrah hidup di alam ini.

3. Sebelum ini saya telah membuat ulasan tentang mengapa perlunya BR1M dilaksanakan untuk merangsang ekonomi negara. Sila rujuk di sini. Matlamat lebih besar yang ingin dicapai oleh kerajaan dalam pemberian pelbagai bantuan ini adalah untuk memulihkan ekonomi dan dalam masa sama membantu golongan berpendapatan rendah. Jika tindakan yang dilakukan ini dapat menambah sokongan rakyat kepada kerajaan yang memerintah, sudah pasti ia akan menjadi satu bonus.

4. Seandainya BR1M satu-satunya cara untuk membeli undi sebagaimana didakwa oleh pemimpin Pas, kerja Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak tentunya amat mudah. Berikan sahaja BR1M setiap tahun dan tidak perlulah beliau berbuat apa-apa lagi. Hakikatnya ia bukan sebegitu mudah. Negara perlu diurus dengan bijaksana. Sejak dari merdeka, para pemimpin negara memerah segala kudrat untuk memajukan dan memakmurkan negara. Apa yang kita kecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah. Ianya tidak datang bergolek di depan mata sebagaimana yang difikirkan sesetengah orang termasuk pemimpin Pas.

5. Sebagaimana pandangan ramai orang, saya juag amat tidak bersetuju dengan padangan Nik Aziz. Apa pun alasannya, membuat perumpamaan penerima BR1M sebagai ayam dan lembu agak keterlaluan. Sewaktu pilihanraya kecil Galas, pernah tersebar di alam maya gambar Nik Aziz sedang memberikan wang kepada masyarakat orang asli. Walau pun ada yang menggelarkannya sebagai rasuah untuk pilihanraya. Namun saya cuba berbaik sangka dengan menganggapnya satu bantuan berupa wang tunai dari kerajaan negeri pimpinan Pas. Sewaktu itu, kenapa perumpamaan memberi makanan kepada haiwan tidak timbul? Apakah kerana yang memberi bantuan itu Nik Aziz maka ia dibolehkan?

nik aziz rasuah

6. Jika soal kerajaan memberi bantuan tunai ini dianggap sesuatu yang salah, bagaimana pula dengan program Jom Shopping Selangor? Apakah memberikan baucer shopping RM100 kepada warga emas juga satu kesalahan? BN Selangor tidak pernah menghina penerima baucer dengan menganggap mereka sebagai haiwan. Malah kita menuntut kerajaan negeri memberikan kepada semua yang layak, bukan kepada kumpulan tertentu sahaja. Kita menyokong sebarang usaha untuk kebaikan rakyat selagi rakyat yang patut menerimanya tidak dinafikan haknya sebagaimana berlaku dalam isu air dan lain-lain.

7. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga pernah memberikan bantuan tunai RM100 kepada warga emas. Malangnya ia menjadi isu kontroversi bila wujud dakwaan bahawa duit itu datang dari hasil wang perjudian. Sebagai pemimpin bergelar ulama, kenapa Nik Aziz tidak menggelarkan apa yang dilakukan Guan Eng itu sebagai usaha memberi makanan kepada haiwan? Jawapannya sudah pun kita maklum. Lim Guan Eng adalah pemimpin pakatan, maka apa juga yang dilakukan akan dianggap halal. Ini adalah sifat assobiyah sebenar yang diamalkan oleh ulama Pas.

8. Selepas kritikan Nik Aziz, kini giliran Hj Hadi pula membuat kritikan terhadap perlaksanaan BR1M. Dengan nada sedikit berbeza tetapi tetap seirama, Hj Hadi mendakwa pemberian BR1M adalah satu idea bodoh dan penerimanya juga adalah orang yang bodoh. Hj Hadi menyifatkan dengan pemberian tunai sebegini, ia tidak mengajar rakyat untuk berusaha. Dengan nada yang sinis, beliau menyindir kerajaan seolah-olah memberi ikan tanpa memberi pancing.

9. Apa yang diungkapkan oleh Hj hadi ternyata tidak ada asas tanpa sebarang fakta yang jelas. Sejak dari merdeka, begitu banyak bantuan telah diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat bagi membina kehidupan lebih baik. Sebut sahaja, golongan mana yang tidak mendapat bantuan? Pelajar, peniaga kecil, golongan profesional, rakyat miskin, petani dan nelayan. Semuanya diberi ruang untuk memohon bantuan. Sudah pasti mereka disyaratkan untuk menunjukkan sedikit usaha bagi memperolehinya.

10. Peluang pendidikan yang diberikan seluas-luasnya kepada rakyat negara ini adalah joran pancing paling berguna yang diberikan oleh kerajaan. Hasilnya ramai graduan, golongan profesional dan ahli akademik berjaya dilahirkan. Mereka ini mempunyai pendapatan yang stabil. Sebahagiannya pula mempunyai kerjaya yang hebat. Jika Hj Hadi membuat beranggapan bahawa kerajaan tidak memberi pancing sebagaimana didakwa, beliau cuba menafikan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan atas kepentingan politik parti semata-mata.

11. Sebagai satu perbandingan, kita perlu bertanya apa pula sumbangan kerajaan Pas sepanjang 5 tahun memerintahh Kedah dan 23 tahun di Kelantan? Kerajaan pimpinan Nik Aziz perlu menunjukkan bukti berapa buah institusi pendidikan yang mereka wujudkan di Kelantan? Di Kedah, kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN) belum ada tanda penyelesaian. Kakitangan sudah mula merungut tentang soal pembayaran gaji. Pelajar pula dibebankan dengan kenaikan yuran berganda. Ini berlaku disebabkan kegagalan pemimpin Pas dalam mengurus negeri. Universiti Industri Selangor (Unisel) juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kegagalan pimpinan Pakatan mengurus negeri.

12. Jika hendak menguruskan institusi pendidikan yang sedia ada pun, pemimpin ini tidak mampu, apatah lagi untuk mengharapkan mereka membina deretan institusi pendidikan. Ibaratnya, bukan setakat hendak memberi joran untuk memancing, joran yang ada pun dinaikkan sewanya, bagaimana rakyat hendak memancing! Peliknya, dalam keadaan ini pemimpin Pas masih tidak malu untuk mengkritik orang lain kononnya apa yang dilakukan itu semua salah.

13. Sebagai satu lagi kajian kes, cuba kita bandingkan pula Tanah Rancangan Felda dan Projek Ladang Rakyat oleh kepimpinan Pas Kelantan. Dalam projek Felda, peneroka yang asalnya penduduk miskin diberikan tanah dan pelbagai bantuan untuk mengusahakan ladang. Tapak rumah berdekatan ladang diberi agar mereka dapat membina rumah hasil hasil titik peluh mereka sendiri secara gotong royong. Bila tanaman mereka mengeluarkan hasil, kerajaan melalui Felda membantu memasarkannya. Mereka mendapat pulangan dari hasil yang diusahakan dan sebahagian kecil dari hasil tersebut dipulangkan semula kepada Felda untuk pembangunan masa depan mereka. Hari ini masyarakat Felda bukan lagi tergolong dari masyarakat miskin sebagaimana puluhan tahun lalu. Mereka mendapat pulangan hasil dari pengorbanan yang telah dicurahkan.

14. Dalam projek Ladang Rakyat pula, kerajaan negeri memberi tanah konsesi kepada syarikat swasta milik warga asing. Atas nama Ladang rakyat, balak-balak ditebang untuk mendapat keuntungan secara mudah. Peserta ladang rakyat tidak dilibatkan sama dalam projek yang diusahakan. Peserta pula diberi saham ladang rakyat (kebanyakan pemimpin bawahan pas) dan hanya menerima wang tunai beberapa ratus ringgit setiap bulan tanpa pernah melihat ladang yang diusahakan. Tiada jaminan bahawa peserta akan terus kekal menjadi peserta sekiranya mereka tidak lagi aktif dalam aktiviti parti. Samada benar ladang itu wujud atau sekadar atas angin, hanya pemimpin Pas sahaja yang boleh mengesahkannya.

15. Maka jika dibandingkan dengan akal yang waras, kita boleh menilai siapa yang memberi pancing dan siapa yang memberi ikan sebagaimana didakwa oleh Hj Hadi. Sebelum Hj Hadi mengkritik BR1M yang dilaksanakan oleh kerajaan BN, seeloknya beliau mengkritik dahulu kerajaan pimpinan Nik Aziz yang jelas tidak berlaku adil kepada rakyatnya.

16. Hj Hadi menyimpulkan bahawa idea BR1M adalah satu idea yang bodoh. Pengikut tegar Pas akan percaya apa yang dikatakan oleh presiden Pas itu. Tetapi bukan semua rakyat Malaysia begitu bodoh untuk menelan bulat-bulat apa yang dikatakan. Bank Negara dalam laporan tahunannya melaporkan pertumbuhan ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.4% pada suku ke empat 2012. Peningkatan ini banyak disumbangkan oleh permintaan domestik pengguna kesan langsung dari pemberian pelbagai bantuan kerajaan termasuk BR1M.

siaran+bank+negara

17. Angka pertumbuhan ini menunjukkan usaha kerajaan memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah telah memberi impak positif untuk menaikkan ekonomi negara. Bagi keseluruhan tahun 2012, ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6%. Angka yang dicatatkan oleh negara adalah antara yang tertinggi di rantau ini. Kerajaan telah menetapkan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 5.4% untuk lapan tahun akan datang bagi mencapai wawasan 2020.

economic+growth+2012

18. Pakar ekonomi meramalkan kita telah pun berada dilandasan yang betul untuk mencatat pertumbuhan lebih baik pada masa akan datang. Dengan perlaksanaan BR1M 2.0 kita yakin ia mampu melonjakkan ekonomi negara pada suku pertama 2013. Ditambah dengan jangkaan ekonomi global yang sedang menunjukkan pemulihan, pastinya ekonomi akan terus berkembang.

19. Perkembangan ekonomi yang baik akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat negara ini. Peluang pekerjaan akan bertambah dan hasil negara juga bertambah. Dengan ini lebih banyak wang dapat pulangkan semula kepada rakyat melalui aktiviti pembangunan dan kebajikan rakyat. Maka dimana bodohnya apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pusat hari ni sepertimana didakwa oleh presiden Pas? Pada pandangan pemimpin Pas, apa yang dilakukan oleh orang lain semuanya salah. Hakikatnya bila diberi peluang memerintah, mereka langsung tidak boleh diharap. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan bukan pada ahlinya, tunggulah saat kehancuran”. Semoga hadis ini menjadi iktibar kepada kita semua dalam menentukan kepimpinan negara dalam pilihanraya umum akan datang.

Satim Diman
Ketua Pembangkang Selangor

Posted in Isu Semasa, Pas | Tagged , , , , , , | Leave a comment

BR1M : Agenda Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Sebuah Janji Ditepati

BR1M-2.0

1. Kerajaan Pusat telah pun mengagihkan BR1M 2.0 kepada individu yang layak sejak awal Februari lepas. Proses pengagihan masih berjalan untuk beberapa minggu akan datang bagi kawasan penerima yang ramai. Di kawasan Seri Serdang, seramai 28,000 penerima berjaya akan menerima bantuan secara berperingkat.

2. Sejak BR1M 1.0 diperkenalkan pada tahun lalu, ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan pemberian tunai ini. Ada yang berkata ianya bersifat rasuah menjelang pilihanraya. Tidak kurang pula yang menuduh kerajaan akan bangkrap kerana membelanjakan wang tanpa berhemah serta dakwaan kerajaan terpaksa menambah hutang kerana BR1M. Di saat pelbagai tuduhan tersebut dibuat, mereka pula berjanji bermacam perkara dalam kitab dongeng jingga. Orang ini berkata, kerajaan mampu melaksanakannya dan kerajaan tidak akan bangkrap seandainya semua itu dilaksanakan. Tanpa mereka sedar, mereka telah berbohong kepada rakyat.

3. Prinsip ekonomi yang asas menyatakan perbelanjaan kerajaan adalah berkadar terus dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Bila sesebuah kerajaan berbelanja, maka ekonomi negara akan semakin berkembang. Sebaliknya bila kerajaan kurang berbelanja, ekonomi akan menguncup. Pada tahun 1930, Amerika dan Eropah mengalami krisis ekonomi yang teruk. Presiden Hoover telah memberikan dana yang besar kepada bank dan syarikat perniagaan pada tahun 1932 sebagai langkah merangsang ekonomi. Ia diteruskan oleh Presiden Franklin D. Roosevelt pada tahun 1933. Namun ia gagal memulihkan ekonomi. Bila tercetusnya perang dunia ke 2 pada 1939, ekonomi Amerika mula berkembang. Perbelanjaan besar kerajaan dalam bidang persenjataan telah memberi rangsangan ekonomi yang sangat besar impaknya.

4. Negara barat cukup faham bagaimana kesan perang kepada ekonomi. Disebabkan itu, ada penganalisis politik beranggapan bahawa banyak peperangan dunia moden hari ini dicipta atas prinsip serampang dua mata – atas kepentingan politik dan rangsangan ekonomi melalui industri persenjataan. Dalam ketidaktentuan ekonomi global sekarang, kerajaan kita perlu merangsang ekonomi agar terus berkembang. Malaysia bukan sebuah negara yang cenderung untuk menggunakan peperangan sebagai satu mekanisme untuk memulihkan ekonomi. Sebaliknya, kerajaan cuba menggunakan mekanisme dalaman untuk merangsang ekonomi. Semua ini terbukti berjaya. Disaat negara lain masih bergelut mencari kaedah mengatasi krisis, ekonomi kita sudah pun berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran ekonomi berpendapatan tinggi.

5. BR1M adalah satu mekanisme yang digunapakai. Ianya sebahagian dari agenda transformasi ekonomi negara. Melalui mekanisme ini, setiap ringgit yang dibelanjakan kerajaan melalui BR1M akan memberikan kesan berganda melalui rantaian ekonomi. RM500 yang diberikan kepada rakyat berpendapatan rendah, akan dibelanjakan untuk keperluan asas yang diperlukan. Jika dibelanjakan untuk keperluan makanan, maka ianya akan memangkin pertumbuhan industri makanan dan rantaiannya. Begitu juga, jika dibelanjakan untuk keperluan pengangkutan, pakaian, kediaman dan sebagainya. Semua ini akan merangsang ekonomi negara. Negara China mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Bila rakyat mereka berbelanja, ianya sudah cukup untuk memberikan kesan yang kuat kepada ekonomi negara tersebut. Ini menyebabkan ekonomi China begitu kukuh hingga kurang terkesan dengan krisis ekonomi dunia.

6. Kerajaan dijangka akan membelanjakan sebanyak RM4.4 billion untuk BR1M 1.0 dan BR1M 2.0. Dengan andaian, hampir keseluruhan wang ini akan dibelanjakan melalui pelbagai industri berdasarkan keperluan rakyat, kesan rangsangan ini dapat dicapai dalam masa yang singkat. Dengan cara ini, rakyat mempunyai wang untuk berbelanja bagi memenuhi keperluan mendesak. Kesannya, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan meningkat. Peningkatan keuntungan pihak industri akan memberikan kesan kepada peningkatan cukai kepada kerajaan dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan baru kepada rakyat serta meningkatkan pendapatan rakyat. Implikasi dari tindakan ini, ekonomi akan terus berkembang.

7. Kerajaan mensasarkan dengan perlaksanaan BR1M ini, ekonomi akan dapat dikembangkan sebanyak 7%. Jika diteliti, strategi pemberian ini dilaksanakan berkonsepkan serampang dua mata – mengurangkan bebanan rakyat dan dalam masa yang sama bertujuan memberikan suntikan kepada ekonomi negara supaya terus berkembang.

8. Bagi menjayakan matlamat ini, kerajaan telah melaksanakannya secara bersepadu melalui pelbagai insentif seperti Bantuan Baucer Buku 1Malaysia, Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia, Bantuan Lesen 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan Bantuan Tayar 1Malaysia untuk pemandu teksi. Strategi sebegini pernah dilaksanakan kerajaan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara sewaktu krisis 1997/98 dengan kaedah yang hampir sama. Lebih awal dari itu, Perdana Menteri ke 2, Tun Abd Razak pernah melaksanakan Rancangan Tanah Felda untuk membasmi kemiskinan dan menjana pertumbuhan ekonomi melalui industri pertanian. Semua ini hanya akan dilaksanakan oleh pemimpin yang bijaksana dan berwawasan jauh.

9. Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib telah membayangkan bahawa BR1M akan diteruskan dan sekiranya ekonomi terus berkembang, berkemungkinan wang BR1M akan ditambah. Sewaktu BR1M 1.0 diberikan, pakatan pembangkang mendakwa ianya diberikan sebagai rasuah pilihanraya. Dakwaan tersebut ternyata meleset, 2012 bukanlah tahun pilihanraya. Bila BR1M 2.0 diberikan, sekali lagi mereka mendakwa ia diberikan disebabkan pilihanraya. Seandainya BN terus diberikan mandat dan kerajaan memberikan BR1M 3.0 pada tahun berikutnya, apakah ianya juga akan dianggap sebagai rasuah pilihanraya? Apakah pelbagai janji bulan dan bintang yang dibuat oleh pakatan pembangkang bukan rasuah pilihanraya?

10. Seandainya asas itu digunapakai, sepatutnya pemimpin pakatan juga perlu mendakwa bahawa penurunan harga minyak ke RM1.90 sebagaimana sekarang juga adalah rasuah pilihanraya. Malah banyak lagi tindakan kerajaan yang boleh dianggap sebagai rasuah pilihanraya. Antaranya memansuhkan yuran persekolahan, menurunkan tol disesetengah lebuhraya, memberikan subsidi untuk perkhidmatan kesihatan dan bermacam lagi tindakan kerajaan termasuklah membina sekolah, hospital, rumah ibadat dan sebagainya.

11. Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mana-mana kerajaan akan cuba melakukan tindakan yang dianggap popular. Apa juga tindakan popular akan mendorong rakyat untuk mengundi mereka dalam pilihanraya. Bila pakatan pembangkang di Selangor menjanjikan penurunan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20% dan 10% untuk premis perniagaan, ianya satu tindakan popular. Ini mendorong rakyat Selangor memberikan mandat kepada pakatan pembangkang untuk memerintah negeri. Sebaliknya, bila kerajaan negeri gagal menunaikan apa yang dijanjikan, maka ianya adalah satu tindakan tidak popular.

12. Mana-mana kerajaan yang melakukan tindakan tidak popular harus berdepan dengan risiko kehilangan mandat dalam pilihanraya. Rakyat diberi hak untuk memilih mana-mana parti sebagai pemerintah. Maka jika rakyat telah membuat keputusan yang tidak memihak kepada parti tertentu, usahlah kita menyalahkan sistem pemilihan yang tidak adil. Dalam soal janji cukai pintu, bukan sahaja ianya tidak diturunkan, malah disesetengah kawasan berlaku kenaikan yang cukup mendadak. Sudang barang tentu, kerajaan negeri sudah menjangka tahap kebolehpercayaan rakyat kepada kerajaan negeri Selangor sekarang ini. Disebabkan pemimpin pakatan cuba mempolitikkan apa sahaja isu bertujuan melencongkan pemikiran rakyat dari soal kegagalan mereka menunaikan janji.

13. Sebagai sebuah kerajaan yang diamanahkan untuk mentadbir negara, kerajaan memerlukan wang. Wang ini datang dari hasil kutipan cukai individu dan korporat melalui pelbagai industri disamping hasil dari pelaburan langsung kerajaan melalui GLC. Wang ini akan dibelanjakan semula untuk pembangunan negara dan kemudahan rakyat. Jika wang yang kutip tidak dibelanjakan, ia tidak memberi sebarang makna kepada ekonomi. Dalam contoh klasik, kita melihat bagaimana orang-orang tua di kampung dulu menyimpan wang dirumah dibawah bantal. Dari sudut ekonomi, wang itu ditakrifkan tidak mempunyai nilai ekonomi. Sampai satu ketika, wang tersebut mengalami penyusutan nilai disebaban faktor inflasi dan sebagainya.

14. Begitu juga kerajaan yang hanya menabung dan tidak membelanjakan wang yang dikumpul untuk pembangunan negara. Walaupun mereka boleh berbangga mempunyai wang banyak, tetapi rakyat akan menderita disebabkan tiada pelbagai kemudahan rakyat disediakan. Rakyat akan berhadapan dengan situasi jalanraya yang teruk dan tidak diselenggara dengan baik. Kemudahan riadah tidak dapat dinikmati sepenuhnya akibat kemudahan taman sudah rosak. Semua ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti hidup rakyat. Jika dibiarkan, ia turut memberikan kesan kepada pelabur. Bila pelabur sudah tidak lagi berminat untuk melabur, maka rakyat akan kehilangan mata pencarian. Kadar pengangguran akan meningkat seterusnya menyumbang kepada peningkatan masalah sosial dan jenayah.

15. Disebabkan itu, sebagai kerajaan yang bertanggunjawab, mereka perlu bijak menguruskan negara mahupun negeri dengan membelanjakan wang ke jalan yang betul melalui pelbagai program pembangunan dan kemudahan rakyat. Sebuah organisasi perniagaan boleh berkembang bila ada suntikan modal. Mereka akan meminjam dari institusi kewangan. Dengan tambahan modal, ia akan dibelanjakan untuk memperolehi teknologi baru untuk meningkatkan produktiviti. Dengan cara itu, pendapatan akan meningkat dan keupayaan pembayaran balik pinjaman juga meningkat.

16. Semakin besar sesuatu perniagaan itu, maka makin besar modal yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan. Jika perniagaan bertaraf IKS memerlukan pinjaman dalam lingkungan puluhan ribu hingga ratusan ribu, mungkin industri besar memerlukan dana sehingga ratusan juta. Soal kuantiti pinjaman tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya kayu ukur untuk menilai kedudukan ekonomi sesebuah organisasi perniagaan. Ada perniagaan yang hanya meminjam RM10 ribu tetapi tiada keupayaan membayar balik pinjaman. Manakala ada pula organisasi yang meminjam RM100 juta tetapi tetap mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman yang dibuat.

17. Pada tahun 2010, nisbah hutang berbanding KDNK negara Jepun adalah sebanyak 200%. Singapura pula mempunyai nisabah hutang sebanyak 96.29%. Walau pun begitu, negara ini tetap mempunyai ekonomi yang kukuh. Berbeza pula dengan Greece yang mempunyai nisbah hutang yang tidak setinggi Jepun iaitu 142.76%, tetapi ekonomi negaranya muflis. Berdasarkan fakta ini, negara tidaklah berada dalam keadaan sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin pakatan pembangkang. Dengan pelbagai program untuk memangkin ekonomi negara yang dilakukan secara berhemah, negara tetap berada dilandasan yang kukuh untuk mencapai negara maju menjelang 2020.

18. Pemimpin pakatan rakyat sentiasa mencari peluang untuk memburuk-burukkan kerajaan. Apa juga juga usaha kerajaan akan ditentang dan dimomokkan dengan pelbagai fitnah dan tohmah demi meraih sokongan politik. Pepatah melayu ada berkata, benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau. Begitu juga segala usaha baik yang sedang digerakkan oleh YAB Perdana Menteri. Marilah kita semua berdoa agar segala usaha memakmur negara, mensejahterakan rakyat dan melaksanakan sebuah janji ditepati ini akan memberikan kesan positif kepada seluruh warga Malaysia!

Satim Diman
Ketua Pembangkang Selangor

[PENGUMUMAN]
Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Tahun Baru Cina yang akan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia akan diadakan:
Tarikh: 16hb February 2013 (Sabtu)    Masa: 8.00 malam
 Tempat: Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor
Semua dijemput hadir untuk bersama Perdana Menteri meraikan majlis sambutan.

Posted in PKR, UMNO | Tagged , , | 1 Comment

Banjir Di Selangor

1. Sejak kebelakangan ini, rakyat Selangor menghadapi dua fenomena yang agak pelik – kejadian banjir kilat dan disesetengah tempat mengalami putus bekalan air bersih. Pada logik akal, ianya tidak sepatutnya berlaku. Tapi dalam dunia hari ini, segalanya mungkin.

2. Kejadian banjir kilat berlaku dibanyak kawasan antaranya Klang, Sepang, Kajang, Seri Serdang, Seri Kembangan dan Hulu Langat. Setiap kali hujan lebat, penduduk dikawasan ini sukar untuk melelapkan mata. Mereka perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan kawasan kediaman dilanda banjir.

banjir

3. Di Seri Serdang, guru sekolah terpaksa menghentikan sesi persekolahan lebih awal pada sesi petang, bila hujan turun dengan agak lebat. Mereka bimbang dan trauma dengan kejadian pelajar dan guru yang terperangkap dalam sekolah akibat banjir. Beberapa kereta guru pernah ditenggelami air banjir.

4. Penduduk sekitar pula terpaksa menghadapi kerugian harta benda yang bukan sedikit bila air banjir dan lumpur memenuhi rumah. Kereta yang ditenggelami air, terpaksa dibaiki sendiri kerana tidak ditanggung oleh pihak insuran.

5. Sudah pasti bila berlaku kejadian banjir sebegini, pelbagai pihak cuba memberikan bantuan seadanya. Di pihak kerajaan pusat, bantuan disalurkan kepada penduduk melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) biarpun mengambil masa. Begitu juga, kerajaan negeri yang turut menghulurkan bantuan.

6. Persoalannya, sampai bila situasi ini perlu dihadapi oleh penduduk? Apakah kita hanya berpuas hati dengan bantuan ratusan ringgit yang disalurkan itu? Jika ditafsirkan kerugian sebenar yang ditanggung, ianya jauh lebih besar. Kita tidak boleh menyalahkan penduduk bila mereka merasa marah dan kecewa.

7. Bantuan kilat berupa wang ringgit bukan semata-mata yang ditagih. Mereka lebih memerlukan satu penyelesaian jangka panjang. Mereka inginkan ketenangan jiwa tanpa dihantui oleh masalah banjir berterusan.

8. Selepas beberapa kali rakyat mengadu mengenai masalah banjir ini, kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan bajet berjumlah RM5.3 juta untuk mengatasi masalah banjir di Klang dan RM 8.7 juta bagi mengatasi masalah banjir di Seri Serdang. Kita amat berharap, ianya bukan sekadar janji pilihanraya semata-mata sebagaimana yang pernah berlaku.

9. Di beberapa kawasan khususnya di Seri Serdang, Pakatan Rakyat telah menaikkan banner ucapan terima kasih kepada Menteri Besar dan dalam masa yang sama cuba menyalahkan kerajaan pusat kerana tidak menyelesaikan masalah banjir penduduk. Satu tindakan untuk meraih sokongan politik disamping mengalih kemarahan penduduk kepada pihak lain. Ironinya, setelah hampir tamat penggal pemerintahan, kerajaan negeri masih cuba menyalahkan kerajaan pusat atas masalah yang dihadapi. Sungguh memalukan!

banner+banjir

10. Jika benar kerajaan pusat yang bertanggungjawab atas segala masalah banjir ini, apa pula fungsi pemimpin kerajaan negeri yang ada? Jika soal peruntukan, bukankah kerajaan negeri berbangga kerana mempunyai rizab tunai mencecah RM2.5 billion? Apa gunanya kerajaan mempunyai wang yang banyak jika rakyat dibiarkan menderita? Sewaktu kejadian banjir di Hulu Langat 7 Mac 2012, SELCAT hanya merumuskan bahawa kejadian banjir berlaku disebabkan taburan hujan yang luar biasa melebihi 60mm.

11. Memang benar, faktor hujan luar biasa bukan dalam kawalan manusia. Allah swt memberikan kita anugerah akal supaya berfikir, mengkaji dan membuat perancangan bagi mendepani masalah. Di Kuala Lumpur, kerajaan telah membelanjakan RM 1.8 billion bagi melaksanakan terowong dwi fungsi SMART untuk mengalirkan limpahan air dari Kuala Lumpur. Walaupun banjir masih berlaku, namun ia berjaya dikurangkan dengan kesan yang minimum.

12. Kotaraya Jakarta juga dilanda banjir. Namun kesannya sungguh memeritkan. Pemerintah dan rakyatnya saling menyalahkan antara satu sama lain. Semua ini akibat kegagalan pemimpin membuat perancangan yang rapi. Jepun sering dilanda gempa bumi. Disebabkan itu, rumah dan bangunan baru yang dibina ditetapkan agar mengikut spesifikasi untuk kalis gempa. Kejadian gempa memang akan terus berlaku, tetapi kesannya dapat diminimumkan dengan perancangan berdasarkan ilmu pengetahuan dipelajari.

13. Di Selangor, kejadian banjir bukan tidak pernah berlaku. Maka atas sebab itu pada 2007, pentadbiran kerajaan Selangor yang lalu mengumumkan projek bersepadu Canal City yang merangkumi projek tebatan banjir melalui terusan 18km yang akan menghubungkan Sungai Langat dan Sungai Kelang. Dengan adanya terusan ini, maka risiko limpahan air dari kedua-dua sungai dapat diminimumkan. Limpahan air hujan dapat dialirkan ke kedua-dua sungai secara serentak. Dalam masa yang sama sebuah bandar baru berkonsepkan ‘Water Front” dapat dibangunkan untuk tarikan pelancongan sebagaimana yang ada di Eropah.

projek canal city

14. Namun pada 7hb feb 2011, Menteri Besar Selangor, YAB TS Khalid Ibrahim telah membatalkan projek ini, kononnya ia tidak memberi manfaat kepada rakyat. Soalnya, benarkah ia tidak memberikan manfaat atau tidak menguntungkan kerajaan negeri? Berdasarkan kenyataan Datuk Soam Heng (Pengarah Urusan IJM Land) pada November 2011, projek ini akan diteruskan melalui penjenamaan semula tetapi tanpa komponen terusan tebatan banjir.

15. Tanpa projek tebatan banjir, kerajaan negeri dan pemaju tidak perlu membelanjakan duit yang banyak. Maka keuntungan kepada kerajaan negeri juga akan bertambah. Sebaliknya rakyat Selangor terpaksa berhadapan dengan banjir kilat yang berterusan sebagaimana yang dialami sekarang. Soalnya, apakah kita sanggup melihat rakyat menderita akibat banjir hanya semata-mata ingin melihat kantung kerajaan negeri bertambah?

16. Bila berlakunya banjir kerajaan terpaksa juga mengeluarkan peruntukan untuk menyelesaikannya. Namun begitu, RM8.7 juta yang diumumkan untuk mengatasi masalah banjir di Seri Serdang, jika dikaji secara teliti hanya bersifat sementara dan tidak mampu menyelesaikan masalah banjir secara menyeluruh.

IMG-20130119-WA006

17. Jika dirujuk kepada kerja-kerja yang diluluskan, RM240,000 akan dibelanjakan untuk kerja menaiktaraf sistem perparitan/saliran, RM100,000 akan dibelanjakan untuk kerja pembersihan dan sebahagiannya untuk meyelenggara kolam takungan. Ini mengesahkan dakwaan sesetengah pihak bahawa salah satu punca banjir adalah disebabkan sistem penyelenggaraan sampah yang lemah disamping penyelenggaraan kolam takungan tidak dilakukan. Bukankah ini dalam bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

18. Bukankah apa yang bakal dilaksanakan itu hanyalah sebahagian kerja-kerja rutin PBT yang sepatutnya dilaksanakan secara berterusan? Seandainya penyelenggaraan dilakukan dengan betul, ia mungkin dapat menyelesaikan satu punca terjadinya banjir. Itu belum diambilkira punca banjir yang disebabkan oleh perlombongan pasir yang tidak terkawal sebagaimana yang berlaku di Sepang. Pembangunan yang tidak terkawal juga menjadi salah satu punca. Semua ini memerlukan penyelesaian yang bersepadu bukannya sekadar melepaskan batuk ditangga.

19. Seandainya kerajaan negeri ikhlas ingin menyelesaikan masalah rakyat, seharusnya perlaksanaan projek yang diwar-warkan itu perlu disegerakan. Bukannya menunggu selepas pilihanraya. Dan apa perlunya kerajaan negeri mengumpulkan tandatangan penduduk untuk mendesak kerajaan pusat menyelesaikan masalah pula? Sepatutnya, Ahli parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo perlu mendesak YAB Menteri Besar Selangor agar meneruskan projek tebatan banjir untuk jangka panjang, bukannya kerajaan pusat.

20. Sudah pasti pentadbiran kerajaan Selangor yang lalu merancang projek tebatan banjir berdasarkan asas tertentu. Banjir sebagaimana yang berlaku di Shah Alam pada 2006 memberikan pengajaran kepada mereka. Apakah kerajaan negeri hari ini masih cuba untuk mengulangi kesilapan yang sama? Soal perlaksanaannya mungkin boleh berbeza. Jika kerajaan sekarang merasakan ia tidak menguntungkan kerajaan negeri, maka ia boleh dilakukan dengan pendekatan yang lain. Tetapi soal menyelesaikan masalah banjir secara jangka panjang ini seharusnya diteruskan.

21. Maka bila YAB Menteri Besar membuat keputusan membatalkannya terus tanpa justifikasi yang kukuh, maka beliau seharusnya bertanggungjawab ke atas masalah banjir yang dihadapi oleh rakyat Selangor hari ini. Usahlah menunding jari kepada orang lain, bila masalah datang melanda. Sedangkan yang menjadi puncanya adalah sikap kita yang angkuh dan sombong!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

Posted in Isu Semasa, PKR | 2 Comments

Polemik Pengunaan Kalimah Allah Oleh Pas, PKR dan Dap

1. Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian telah menjadi satu isu yang memeningkan kepala pengikut Pas. Di satu masa, pimpinan tertinggi mereka bertegas untuk bersama-sama dengan pemimpin PKR dan Dap membenarkan penggunaannya. Namun atas desakan ahli akar umbi, maka dalam keadaan terpaksa kebenaran tersebut ditarik balik melalui Majlis Syura Pas.

2. Pusingan U yang dibuat oleh pimpinan Pas ini ternyata tidak mengembirakan pimpinan PKR dan DAP. Disebabkan itu maka Azmin Ali dan Karpal Singh terus mendesak Pas agar berpegang dengan keputusan yang dibuat oleh Hj Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Januari. Ini adalah satu cabaran terbuka kepada kredibiliti Dewan Syura Pas. Tanpa berselindung lagi, pimpinan PKR dan Dap mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Dewan Syura Pas.

3. Sejak isu penggunaan kalimah Allah ini ditimbulkan oleh Lim Guan Eng, umat Islam berpolemik sesama sendiri dengan pelbagai hujah dan dalil dikemukakan. Dari satu sudut, usaha Lim Guan Eng untuk melakukan ‘diversion issue’ terhadap pelbagai masalah dalaman yang dihadapi Dap dan Pakatan telah berjaya dilakukan.

4. Namun pada sudut lain, isu ini telah mengguris hati umat Islam melangkaui pegangan parti politik. Usaha Pas cuba menggunakan isu ini untuk meraih sokongan politik penganut kristian, telah memakan diri. Kemarahan umat Islam ini diluar jangkaan pimpinan Pas sendiri. Biarpun masih dalam lingkungan kawalan, ia seumpana api dalam sekam, semakin lama bahangnya semakin terasa. Atas sebab itu, pimpinan Pas terpaksa melakukan U Turn dan seterusnya meletakkan segala kesalahan kepada UMNO dan media arus perdana yang kononnya memainkan isu ini.

5. Sebelum ini, golongan ‘evangelis’ yang menguasai Dap begitu bergembira dengan persetujuan Pas membenarkan penggunaan kalimah Allah. Mereka mungkin terlupa bahawa Islam itu bukan milik Pas. Kalimah Allah itu juga bukan milik Presiden Pas! Apatah lagi milik Anwar Ibrahim yang begitu mengharapkan sokongan penganut kristian untuk menguasai Putrajaya.

6. DS Anwar cukup faham implikasi isu ini terhadap umat Islam, namun kepentingan politiknya jauh mengatasi segala-galanya. Jika sebelum ini, beliau sanggup menggadaikan negara serta memburukkan negara sendiri, kini beliau sudah sampai ke tahap sanggup menggadaikan kepentingan Islam demi meraih cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Malangnya atas dasar politik, Pas turut sama bersekongkol walaupun mendapat tentangan segelintir ahlinya sendiri.

7. Dengan jangkaan pilihanraya semakin hampir, Pakatan Rakyat dilihat semakin terdesak untuk mengejar masa. Perhimpunan yang cuba digerakkan oleh pakatan untuk mendapatkan momentum sokongan rakyat, 12 Januari ternyata gagal. Sasaran untuk mengumpulkan 1 juta terlalu jauh untuk digapai. Provokasi yang digerakkan oleh pakar rusuhan jalanan, Isham Rais untuk menunjukkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional telah digagalkan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

8. Majoriti rakyat Malaysia sedar bahawa keamanan negara lebih bernilai dari retorik kosong seorang manusia yang hanya mementingkan soal kedudukan politiknya dengan menjanjikan bulan dan bintang tetapi tidak ditunaikan. Rakyat lebih mementingkan keamanan dan kemakmuran. Rakyat memerlukan keselesaan hidup, bukannya sebuah negara yang huru-hara dan kacau-bilau.

9. Polemik penggunaan kalimah Allah ini pasti akan berterusan biarpun Dewan Syura Pas telah menarik brek kecemasan dan menyebabkan ramai ahli Pas yang terpelanting. Anwar memerlukan isu ini untuk meraih sokongan rakyat. Sabah yang selama ini menjadi kubu kuat Barisan Nasional tetap menjadi perhatian DS Anwar untuk ditawan walau dengan apa cara sekali pun. Golongan evangelis yang menguasai Dap perlu digembirakan bagi memastikan sokongan Dap kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri berterusan.

10. Manakala Pas pula dalam keadaan tersepit ibarat pepatah “Di telan mati Emak, Di luah mati Bapa!”. Kredibiliti Pas sebagai sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam kini terburai. Mungkin ramai yang tidak pernah terbayang, bagaimana Pas yang siang malam berceramah ingin menegakkan negara Islam, akhirnya terpaksa menahan malu kerana gagal mempertahankan perkara yang paling asas dalam soal akidah umat Islam!

11. Maka sabda Rasullulah SAW berikut wajar menjadi renungan kita semua:

“Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.” – Riwayat Baihaqi

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Jenaka Anjing dan Kucing serta Jenaka Pemilihan CEC Dap

Kisah Anjing dan Kucing

1. Kali ini saya ingin bercerita tentang kisah jenaka yang telah diceritakan oleh seorang rakan beberapa hari lepas tentang anjing dan kucing. Kisah ini bermula bilamana kedua-dua haiwan peliharaan yang terkenal dengan sifatnya suka bergaduh ini cuba dipelihara dalam satu rumah oleh tuannya.

anjing+kucing

2. Si anjing terkenal dengan sifat garang dan payah untuk mengalah. Manakala si kucing pula dipaksa mengalah demi memastikan mereka dapat hidup dengan aman. Si tuan seringkali cuba meredakan kemarahan si kucing dengan memberi harapan palsu bahawa si kucing jauh lebih hebat dari si anjing. Si kucing diyakinkan bahawa satu hari nanti, si kucing akan berkuasa dan diwaktu itu, si anjing akhirnya terpaksa mengikut apa juga kehendaknya.

3. Sebaliknya, si anjing pula merasa bahawa amat penting untuknya mencari pengaruh sendiri tanpa tidak terlalu bergantung kepada si kucing. Maka si anjing cuba membuat dakwaan bahawa dia boleh menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak kucing. Saban hari, itulah yang diucapkan kepada anak-anak kucing.

4. Pada suatu hari, si tuan membuat keputusan untuk membesarkan tempat mereka tinggal dengan menambah ruang baru yang lebih selesa. Maka bermesyuaratlah sekelian anjing dan kucing bagi menentukan siapa yang berhak untuk mendapat ruang baru yang disediakan. Akhirnya, mereka memilih untuk mengundi. Malangnya keputusan yang dibuat hanya memihak kepada anjing dan anak-anaknya. Tiada seekor pun anak-anak kucing diberikan tempat yang baru.

5. Ini membuatkan si anjing susah hati. Anak-anak kucing sudah mula mempersoalkan keupayaan si anjing menjaga kebajikan mereka. Keadaan ini mungkin membantutkan usaha si anjing untuk berkuasa. Maka untuk meredakan kemarahan anak kucing itu, maka si anjing membuat semakan semula. Hasilnya satu tempat diberikan kepada anak kucing dengan alasan proses pengundian yang dibuat sebelum ini ada kesilapan teknikal! Bila disoal lagi, bagaimana ianya boleh berlaku? Dengan selamba si anjing menjawab, “Ianya disebabkan kegagalan teknologi copy and paste!”

Jenaka Pemilihan CEC DAP

1. Dap sering mendakwa bahawa mereka adalah parti berbilang kaum. Walaupun dalam sejarah perjalanan politik, mereka hanya mampu mewakili suara satu kaum sahaja.

2. Apa yang didakwa itu sebenarnya jauh berbeza dari realitinya. Ianya boleh dilihat dalam pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat, CEC yang lalu.

3. Banyak pihak mempersoalkan bagamana kesilapan sebegitu boleh berlaku? Ini bukan kali pertama pemilihan dalam DAP dilakukan. Maka atas dasar itu maka ramai yang mempersoalkan betulkah ianya satu kesilapan? Siapa juga yang berfikiran waras mampu memahaminya. Sudah pasti ia dilakukan semata-mata untuk meraih semula sokongan orang melayu.

4. Dalam isu ini, pemimpin Dap dilihat cuba memperbesarkan isu ‘kesilapan’ yang tidak masuk akal dan perletakan jawatan pengarah jawatankuasa pemilihan DAP bagi menggambarkan ketelusan mereka. Benarkah begitu? Jika kita kaji, jawatan yang disandang oleh Pooi Weng Keong itu hanya bersifat sementara. Jawatan ini dilantik oleh Dap hanya untuk proses pemilihan tersebut.

5. Dengan itu, bila pemilihan CEC tamat, maka fungsinya sudah tidak ada lagi sehingga pemilihan akan datang. Ini bermaksud, bila pemilihan tamat maka jawatan itu sudah tiada lagi. Dengan itu samada dia meletak jawatan atau jawatan tamat dengan sendirinya, ia bukan satu isu pokok. Maka, apakah perlunya Lim Guan Eng cuba memperbesarkan isu perletakan Pengarah pemilihan Dap ini melainkan wujud agenda yang tersembunyi? Jika benar Lim Guan Eng merasa dirinya bertanggungjawab, maka beliau yang sepatutnya meletak jawatan, bukannya orang lain.

6. Banyak persoalan yang dibangkitkan berkait dengan pemilihan CEC Dap ini gagal dijawab oleh pemimpin Dap. Soal bilangan undi yang tidak selari dengan perwakilan dan kehilangan undi disebabkan pindaan yang dibuat, telah menimbulkan banyak keraguan.

7. Dap bebas untuk menutup isu ini dengan tidak melayan sebarang gesaan dari pelbagai pihak. Cuma jika itu yang berlaku, maka Dap perlu merasa malu untuk mentakrifkan bahawa mereka adalah parti yang mewakili semua kaum. Mereka juga perlu malu untuk mendabik dada bahawa mereka adalah parti yang berintegriti.

8. Dari sudut lain pula, jika benar wujud pengubahsuaian yang dilakukan, ia merupakan satu kesalahan dalam peraturan akta pertubuhan. Parti UMNO, satu masa dahulu telah diharamkan akibat masalah seumpama ini. Tapi mungkin Dap merupakan sebuah parti yang kebal dari undang-undang.

9. Apa yang dilakukan ini seolah-olah cuba memperbodohkan orang melayu. Sekarang rakyat sedang menilai tahap ketelusan parti yang sebelum ini begitu lantang mengkritik SPR kononnya tidak telus. Jangan pula jadi seperti kata pepatah melayu, bagai ayam jantan berkokok berderai-derai, ekor bergelumang dengan tahi!

Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

Posted in DAP, Isu Semasa, Pas | Leave a comment